Home
All post
Eid 1438H│ Double A Just Said I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yay Double A just tied the knot.. Congrats to both of you.
Double A iaitu Amirul & Amira, dua-dua adalah kawan sama kerja dengan Kimchi. Mereka berdua mula-mula kenal di tempat kerja. Perhubungan mereka menjadi rapat & berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. Berjurai-jurailah air mata setan.
Akad nikah double A baru nak mula
Pada Raya keempat, mereka berdua akad nikah di Masjid Jamek Gerik yang berhampiran dengan rumah parents Amira. Disebabkan kitaorang berdua still di Taiping hingga Raya kelapan, dapatlah kitaorang menghadiri majlis akad Double A. Perjalanan dari Taiping ke Grik makan masa sejam lebih sahaja.
Baru selesai akad nikah
Pada hari akad nikah, 30 minit sebelum majlis bermula kitaorang dah sampai masjid. Sebab nak sempat tengok saat mereka berdua diijabkabulkan. Selesai akad nikah, terus pergi ke rumah parents Amira. Dekat sahaja dari Masjid. Dah di rumah, menikmati juadah yang dihidangkan. ABC pun ada. Bagus betul tuan rumah. Serve ABC time cuaca panas terik. Sangat right timing. Lepas dah makan, bergambar dengan newlyweds di pelamin.
Bergambar di pelamin
Dah gerak dari rumah pengantin, singgah rumah parents Kak Kirah pulak. Dah alang-alang kat Gerik, pergi beraya kampung Kak Kirah pulak. Kampung Kak Kirah cuma 15 mint sahaja dari rumah Amira. Saya pun tak pernah sampai lagi rumah mertua Mel. Tu yang Kimchi bawak saya beraya di rumah mertua Mel. Kampung Kak Kirah lebih kurang macam kampong uwan di Negeri Sembilan. Kampung dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok buah. Rasa sejuk jea suasana di kampung Kak Kirah.
Selesai beraya di Kampung Kak Kirah terus balik ke kampong Boyan. To Double A, semoga bahagia & berkekalan hingga ke Jannah.
Yay Double A just tied the knot.. Congrats to both of you. Double A iaitu Amirul & Amira, dua-dua adalah kawan sama kerja denga...
Eid 1438H│ Keep Calm & Ignore Chef Wan's Criticism. Because It's Zafran's & Jimmy's Birthday Celebrations
Raya kedua & ketiga untuk tahun ni decide untuk tak
keluar beraya. Bukan sebab baru lepas tersentap dengan sindirian Chef Wan. Yeala perangai Zafran lebih kuranglah dengan budak yang Chef Wan sound tuh. Sampai rasa takutlah nak beraya di mana-mana rumah. Eh no. Tak kuasa mak nak layan sindirin Chef
Wan. Tak keluar rumah sebabnya raya kedua & ketiga adalah masa nak terima kunjungan
saudara-mara datang beraya rumah mertua baik belah Selama (Kimchi’s paternal
side) mahupun belah Lenggong (Kimchi’s maternal side). Raya
Keempat dah kembali keluar beraya dah.
Bila dah semua berkumpul di Kampung Boyan, saya & Kimchi apalagi, guna kesempatan ini untuk menyambut hari jadi Zafran yang ketiga. Beli kek tak lain tak bukan di Secret Recipe.
Nurul pun nak join celebrate birthday jugak untuk husbandnya. Katanya nak buat surprise untuk hubbynya. Jadi dia minta tolong kitaorang beli kek secara senyap-senyap untuk hubby nya.
Masa set up tempat untuk celebrate birthday, buat depan-depan hubby Nurul, Jimmy. Dia tak sedar yang nak set up untuk birthday dia jugak. Padahal atas meja ada dua biji kek & dia dah pun tertengok kek-kek ni. Satu kek letak nombor 3 which is represent umur Zafran. Satu lagi kek ada dua nombor 3, which is umur hubby Nurul iaitu 33. Tapi sebab nombor-nombornya sama iaitu tiga so dia ingatkan dua-dua biji kek untuk Zafran. Memang dia tak sedar jugak kek yang ada dua nombor 3 adalah untuk dia. Bila dia dah tengok kali kedua( ke lebih), baru dia sedar yang kek ada dua nombor 3 itu adalah untuk dia jugak. Dia tahu pun bukan sebab terbaca tulisan birthday wish pada kek ke apa..Dia tahu pun bila ada anak-anak Maklang & Nurul sebut surprise kepada Jimmy. Terkejut jugaklah Jimmy.
Dah menyanyi lagu birthday & potong kek by dua-dua
birthday boys, sambung balik aktiviti beraya iaitu menikmati juadah raya,
beramah mesra & sebagainya.
Sebenarnya senang sahaja nak avoid dua-dua ni berlaku. Jadikanlah rumah kita child friendly. Antara tips nak jadikan rumah child friendly ialah tak payah beli perhiasan rumah ratus ribu riban ringgit Malaysia, beli perabot yang ada pintu supaya boleh letak lock, pasang safety gate, benda-benda berharga diletak pada tempat yang sukar dicapai atau disimpan & banyak lagilah. Nanti tak habis-habis pulak entri ini kalau nak cerita lagi details pasal tips ni .
Bila rumah dah child friendly, kau dah tak payah nak rungsing atau gusar atau susah hati bila nak terima kunjungan keluarga terutama yang ada anak yang exploring skill tengah berkembang ni. Rumah saya memang hampir nak child friendly. Yeala ada anak kecil pun kena jadikan rumah child friendly jugak. Saya memang tak ada terfikir langsung nak rungsing kalau ada kunjungan keluarga yang ada anak tengah melasak. Lagi suka tetamu datang rumah adalah.
Kena tahu selain mengeratkan silaturahim, tetamu yang datang akan bawa keberkatan ke rumah kita. Ustazah saya dahulu pun ada cakap tetamu yang datang rumah akan bawa keluar segala kesusahan keluar daripada rumah kita. Besar tak besar manfaat tetamu datang rumah ni.
Tetamu seboleh-bolehnya akan buat perkara betul & tak buat perkara salah apabila berada di rumah tuan rumah sebab benda ni adalah common sense. Semuanya juga mengamalkan amal maaruf nahi mungkar. So macam tak perlu nak remind ke buat soft reminder tentang adab-adab beraya sebelum nak datang rumah saya . Kalau ada yang terbuat jugak benda yang salah maybe tak sengaja. Kalau sengaja, maknanya dia tak amalkan amal maaruf nahi mungkar. Itu antara dia dan Allah SWT lah kenapa dia ada akhlak sedemikian. Kalau melibatkan kanak-kanak, maybe parents dah tegur, tapi anak tak makan saman. Nak buat macam mana, nama pun mumaiyyiz. Taknak ada barang berharga rosak, ikut tips child friendly home yang saya baru sebut tadi.
Ini cara sayalah. Cara orang lain terserah kepada diri mereka. Hashtagitisjustmytwocent.
Depa belum berkemampuan lagi untuk membezakan antara yang baik dan buruk.
Raya kedua & ketiga untuk tahun ni decide untuk tak keluar beraya. Bukan sebab baru lepas tersentap dengan sindirian Chef Wan. ...
Eid 1438H│ Raya Visiting Mother In Law’s Relatives’ Houses At Gerik
Tahun ini MIL ajak beraya semua rumah saudaranya di Gerik. MIL dah pakat dengan family Cik An & Maklang. Walaupun terpaksa gerak lambat sebab photoshoot habis lambat tapi tak membantutkan & mematahkan semangat MIL untuk mengajak semua anak menantu cucu untuk beraya rumah saudara-mara di Gerik. Katanya dah lama tak jumpa mereka. Datang beraya inilah adalah cara yang terbaik nak merapatkan balik ikatan persaudaraan & masa yang sama nak kenalkan menantu cucu yang tak pernah jumpa mereka.
Sebab kami terlewat gerak, tak sempat nak beraya di Sumpitan
dahulu. Keluarga Maklang & Cik An sempat beraya di Sumpitan. First time
saya sampai Gerik. Kalau ada pernah sampai, just lalu sahaja. Tak ada singgah.
Yang ini siap beraya lagi di rumah-rumah di Gerik. Dalam empat buah rumah,
kitaorang pergi beraya. Ada yang sepupu , ada pak saudara MIL.
Dah beraya di Gerik, malamnya beraya di rumah opah lenggong. Sampai malam kitaorang beraya. Inilah salah satu manfaat beraya. Even dengan saudara-mara yang jauh ikatan pertalian dan even dah lama & jarang-jarang berjumpa, tetapi masih boleh rapat dengan cara kunjungan raya.
Hope aktiviti beraya sebegini akan berkekalan hingga ke generasi-generasi seterusnya. Jangan generasi-generasi sok-sok memodenkan aktiviti beraya sudahlah. Aktiviti kunjung-mengunjungi rumah digantikan kunjung-mengunjungi melalui gadget. Ermmm. Boleh ke aktiviti raya dilakukan secara online sahaja. Macam pelik & mustahil nak terjadi. Uishhh.. Jangan main-main dengan kemajuan teknologi sekarang. Sekarang dah boleh lihat budaya menghantar kad raya pun dah semakin pupus sebab dah digantikan dengan menghantar ucapan melalui SMS, WhatsApp ataupun kad ucapan elektronik. Sedar-sedar budaya beraya pun akan jadi benda yang sama. Uish.. Minta dijauhkanlah perkara sedemikian berlaku & aktiviti raya yang konservatif ni tidak akan ditelan zaman sampai bila-bila.
Hope aktiviti beraya sebegini akan berkekalan hingga ke generasi-generasi seterusnya. Jangan generasi-generasi sok-sok memodenkan aktiviti beraya sudahlah. Aktiviti kunjung-mengunjungi rumah digantikan kunjung-mengunjungi melalui gadget. Ermmm. Boleh ke aktiviti raya dilakukan secara online sahaja. Macam pelik & mustahil nak terjadi. Uishhh.. Jangan main-main dengan kemajuan teknologi sekarang. Sekarang dah boleh lihat budaya menghantar kad raya pun dah semakin pupus sebab dah digantikan dengan menghantar ucapan melalui SMS, WhatsApp ataupun kad ucapan elektronik. Sedar-sedar budaya beraya pun akan jadi benda yang sama. Uish.. Minta dijauhkanlah perkara sedemikian berlaku & aktiviti raya yang konservatif ni tidak akan ditelan zaman sampai bila-bila.
Tahun ini MIL ajak beraya semua rumah saudaranya di Gerik. MIL dah pakat dengan family Cik An & Maklang. Walaupun terpaksa gerak lam...
Eid 1438H│ Raya Outdoor Photoshoot At Taiping Lake Garden
Warna tema tahun ini adalah warna pastel
Dua Raya photoshoot yang lepas iaitu pada tahun 2013 &
2015, buat di dalam studio sahaja. Tahun ini, Biras, Kak Ida suggest kelainan
untuk photoshoot. Kelainannya, buat outdoor pulak. Kitaorang ok jea as long as harganya
berpatutan. Since Kak Ida stay di Taiping, dialah yang mencari
photographer yang available untuk photoshoot
pada Raya Pertama & harga yang ditawarkan berpatutan.
Kami sekeluarga pilih tema warna lavender
Kak Ida jumpa photographer Izzad Normee yang boleh menawarkan pakej berharga RM200. Pakej ini
merangkumi unlimited shoot di dua
tempat, DVD soft copy, 1 big photoframe & edit all image. Sangat affordable
kan. Kalau RM200 maknanya satu keluarga cuma bayar RM50 sahaja. Kitaorang terus
suruh Kak Ida book photographer ni.
Lokasi outdoor photoshoot di Taiping Lake Garden. Pukul
11:30am dah berada di port yang photographer kitaorang tunggu iaitu
bersebelahan dengan Zoo Taiping. Di situ ada banyak pokok-pokok yang tua merendang
& dahan-dahan melentur yang memang cantik untuk bergambar. Lagi-lagi kalau
gambar diambil oleh photographer professional.
Geng perempuan.
Photoshoot delay hampir sejam sebab photographer lambat sampai. Ada satu photoshoot sebelum yang kitaorang punya lambat siap. Sebab delay sejam, dia bagi percuma satu small photoframe. Time menunggu sejam tu, kitaorang bergambar sendiri-sendiri dahulu mengunakan hp and kamera sony Kimchi. Tapi panas punggung jugaklah time menunggu sejam tu. Bukan sebab diri sendiri penat ke apa. Yang tak senang duduknya sebab budak-budak dah start meragam especially Dak Zafran. Tahulah Zafran ni tak boleh duduk setempat. Habis bawak pusing sekeliling tempat tu nak distract Zafran daripada meragam.
Pose ni photographer lah yang advise..
Tunggu punya tunggu Dak Zafran meragam jugak. Terpaksa bagi handphone. Bila photographer dah sampai, ambil balik. Taknaklah Zafran main handphone semasa photoshoot. Nanti mata taknak pandang kamera pulak. Gambar-gambar yang diambil mula-mula semua orang dalam satu gambar. Selepas itu setiap keluarga, geng perempuan & budak-budak. Photographer memang bagus. Siap boleh advise pose-pose menarik yang boleh dibuat untuk bergambar.
Nasib baik semua dah mood baik..
Yang second port adalah berhadapan dengan Flemington Hotel. Di situ ada pokok angsana besar
yang dahan-dahannya melentur sehingga mencecah tanah. Sini just ambil family photoshoot.
Dah settle photoshoot, terus balik ke kampong boyan. Bersiap sebab nak beraya
di Gerik pulak.
formal style
Sebelum akhiri entri ni, saya nak kongsikan Tips Nak Mengambil Outdoor Photoshoot Pada Hari Raya Pertama terutama melibatkan budak-budak since saya dah ada pengalaman mengambil Outdoor Photoshoot.
1. Dah nama outdoor, mesti akan bergambar di bawah panas terik. Confirm punya. Time yang akan dapat untuk photoshoot mesti dalam pukul 11pagi ke atas. Sebab nak bersiap, breakfast, solat raya & etc. Melainkan outdoor di tempat sejuk seperti Genting, Cameron. Takpun obersea(over!). Kalau outdoor selain tempat-tempat ni, kenalah bawa air minum berbelen-belen. Maksudnya kalau setakat satu botol mineral memang tak akan cukuplah. Kalau dapat cuaca redup, tu rezeki. Tapi bawak jugaklah air especially kalau ada budak-budak.
2. Get ready jika photoshoot ter delay hingga sejam ke atas, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bawaklah tikar supaya tak adalah kena berdiri semasa menunggu. Kalau tempat photoshoot ada banyak kerusi, rezekilah. Ini untuk lokasi yang satu kerusi pun tak ada. Tak akan nak duduk atas tanah pulak. Habislah baju raya. Tak sempat photoshoot, baju raya dah sememeh.
3. Satu lagi bawa payung untuk budak, baby supaya mereka tak kepanasan. Kalau untuk perempuan supaya makeup tak cair. Kalau lelaki supaya ketiak tak becak..Ahaks.
4. Untuk perempuan, bawalah paling kurang compact powder & cermin. Boleh touch up balik jika dah sememeh (sayala tue) especially kalau panas sangat & kena menunggu lama.
5. Budak-budak kalau dah meragam sebelum photoshoot bermula, bagi ajealah apa yang dia suka iaitu tak lain tak bukan gadget. Kalau boleh bagi mainan, gula-gula, bagi ajea asalkan dapat behave. Meragam nantikan, dalam gambar ada muka menyinga pulak. Nasib baik tak akan part shaking kalau ada meronta-ronta. Guna DSLR kan(kan?)
Freestyle
Kalau ikut tips ni, photoshoot akan hampir sepenuhnya dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
Kalau ada terkurang, hope tolong tambahkan. Last but not least, kalau nak book photographer untuk photoshoot di Taiping (kalau area lain tanya dahulu sama ada cover ke tak), boleh book Izzad Normee. Hasil kerjanya sangat mengagumkan.
Warna tema tahun ini adalah warna pastel Dua Raya photoshoot yang lepas iaitu pada tahun 2013 & 2015, buat di dalam studio sahaja....
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)