Eid 1438H│ Keep Calm & Ignore Chef Wan's Criticism. Because It's Zafran's & Jimmy's Birthday Celebrations

Raya kedua & ketiga untuk tahun ni decide untuk tak
keluar beraya. Bukan sebab baru lepas tersentap dengan sindirian Chef Wan. Yeala perangai Zafran lebih kuranglah dengan budak yang Chef Wan sound tuh. Sampai rasa takutlah nak beraya di mana-mana rumah. Eh no. Tak kuasa mak nak layan sindirin Chef
Wan. Tak keluar rumah sebabnya raya kedua & ketiga adalah masa nak terima kunjungan
saudara-mara datang beraya rumah mertua baik belah Selama (Kimchi’s paternal
side) mahupun belah Lenggong (Kimchi’s maternal side). Raya
Keempat dah kembali keluar beraya dah.

Bila dah semua berkumpul di Kampung Boyan, saya & Kimchi apalagi, guna kesempatan ini untuk menyambut hari jadi Zafran yang ketiga. Beli kek tak lain tak bukan di Secret Recipe.
Nurul pun nak join celebrate birthday jugak untuk husbandnya. Katanya nak buat surprise untuk hubbynya. Jadi dia minta tolong kitaorang beli kek secara senyap-senyap untuk hubby nya.
Masa set up tempat untuk celebrate birthday, buat depan-depan hubby Nurul, Jimmy. Dia tak sedar yang nak set up untuk birthday dia jugak. Padahal atas meja ada dua biji kek & dia dah pun tertengok kek-kek ni. Satu kek letak nombor 3 which is represent umur Zafran. Satu lagi kek ada dua nombor 3, which is umur hubby Nurul iaitu 33. Tapi sebab nombor-nombornya sama iaitu tiga so dia ingatkan dua-dua biji kek untuk Zafran. Memang dia tak sedar jugak kek yang ada dua nombor 3 adalah untuk dia. Bila dia dah tengok kali kedua( ke lebih), baru dia sedar yang kek ada dua nombor 3 itu adalah untuk dia jugak. Dia tahu pun bukan sebab terbaca tulisan birthday wish pada kek ke apa..Dia tahu pun bila ada anak-anak Maklang & Nurul sebut surprise kepada Jimmy. Terkejut jugaklah Jimmy.
Dah menyanyi lagu birthday & potong kek by dua-dua
birthday boys, sambung balik aktiviti beraya iaitu menikmati juadah raya,
beramah mesra & sebagainya.
Sebenarnya senang sahaja nak avoid dua-dua ni berlaku. Jadikanlah rumah kita child friendly. Antara tips nak jadikan rumah child friendly ialah tak payah beli perhiasan rumah ratus ribu riban ringgit Malaysia, beli perabot yang ada pintu supaya boleh letak lock, pasang safety gate, benda-benda berharga diletak pada tempat yang sukar dicapai atau disimpan & banyak lagilah. Nanti tak habis-habis pulak entri ini kalau nak cerita lagi details pasal tips ni .
Bila rumah dah child friendly, kau dah tak payah nak rungsing atau gusar atau susah hati bila nak terima kunjungan keluarga terutama yang ada anak yang exploring skill tengah berkembang ni. Rumah saya memang hampir nak child friendly. Yeala ada anak kecil pun kena jadikan rumah child friendly jugak. Saya memang tak ada terfikir langsung nak rungsing kalau ada kunjungan keluarga yang ada anak tengah melasak. Lagi suka tetamu datang rumah adalah.
Kena tahu selain mengeratkan silaturahim, tetamu yang datang akan bawa keberkatan ke rumah kita. Ustazah saya dahulu pun ada cakap tetamu yang datang rumah akan bawa keluar segala kesusahan keluar daripada rumah kita. Besar tak besar manfaat tetamu datang rumah ni.
Tetamu seboleh-bolehnya akan buat perkara betul & tak buat perkara salah apabila berada di rumah tuan rumah sebab benda ni adalah common sense. Semuanya juga mengamalkan amal maaruf nahi mungkar. So macam tak perlu nak remind ke buat soft reminder tentang adab-adab beraya sebelum nak datang rumah saya . Kalau ada yang terbuat jugak benda yang salah maybe tak sengaja. Kalau sengaja, maknanya dia tak amalkan amal maaruf nahi mungkar. Itu antara dia dan Allah SWT lah kenapa dia ada akhlak sedemikian. Kalau melibatkan kanak-kanak, maybe parents dah tegur, tapi anak tak makan saman. Nak buat macam mana, nama pun mumaiyyiz. Taknak ada barang berharga rosak, ikut tips child friendly home yang saya baru sebut tadi.
Ini cara sayalah. Cara orang lain terserah kepada diri mereka. Hashtagitisjustmytwocent.
Depa belum berkemampuan lagi untuk membezakan antara yang baik dan buruk.
Raya kedua & ketiga untuk tahun ni decide untuk tak keluar beraya. Bukan sebab baru lepas tersentap dengan sindirian Chef Wan. ...