Kalau nak tahu Plaza Alam Sentral sekarang dah ada
medan selera sendiri dah. Majlis perasmian bagi pembukaan Muhibbah makan place ini telah diadakan pada 22 April lepas. Majlis perasmiannya tersangatlah havouc. Mana tak havouc nya.
Siap ada persembahan daripada dua artis AF iaitu Maulana dan Aisyah. Para
pengunjung juga boleh menikmati hidangan yang disediakan tanpa had. Dan paling
best, pelbagai jenis hadiah yang menarik diberikan kepada pengunjung-pengunjung
yang bertuah. Saya apalagi memang tidak
lepaskan peluanglah untuk menyertai
majlis pembukaan ini. Dengan Kimchi & Dak Zafran pun turut serta
bersama dengan saya.
Kiosk Nasi Kukus
Kiosk-kiosk yang lain
Beverage kiosk
Kalau dah nama medan selera semestinya terdapat banyak
kiosk, yang setiap satunya menyediakan hidangan yang berbeza-beza. Hidangan
yang disediakan adalah Curry Laksa, Maggi Kari Letam, Khap Pao Chicken Rice
With Egg, Nasi Kukus Pandan Ayam Goreng Berempah, Sizzling Beef Yee Mee With
Egg dan banyak lagi. Semuanya tersangatlah lazat kebaboom.
Media yang dijemput dapat menu VVIP. Boleh order mana-mana menu yang nak, order berkali-kali pun boleh
Kambing bakar
Sizzling Lamb Rice with eggs
Sate
My favourite: Cendolsss
Muhibbah Makan Place adalah merupakan usaha sama 2 chef yang sangat hebat iaitu Chef Wan dan Chef Bala bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada peniaga makanan jalanan yang muda dan juga memiliki bakat yang besar. Usaha mereka mencapai kejayaan apabila menemui peniaga jalanan yang mampu menghasilkan hidangan berkualiti
tinggi. Chef Wan & Chef Bala bersama-sama
membimbing peniaga jalanan ini agar kualiti hidangan yang dihasilkan olehnya meningkat ke
tahap lebih tinggi.
With Chef Bala & Chef Wan
So inspirational apa yang telah dilakukan oleh Chef Bala
& Chef Wan. Semoga Chef Bala & Chef Wan terus sukses dalam bidang F&B, dan Muhibbah F&B Sdn Bhd terus maju hingga ke peringkat antarabangsa. Di Malaysia sendiri, Chef Bala & Chef Wan sudah pun berjaya mengendalikan perniagaan katering milik mereka sendiri di syarikat korporat & menghidangkan kepada lebih daripada 3000 pekerja setiap hari. Selain itu Chef Bala & Chef Wan juga memiliki pejabat komersial di Puchong dan beberapa corporate kitchens.
Sesiapa yang nak mencuba keenakkan menu di Muhibbah Makan Place, boleh pergi ke tingkat paling atas Plaza Alam Sentral iaitu tingkat 5. Nak tahu lebih details mengenai Muhibbah Makan Place, boleh layari di
FB:
Muhibbah Makan Place
Website:
http://www.muhibbahfnb.com/
Dari kiri: Chef Wan, Aisyah Af, Maulana AF, Chef Bala
(Gambar dari FB Muhibbah Makan Place)
Kalau nak tahu Plaza Alam Sentral sekarang dah ada medan selera sendiri dah. Majlis perasmian bagi pembukaan Muhibbah makan place ini tel...