Betul ni. Dengan bayar RM11.90, saya dapat 10 barang di
SGShop. Kalau tak percaya, tengok gambar
di bawah.
Semua barang dalam gambar di atas adalah semua yang dah
sampai ke tangan saya dengan hanya bayar RM11.90 sah kepada SGShop. Nak tahu
cara saya bayar serendah RM12 untuk dapat
10 barang dari SGShop. Cara saya adalah dengan memenangi shopping kredit daripada
giveaway. Hehe
Ingat saya share tips shopping murah di SGshop ke. Alamak. Maaplah,
kalau dah tersalah faham. Saya ni berjimat pun tak pandai. Inikan
pulak nak share tips jimat. Cara saya nak jimat join giveaway ajelah. Itupun
ikut rezeki. Kalau ada rezeki, menanglah. Kalau tak ada rezeki, nama tak akan
terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway.
Penselduabee peserta No. 15
No. 15 naik di ramdom-org
Total shopping kredit yang saya memang adalah RM200. RM200
ni bukan menang dari satu giveaway tetapi dua. First dari Giveaway RM1000Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom . Second dari Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia .
Jarak masa saya menang kedua-dua giveaway
tak jauh beza. Selang 1 minggu sahaja. Tu yang dapat kumpulkan kredit dari
kedua-dua giveaway yang saya menang & pilih
sampai 10 barang untuk guna sepenuhnya shopping kredit yang saya menangi.
No 29 iaitu no peserta penselduabee terpilih oleg random untuk memenangi giveaway
Yang RM11.90 tu saya kena tambah lain mengunakan duit
sendiri sebab shopping kredit RM200 tu tak cukup. Shipping cost & etc mahal bebenor. Balance shopping
kredit tak cukup sampai kena tambah lain. Nasib baik tak banyak sangat nak kena
tambah.
Dua kali dapat RM100 shopping kredit.. RM11.90 toup duit sendiri
10 barang yang saya pilih mostly untuk saya iaitu blouse, 2
pairs of shoes, makeup bag & innerwear. 3 helai seluar untuk Zafran. Satu
untuk hadiah giveaway yang sedang berlangsung sekarang ni. Ada tiga free gifts dari Sgshop iaitu set pocket mirror & comb & 2 packets of pearl scent. Sunglasses pulak untuk
Kimchi. Actually beli untuk saya pada mulanya. Tapi gedabak sangat untuk muka saya,
berikan kepada Kimchi. Untuk Kimchi just sunglasses sahaja ke. Itupun yang saya
tak nak. Masa mula-mula pilih barang, dah bagi dalam RM40 shopping kredit
kepada Kimchi. Suruh dia pilih apa-apa barang untuk dirinya. Tapi Kimchi
taknak. Biar saya jea yang guna untuk diri saya & Zafran. Agaknya dia fikir
tu hasil titik peluh(lah sangat) bini dia join contest. Dia taknak guna apa
yang bini yang menang. Bagus-bagus kalau fikir macamtu. Eh tak tau betul ke tak
reason ni. Saya assuming jea. Ahaks.
Memang seronok shopping dengan free kredit ni. Saya
shopping di SgShop bagai nak rak sangat. Ahaks. Cuma shopping online di SgShop
ni leceh sedikit & banyak kejutan untuk second payment. Harga barangnya kalau
dah campur segala mak nenek cas pun tak adalah murah mana. Kalau nak shopping
online guna duit sendiri, memang saya tak akan pilih SgShop sebagai first
choice. Baik Lazada. Kalau pakaian, Zalora. Tapi semua barang sampai dalam keadaan baiklah. Kualiti pun not bad.
First parcel in good condition
second one also
yang last pun sama
Anyway to organizer iaitu Farah & Solehah,
thanks for selecting me as one of your giveaway winner. To Sgshop, thanks for
these shopping kredit.
Betul ni. Dengan bayar RM11.90, saya dapat 10 barang di SGShop. Kalau tak percaya, tengok gambar di bawah. Semua barang dalam gamb...
Celebrate di balkoni bilik, menghadap permandangan gunung-ganang
Ahad lepas, Imaan Safiyya telah dikejutkan dengan sebuah
majlis sambutan hari lahirnya oleh keluarganya semasa dia sedang bersantai-santai
di Hotel De' La Ferns, Cameron Highland. Errrr..Ni bukan ayat Oh Bulan tu ke.
Yang dari entri Nora Danish Surprise Birthday Celebration tu. Hanya level retis
(artis) sahaja tau yang layak guna ayat Oh bulan ni. Eh, Dak Imaan pun retis
jugak apa. Bukan senang nak dapat surprise
birthday celebration di hotel, yang
tempatnya bercuaca sejuk. Hanya level retis sahaja tau yang layak dapat layanan
curlass superb gitew.
Potong cake
Ok dah dah. kang nanti ada pulak orang duk google pelakon
cilik mana Imaan Safiyya ni. Berlakon filem Samarinda mana satu. Dak Imaan
bukannya retis yang macam Mia Sara tue. Dak Imaan dapat layanan seperti retis oleh
mak paknya. Of course lah kan. Mak pak akan cuba yang termampu & buat sebaik
yang boleh demi untuk mengembirakan hati anak. Tue yang buat birthday celebration
ala-ala Nora Danish(la sangat..haha) punya untuk anakndanya.
Almond Chocolate Cake
Selaku auntie (saya), uncle (Kimchi), cousin (Dak Zafran)
birthday girl, kitaorang pun take part dalam pembikinan birthday celebration
Imaan. Selain join pergi Cameron Highland untuk birthday celebration, kitaorang
juga menyediakan birthday deco. Untuk
cake pula, Enal & Alim (Imaan’s parents) beli di Cake’s House di Tanah
Rata.
Hadiah of course ada beri. Saya belikan set pizza maker
untuk Dak Imaan. Kot dengan mainan ni, dah besar nanti Dak Imaan minat nak buat
yang real punya. Boleh buatkan untuk mak, pak & adiknya.hehe. Selain set
pizza maker, Dak Imaan jugak dapat set doctor accessories dari nannynya &
set patung baby alive dari parents kesayangannya.
Hadiah-hadiah yang Imaan dapat
Dak Imaan speechless jugaklah bila dapat kejutan sambutan
hari jadi oleh mak paknya. Tak keluar sepatah kata dari mulut Imaan
sepanjang-panjang sambutan harijadinya berlangsung. Sampai time buka hadiah pun
still tak berkata-kata. Terharu sangat tue. Hehe.
To Dak Imaan. Happy fourth Birthday to you. Semoga Imaan
jadi umat yang berjaya, di dunia & akhirat.
Alhamdulillah..Saya menang GA Segmen lagi yang bukan setakat satu tetapi dua. First daripada Mini Giveaway by JMbelog2 (url: http://bit.ly/2BW1HKK). Saya memenangi hadiah topup bernilai RM10 daripada giveaway ini. Top up ni saya dah bagi kat my youngest bro sebab dia guna prepaid. Saya guna postpaid.
penselduabee bernombor 23, menang hadiah topup
Second saya menang hadiah wang tunai bernilai RM10 dari Segmen Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky (url: http://bit.ly/2zAF5t5). Segmen ini dianjurkan oleh blogger Opzzpinky. Hadiah wang tunai ini ditaja oleh blogger Tasha.
penselduabee bernombor 45
No 45 terpilih untuk memenangi hadiah wang tunai yang ditaja oleh blogger Tasha
RM10 sudah pun dimasukkan ke dalam akaun saya.
Thanks to all organizer for selected me as one of your GA winner. Thanks also to sponsor for giving me the cash prize.
Alhamdulillah..Saya menang GA Segmen lagi yang bukan setakat satu tetapi dua. First daripada Mini Giveaway by JMbelog2 (url: http://bit.ly/2...
Maka bersilat & berkungfulah Kak Pidah di dapur demi
memenuhi keinginan Dak-Dak ALH yang mengalahkan perempuan mengandung. Kalau
tidak, sampai ke sudah tak berhenti-henti duk mintak-mintak ubi rebus &
sambal hijau Kak Pidah.
Ada ubi rebus, sambal merah & sambal hijau.. Kek Lapis Sarawak pun ada. Afzan yang bawak.
Kitaorang semua tahu kekangan masa Kak Pidah. Nak memasak
kena spend masa yang lama especially nak buat sambal hijau. Nak kena menumis
lama. Tue yang sedap tu. Kak Pidah pulak ada anak kecil. Beberapa kalilah Kak Pidah terpaksa postpone buat sambal hijau sebab kekangan-kekangan ni. Plan lama dah.
Sambal hijau
Tapi disebabkan ramai Dak ALH duk teringat-ingat kesedapan sambal
hijau Kak Pidah yang Kak Pidah pernah bawak sekali dulu, tue yang request untuk
second time. Ni yang last dah. Dah tak perlulah minta lagi buatkan lepas ni.
Terlampau nak sangat sampai ada yang seorang sanggup nak bayar. Ada seorang
offer nak tolong merebus ubi. Ada jugak yang offer akan datang rumah Kak Pidah untuk
tolong kalau nak buat sambal hijau. Sanggup buat apa sahaja tue.
Sambal merah
Dah ramai sangat teringin & willing tolong apa sahaja,
akhirnya Kak Pidah datang pejabat dengan membawa ubi rebus & sambal hijau.
Even sambal merah pun ada. Beramai-ramailah makan di cafeteria office. Maaflah cip-cip, start kerja lambat sedikit.
Kena makan jugak. Kalau tidak, focus kerja hilang..Nanti tak dapat hit KPI
nanti. Ahaks.
Geng-geng makan.. termasuklah yang luar cermin tue..
To Kak Pidah, thanks banyak-banyak spend masa Kak Pidah buatkan ubi rebus
& sambal hijau untuk kitaorang. Tak mau dah mintak lagi. Kesian kat Kak Pidah. Tapi kalau Kak Pidah ada buat lagi and bawak gi ofis, kitaorang ok jew. Eh tak tak. Gurau-gurau. Ahaks.
Apapun. masakan Kak Pidah memang tiada tandingan kesedapannya. Kak
Pidah pun memang minat memasak. Hope suatu hari nanti, karier Kak Pidah adalah
datang daripada apa yang Kak Pidah minat buat dan Kak Pidah akan berjaya dengan karier ini selama-lamanya.
Aaminn.
Maka bersilat & berkungfulah Kak Pidah di dapur demi memenuhi keinginan Dak-Dak ALH yang mengalahkan perempuan mengandung. Kalau ti...
Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, rambut ibarat mahkota bagi orang wanita. Apabila timbulnya masalah rambut gugur dan masalah rambut berbau hapak, maka ramai wanita yang akan runsing. Kali ini, kami bawakan kepada anda beberapa tips untuk anda terutamanya golongan wanita berkerjaya dan memakai hijab / tudung untuk menjaga rambut kalian. Senang je tips ni, tak banyak modal perlu dikeluarkan. Baca entri ini sampai habis dan share kepada rakan-rakan juga sebab banyak tips-tips yang boleh cuba di rumah sendiri!
Tips Penjagaan Rambut Agar Tiada Lagi Masalah Rambut Gugur
1- Gunakan Sikat Bergigi Jarang
Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal. Bila rambut asyik sangkut je, tu yang rambut akan mudah gugur. Untuk mengelakkan rambut gugur masa sikat rambut tu, apakata cuba sapu serum rambut yang boleh melicinkan rambut. Contoh serum seperti FreshR. Nak tahu info selanjutnya mengenai FreshR, boleh bacak di link www.freshr.my
2- Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu
Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi. Jadi bila rambut dah tak kusut, senang la nak syampu kan dan tak perlu nak tarik-tarik rambut tu. Cuma sapu dan ratakan sahaja.
3- Tocang Rambut Sebelum Tidur Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur. Kalau tidak tocangkan rambut, potensi rambut dah berterabur atas bantal / katil semasa bangun tidur adalah tinggi.
4- Makan Makanan Tinggi Protein Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut. Selain mengambil pemakanan yang tinggi protein, boleh juga menyapu bahan-bahan yang tinggi protein serta nutrien lengkap untuk rambut seperti menyapu minyak argan, jojoba, aloe vera dan juga minyak kelapa dara. Tapi nak beli satu-satu bahan ni, agak mahal dan susah nak jumpa. Jadi apakata beli produk yang dah ada kesemua bahan-bahan ini iaitu tak lain tak bukan FreshR dengan klik link www.freshr.my
5- Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut
Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara. Kalau nak lagi cepat, boleh duduk depan kipas. So tak ada haba, tapi angin dari kipas akan tolak air pada rambut dan membuatkan rambut lebih cepat kering.
6- Berhenti Warnakan Rambut
Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.
7- Minum Banyak Air Putih
Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh! Boleh juga cuba guna FreshR sebab serum rambut FreshR ni boleh bantu mempercepatkan pertumbuhan rambut dan dalam masa yang sama menguatkan akar rambut sebab adanya kandungan argan dan jojoba oil.
8- Pakai Minyak Kuatkan Rambut
Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala. Untuk penjagaan lebih baik, gunakan produk yang mengandungi pelbagai nutrien penting untuk rambut termasuk argan oil, aloe vera extract dan juga virgin coconut oil. Cuba guna produk FreshR ni untuk cuba bantu kuatkan semula akar rambut. Dapatkan info lanjut produk FreshR disini: www.freshr.my
9- Jangan Ikat Terlalu Ketat
Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakkan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.
10- Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari
Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.
Tips Penjagaan Untuk Elak Rambut Berbau Hapak
Sebagai perkongsian dan manfaat tambahan untuk semua, disini dikongsikan 8 tip mudah untuk mengatasi masalah rambut berbau busuk atau rambut berbau hapak terutama bagi kalangan wanita yang berhijab atau bertudung. Senang je tips ni, tak perlu mengeluarkan apa-apa modal yang mahal pun. Cuma perlu baca sampai habis sahaja. Setiap folikel rambut mengandungi kalenjar sebaceous yang melekat padanya. Hasilnya kalenjar ini akan megeluarkan minyak. Minyak yang banyak akan menyebabkan rambut dapat menangkap asap dan bau-bauan lain sekaligus membuatkan rambut menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Ada yang menyatakan keadaan psikologi seseorang juga mempengaruhi pengeluaran bau rambut. Jadi kaum wanita terutamanya disarankan agar sentiasa menjaga kesihatan minda supaya tidak nerfikiran negatif. Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni. 1# Penggunaan Tuala
Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar. Pastikan rambut kering sebelum memakai sebarang produk atau memakai hijab / tudung. Boleh gunakan minyak rambut yang sesuai seperti FreshR sebelum memakai hijab / tudung. Dapatkan info FreshR disini: www.freshr.my
2# Sikat dan Sisir Rambut
Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik. Semasa nak sikat tu, kalau rambut tersangkut di skala 4 atau 5 atau 6, boleh juga sapukan sedikit minyak atau serum rambut yang sesuai seperti FreshR. Serum FreshR bukan sahaja membantu menghilangkan masalah bau hapak di rambut, tapi dalam masa yang sama boleh membantu melicinkan rambut kerana terdapat bahan nutrien untuk rambut seperti argan oil dan juga jojoba oil.
3# Guna Air Sejuk
Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaan air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.
4# Minum Banyak Air
Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh. Apabila suhu tubuh meningkat, maka rambut akan mula mengeluarkan bau daripada haba yang keluar dari liang roma di kulit kepala. Oh ya, dalam masa yang sama kalau nak sejukkan kulit kepala, boleh cuba sapu sedikit minyak serum rambut FreshR dan ratakan bagi meresap dalam kulit kepala. Selain ada argan oil dan jojoba oil, Serum Rambut FreshR juga ada kandungan minyak pudina yang menyegarkan dan menyejukkan kulit kepala.
5# Kurangkan Makanan Pedas
Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau. So kalau kebetulan nak keluar rumah dan ada nak makan makanan pedas-pedas, jangan lupa bawa FreshR Serum Rambut dalam beg. Senang, kalau kulit kepala dah start gatal dan berbau tu, terus je sembur sedikit kat kepala. Terus segar semula rambut yang berbau hapak tadi.
6# Cuci Rambut Setiap Hari
Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah shampu yang mengandungi antibakteria. Selepas mandi, lap kering dan sapu serum rambut FreshR agar memastikan kesegaran rambut terjaga sepanjang hari. Serum rambut FreshR ni mampu bertahan sepanjang 12 jam. Rambut akan terus segar tanpa bau.
7# Hindari Stress
Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. Jadi elakkan stres yang keterlaluan. Kalau stress, terus urut-urut sikit kepala tu sambil picit-picit, sapu sikit FreshR. Bau yang wangi dan aroma pudina yang sejuk tu akan menyegarkan kepala. Secara tak langsung, masalah stress juga akan berkurang dan rambut kembali segar. So bila stress kurang, rambut segar, kepala ringan dan wangi, prestasi kerja pun akan meningkat!
SERUM RAMBUT FRESHR - Merawat Masalah Rambut Gugur dan Rambut Berbau Hapak
Klik Gambar Untuk Order
Okay, dari tadi dah sebut pasal FreshR kan? Mesti tertanya-tanya apa benda FreshR ni. Meh sini nak cerita sikit. Sila baca sampai habis kat bawah ni tau!
Apa tu FreshR?
FRESHR adalah sejenis serum rambut yang mampu memulihkan masalah keguguran rambut, masalah kulit kepala panas, berkelemumur, rambut bercabang serta masalah rambut kering. FRESHR juga bagus untuk rambut yang berbau, kulit kepala yang berpeluh, kulit kepala gatal, migrain dan bagus juga untuk mengurangkan rasa stress. Ini kerana produk FRESHR mengandungi Ekstrak Semburi. Ekstrak semburi atau juga dikenali sebagai Swertia Japonica berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut baru. Ia juga boleh mengelakkan keguguran rambut dan memulihkan sel rambut yang telah rosak.
FRESHR mengandungi beberapa jenis minyak. Antaranya ialah minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu untuk melindungi rambut daripada kusam dan berbau yang terdedah kepada matahari. Ia juga menyuburkan rambut dan boleh dijadikan sebagai conditioner kerana ia jauh lebih cepat meresap beranding dengan conditioner yang sedia ada di negara kita. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menaikkan warna rambut sekaligus menyihatkan kulit kepala kita. Dengan adanya minyak kelapa dara, rambut akan lebih lembut dan tidak mudah kering.
Minyak argan juga merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan FRESHR.
Seperti yang diketahui, minyak argan mempunyai banyak fungsi. Minyak argan berfungsi untuk mengurangkan masalah keguguran rambut dan sekaligus mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baru. Minyak argan juga membantu menjaga kulit kepala agar selalu bersih dan menghilangkan kelemumur.FRESHR juga mengandungi gel lidah buaya atau dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu menghitamkan dan memberi kilaun pada rambut kita. Ia membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan tidak kusam. Selain itu ia juga mengurangkan kesan berminyak pada rambut kita. Kebanyakkan produk penjagaan rambut akan mengakibatkan rambut lebih berminyak namun fungsi gel lidah buaya di dalam FRESHR ini adalah untuk mengawal minyak pada rambut.
Selain itu, FRESHR juga mengandungi Minyak Jojoba yang merupakan tumbuhan asli berasal daripada Arizona Selatan. Minyak Jojoba membantu merawat masalah rambut kering dan dapat menghilangkan kelemumur di kepala. Minyak Jojoba juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah rambut patah serta rambut bercabang. Hasilnya, rambut akan lebih kuat daripada sebelumnya dan tiada lagi masalah keguguran rambut.
FRESHR bukan sahaja memfokuskan kepada penjagaan kulit kepala dan rambut, malah ia dapat mengurangkan migrain dan stress seseorang. Ini keranaFRESHR juga mengandungi Melaleuca Leucadendra ataupun dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak kayu putih dapat membantu meringankan sakit-sakit kepala ataupun pening dek kerana stress serta tekanan kerja harian. Bau ekstrak pudina yang menyegarkan daripada FRESHR juga berkesan untuk mengelakkan rambut daripada berbau setelah satu hari melakukan aktiviti terutama sekali bagi kaum wanita yang bertudung. Ekstrak pudina juga boleh membunuh kutu rambut sekiranya digunakan secara berterusan setiap hari.
Kalau nak tahu FRESHR merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi 5 jenis bahan asas untuk keperluan nutrisi rambut anda yang bukan sahaja mampu mengatasi masalah rambut, malah boleh melegakan sakit kepala, migrain dan juga stress. So kalau tercari-cari satu produk yang ada kombinasi banyak bahan yang tinggi nutrien untuk rambut, FRESHR adalah jawapannya!
Kalau tak percaya dengan keberkesanan hasil pengunaan Freshr, jom baca testimony daripada pengguna Freshr di bawah:
TESTIMONI FRESHR
Jadi, tunggu apa lagi. Cepat-cepatlah order FreshR dengan terus klik laman web FRESHR: www.freshr.my
Atau boleh juga terus order melalui talian telefon: +60173673630 (klik sahaja nombor ni di phone yang tengah guna dan boleh terus wasap untuk beli)
Masalah rambut gugur dan rambut berbau hapak ni bukan masalah baru dalam kalangan wanita, terutamanya mereka yang berhijab atau bertudung....