Berbuka Puasa di Klang Executive Club Sebab Gantung Kuali
Setiap bulan Ramadhan wajib balik rumah parents masing-masing sekurang-kurangnya sekali. Nak merasai suasana berbuka dan bersahur di rumah parents. Kampung Kimchi mesti nak kena stay lebih daripada 2 hari sebab jauh iaitu di Taiping. 2 hari memang tak cukup untuk balik Taiping sebab 2 hari just habis masa kat atas jalan jea. Kalau saya yang just di PJ jea, 2 hari pun cukup dah.
Belakang tuela aquarium yang Dak Zafran teruja tengok. Sekarang ni tak dah. Terpaksalah bagi handphone sat sementara tunggu mama habis solat. Dekat betul dengan mata handphone tue. Tak apa. Time kat luar jea dia boleh main handphone. Kat rumah jangan haraplah..hehe
Balik Taiping untuk tahun ini pada hujung minggu kedua bulan Ramadhan. Decide nak balik time weekend ni sebab ada cuti Nuzul Al-Quran pada hari Isnin. Jadi, dapatlah bermalam di Taiping selama 4 hari. Hari Jumaatnya nak gerak. Kenalah gantung kuali daripada memasak untuk berbuka. Kimchi bawa berbuka puasa di Klang Executive Club.
Belakang tue untuk iftar outdoor. Dak Zafran tengah figure out acano nak buat peace
Slogan untuk Ramadhan buffetnya di Klang Executive Club adalah ketuk-ketuk rasa desa. Maknanya, juadah yang disajikan untuk berbuka puasa adalah berkonsepkan tradisional. Antaranya adalah sate, dimsum, kambing bakar, buah-buahan(rambutan & laici), ABC, kuih-muih tradisional & lain-lain. Yang moden-moden ni macam spaghetti ke, pudding roti ke, makanan yang telah disuntikkan dengan inovasi hipster(haram jadah apa aku cakap ni) ke, semua ni tak ada. Rasa makanannya not bad.
Di lobi KEC
Ada dua pilihan lokasi untuk berbuka iaitu ada indoor & outdoor. Kalau suka kedamaian, sejuk, taknak peluh ketiak, tak ada bunyi bising, boleh pilih indoor. Kalau nak yang lebih happening, ada live band, bersebelahan dengan swimming pool, lebih dekat dengan stall yang tempat makanan yang disediakan, boleh pilih outdoor. Kitaorang pilih tak lain tak bukan indoor. Ahaks.
Dah pandai buat peace tapi mata pandang tempat lain
mata pandang atas pulak..aduii budak bertuah ni
Habis makan & solat, terus gerak balik Saujana sebab dah janji dengan Enal nak carpool balik Taiping. Next time kalau ada hari gantung kuali lagi, boleh pergi KEC untuk makan Dimsum. Di KEC pun boleh order dim sum jugak. Hehe.
Setiap bulan Ramadhan wajib balik rumah parents masing-masing sekurang-kurangnya sekali. Nak merasai suasana berbuka dan bersahur di rum...