Eid 1438H│Wajib Pergi Zoo Taiping Tiap Kali Balik Raya Perak
Singa betina tengah bersantai
kenyang sangat sampai kitaorang kat depan pun tak layan
Bawak Dak Zafran yang dah besar pergi Zoo, lain dah gelagatnya. Bila dah umur 3 tahun, banyak haiwan dia kenal sendiri. Dia juga dengan sendirinya excited setiap kali tengok haiwan. Yang haiwan yang Zafran tak tau nak panggil apa, kitaorang tolong sebutkan untuk dia. Lepas tu Zafran pun ikut sekali yang kitaorang sebut tu. Yea, nak cakap Dak Zafran sekarang dah pandai ikut balik apa yang kita sebut. Dua tahun lepas, buat dunno jea. yeala Zafran pun masa tue baby lagi. Nak expect apa. Lebih-lebih pulak mama nye. hehe.
Yang join sekali pergi Zoo dengan kitaorang ialah Ale sekeluarga, sepupu-sepupu depa iaitu Suhail, Syamim, Kirin & wife, Ika. Masuk-masuk jea Zoo Taiping, naik tram dahulu. Yang ni pun Zafran dah excited naik. Transportation kan. Even dapat naik lori sampah pun dia akan excited. Eh Zafran ada tau lori sampah mainan.
No camera pose from Zafran
Dah naik tram sampai pusing satu zoo, tengok haiwan dengan berjalan kaki pulak. Naik tram tadi pun ada bawak tengok semua haiwan, tapi bapak laju tram yang kitaorang naik. Budak-budak pun tak sempat nak hadam apa yang diaorang tengok dari tram.
Chimpanze
Dak Zafran bagi kura-kura makan keropok pun excited jugak. Adalah jugak babak nangis-nangis masa nak bagi kura-kura makan keropok. Yea excited excited pun ada nangis jugak. Tapi tak ingat dah apa reason nya menangis. Mood Zafran pun tak berapa nak cantik sebab tak makan solid food sangat especially karbohidrat. Zafran kan nak kena ada mood dulu baru nak makan. Kalau tak ada mood, memang langsung taknak makan. Tapi kalau tak makan pun mood jadi tak berapa nak ok jugak. Pening jugaklah dengan peel Zafran ni. Tak boleh nak buat apalah. Di fasa tantrum la katakan. Mak pak layankan jelah dulu.hehe.
Zayyan takut nak dekat dengan burung species apa entah..
Lepas tu, bawak lagi dia tengok haiwan-haiwan lain yang di situ seperti seladang, chimpanzi, harimau, singa, ular, burung, dan banyak lagi. Yang paling best dapat tengok gajah-gajah tengah mandi. Seronok tengok gajah-gajah bersantai sambil berendam secara dekat.
Rhino
Haiwan yang paling tak sabar-sabar Zara & Zayyan nak jumpa ialah parrot. Sebab parrot ni jenis senang nak bagi makan. Parrot ni kalau nampak jea ada orang nak bagi makanan, parrot ni terus terbang & hinggap ke sangkar supaya dekat dengan orang yang nak bagi makanan. Tiap-tiap kali pergi Zoo, Zara & Zayyan mesti bawak makanan untuk bagi parrot yang sama makan dari luar sangkar. Sebelum-sebelum ni bagi kacang tanah. Tahun ni pulak bagi bawa roti. Tapi yang roti, parrot ni tak makan banyak. Lepas beberapa cubit bagi makan, parrot tue terus terbang ke tengah sangkar & buat tak tahu dengan kitaorang. Tak suka kot makan roti. Parrot ni dah tua. Bulu-bulu di belakang leher dah banyak gugur. Sebelum ni, ok jea lagi.
Haiwan paling sweet..gajah
Ready nak berendam
Zafran bangun la dari baring..nak tengok gajah-gajah mandi-manda
Lepas dah balik dari Zoo, singgah makan di Cendol Ansari. Nak bawak Ika makan cendol yang paling sedap di Taiping. Dia tak pernah lagi makan di situ. Cu, Maklang & Mimi pun join sekali.
Cendol Ansari best cendol eva
Adakah saya pergi lagi Zoo Taiping lagi walaupun dah empat kali dah pergi situ? Jawapannya sudah semestinya..Hehe. Kalau nak baca entri-entri Zoo Taiping saya yang lepas, boleh klik link-link di bawah:
Raya 2013: Last Day Beraya di Perak
Memang pun. Sejak balik raya di Taiping, tak miss lagi pergi Zoo Taiping. 4 tahun lepas masa baru kahwin, Kimchi bawak saya pergi Zoo Ta...