Home
All post
Myself As A EHS Trainer In ALH
Bila dah kena incharge EHS (Environmental, Health & Safety) jugak, training yang berkaitan
dengan EHS sayalah yang kena sediakan kepada semua ALH staff & workers.
Sebelum ni, semasa saya cuma pegang title Chemist, saya
hanya provide training yang berkaitan dengan jobscope saya sahaja. Contohnya
adalah Chemical Management, Chemical Spillage Drill & ICP testing.
Chemical Management & Spillage Emergency Procedure Training
Paham ke dok diaorang ni. Dahi berpeluh dah..
Latihan untuk tindakan kecemasan jika berlaku pertumpahan bahan kimia
Haaa..betullah tu kena buat macamtu. Nasib baik pandai korang semua ni.
Start tahun ini, current title dah kena tambah “cum EHS”. Saya
pulak satu-satunya certified first aider yang ada di ALH. Jadi lagi banyak training saya kena organize iaitu First Aid Awareness Training, PPE (Personal Protective Equipment) Training & Fire Drill. Semua
training yang saya sebut ni, saya kena buat setiap tahun.

First Aid Training

Tengah explain cara rawatan kebakaran dan melecur

buat-buat faham ajelah uolss
Ginilah keadaan bila company mengambil langkah untuk berjimat-cermat sementara tunggu ekonomi global betul-betul stabil (statement ni buat iolss rasa economist sangat. ahaks). Staff
yang sama yang kena provide hampir semua training yang wajib buat di ALH.
Tak apalah. Bagus untuk saya jugak bila selalu kena jadi trainer.
Saya akan selalu bercakap di hadapan orang ramai walaupun hadapan orang ramai tu
tak adalah ramai mana sebab staff yang ada ciput jea. Ahaks. Tapi still boleh
menaikkan saya punya confident level & improve speech skills. Always think
positive. hehe
Bila dah kena incharge EHS (Environmental, Health & Safety) jugak, training yang berkaitan dengan EHS sayalah yang kena sediakan kepa...
Jom join Giveaway Jiakreatifelt!

Click above banner to join GA
GA ends on 27/4/17
Click above banner to join GA GA ends on 27/4/17
My First Flight Experience Together With Dak Zafran

Sebelum nak naik penerbangan inipun, dah macam-macam laluan
sukar terpaksa saya tempuhi. Beberapa
hari sebelum nak naik flight, Dak Zafran terjatuh & tak boleh berjalan. Masa
tue ingat just cramp or terseliuh. Doktor juga yang mengesahkan macamtu. Rupa-rupanya ada crack. So lousy that doctor.
Tapi maybe adalah hikmah jumpa doctor lousy tue. Cuba imagine time tue jugak
dah tahu kaki Dak Zafran crack. Confirm time tue jugak bawak pergi pasang simen.
Kalau kaki Dak Zafran bersimen, memang
taklah saya nak bawak Zafran naik flight. Burn ajealah semua yang dah booking
iaitu flight ticket & hotel room. Hikmah ter’refer’ dengan lousy
doctor supaya saya & Dak Zafran
dapat naik flight & bercuti di Langkawi. Haha. Zafran tak boleh berjalan, still boleh handle. Itu gunanya foldable lightweight stroller yang Kimchi beli di Lazada. Guna stroller untuk carry Dak Zafran hinggalah ke pintu flight.
Sampai-sampai airport ada lagi beberapa obstacles. First,
baru perasan flask air panas tertinggal. Dalam banyak-banyak barang Zafran, flask air
jugak yang tertinggal. What is really really wrong with me? Entohlerr.. Tak tau macam mana tak ada di dalam beg susu.
Padahal punya perfect segala kelengkapan mak nenek barang Zafran yang saya
bawa. Ada juga barang tertinggal. Yang paling penting pulak tue. Inipun still boleh handle. Di airport, boleh minta air panas di McD. Di dalam flight
pun sama. Dah di Langkawi nanti beli ajelah flask baru.

Dak Zafran dah boshan.. Ipadlah penyelamat keadaan.
Second obstacle, dah saya cerita pada entri sebelum ni, kena
tahan di sekuriti. Boleh klik SINI untuk baca entri kenapa ditahan daripada
naik penerbangan ke Langkawi. Ini last minute dapat solve this problem. Time
stuck di sekuriti, Dak Zafran tak berhenti-henti melalak. Ditambah pulak he is
in pain. Berhenti melalak masa berlari untuk kejar sebelum gate ditutup. Thanks to Mak, Abah & Didi
sebab temankan saya & Dak Zafran hingga ke saat-saat dibenarkan melepasi
sekuriti airport.
Dah check in di gate, Dak Zafran excited sangat bila tahu
dia akan naik aeroplane. Stop sekejap tantrum nya. Lepas tu seat dia di tepi tingkat. Lagilah dia
excited tengok aeroplane. Flight dah berlepas, lepas 10 minit Dak Zafran dah bosan.
Terpaksalah bagi di Ipad sebelum dia mengamuk..

Boarding pass balik ke Kl
Untuk penerbangan balik pula, not so much difficulties I had
to face . Di airport, Kimchi pun temankan sehingga betul-betul gate dibuka. Jarak antara sekuriti check & gate tak
jauh pun di Langkawi aiport. Kalau KLIA, mak aiiiii. Tak terkata-kata
kejauhannya. Settle di sekuriti check terus pergi gate & terus naik flight.
Di dalam flight pulak, ada tv di setiap seat. Dak Zafran kerja duk main remote
& tengok kartun di TV sepanjang-panjang dalam flight. Tak adalah cepat
sangat bosan. Dah betul-betul nak
landed baru Dak Zafran mula panas punggung.
Nasib baik dah nak sampai pun.
Masa dah ambil lungage, masa ni rasa super woman sangat
iolsss. Haha.Why I say like that? Sebabnya sebelah tangan carry lungage &
sebelah tangan lagi tolak stroller. Mula-mula tak dapat nak biasakan diri nak tolak
stoller & carry lungage serentak. Stoller out of control sekejap sehingga makin
lama makin menyenget. Hampir nak terkena orang pun ada. Yeala. Memang susahlah
nak tolak stoller sebab tangan sebelah kena tarik lungage. Tapi bila dah dapat rentak, barulah dapat
control tarik lungage & tolak
stroller pada jalan yang lurus. Ahaks. Thanks to airport floor sebab sangat
licin. Haha.

Flight balik pulak yang lagi canggih. Siap ada tv di setiap seat
Phewww.. penerbangan setakat sejam dah ada macam-macam pancaroba. Cuba kalau
penerbangan berjam-jam macam nak pergi London tue. Mahu kena royan walaupun
bukan time pantang. Haha. Tak adalah.. Kalau penerbangan yang lama, pandai-pandai
cari cara handle tantrum toodler macam Dak Zafran. Lagipun Dak Zafran meragam
masa di airport & meragam pun sebab kakinya sakit. Dalam flight, tak ada
pun melalak ke apa. Actually Dak Zafran tak meragam pun di
Langkawi airport. Mood baik kot sebab dah bercuti di Langkawi sampai dah tak
ingat yang kakinya sakit. Kadang-kadang confuse jugak dengan Dak Zafran ni.
Masa di KLIA, ingat dia mengamuk sebab rasa sakit. Tapi ni di Langkawi
airport, langsung tak menangis pun. Maknanya, ikut Dak Zafranlah nak mengamuk bila-bila masa yang dia nak,
with or without reason. Itulah yang dinamakan tantrum. Haha..
Macam inilah apa yang mak abah rasa dahulu. Masa flight
balik dari US ke Malaysia, saya yang baru berumur nak masuk 2 tahun, menangis-nangis
sepanjang-panjang dalam flight. Berhenti
kalau tidur jea. Terjaga sambung melalak balik. Sebab saya menangis maybe terasa
pressure di telinga. Difficulty yang mak & abah face dahulu, sekarang saya
face dengan anak saya pulak.

No matter how much annoying tantrum you throw, i will always love you forever and ever.
Teringat ada baca entri Ben Ashaari
pasal ragam anak ni. (Boleh klik entri SINI kalau nak baca full entri Ben
Ashaari ni) . Ragam anak inilah mengingatkan saya pada jasa & pengorbanan
yang mak abah berikan kepada saya. Bertapa mereka berdua bersabarnya melayan kerenah saya. Memang yang ragam yang saya cerita tadi saya baru berumur 2 tahun tapi bukan setakat itu sahaja. Ianya berterusan
hingga dewasa & kadang-kadang menguriskan hati mereka pun ada. Memang susah
mak abah nak handle saya dahulu. huhu. Semoga sentiasa berterusan membalas
jasa-jasa mereka. Semoga jugak saya belum lagi terlewat membentuk akhlak Zafran & adik Zafran (tak. saya tak pregnant. Zafran memang akan ada adik. just belum tiba masanya lagi..hehe) supaya menjadi lebih baik daripada saya.
So, how’s my first flight experience together with my cheeky son? It is a little bit tough & challenging but i still can handle it. Rasa
superwoman sangat sampai rasa dah boleh ganti Najib dah. Heh..
First flight saya dengan Zafran adalah penerbangan ke Langkawi & return. Dahlah flight ni adalah yang first untuk Dak Zafran. Lep...
Jangan Guna Giovanni Frizz Be Gone Hair Serum Jika..

Jika mempunyai rambut kering seperti rambut saya. Kesannya
selepas beberapa kali penggunaan hair serum ini, mula-mula rambut jadi
bertambah kering. Yang paling teruknya rambut mula beruban seurat demi seurat. Inilah
yang terjadi pada rambut saya. Huhu.
Sebelum ni saya tak pernah pun mengunakan hair serum. Satu
brand pun tak pernah. Tapi bila setiap
kali potong sambut dengan hair stylist yang sama, dia mesti advise pakai conditioner
ataupun hair serum supaya rambut maintain lembap. Tak kering. Rambut saya ni kalau kering, mulalah
mengerbang mengalahkan rambut singa jantan. Dia bukanlah nak promote produk kedai
dia ke apa. Dia pun advise general jea. Tak ada pun mention apa-apa brand.
Dah selepas banyak kali advise, saya carilah hair serum
supaya rambut kekal lembap & sihat. Setelah survey beberapa brand di kedai
Sasa & minta advise sekali dari promoter, saya belilah brand Giovanni frizz Be Gone. Rasa yakin dengan hair serum ini sebabnya adalah
produk organic , 100% Vegetarian dan tiada harmful chemicals. Itu apa yang saya baca yang tertera di description hair
serum inilah. Selain itu juga mempunyai fungsi sama seperti conditioners & sesuai
untuk semua jenis rambut terutamanya rambut kering.
Tapi tuela, tak sampai suku botol pun pakai, rambut mula
beruban & semakin bertambah. Sebelum ni tak ada pun. Dah uban makin
bertambah, saya pun stoplah penggunaan hair serum ni. Kan nanti jadi macam
rambut Richard Gere. Semuanya putih. Umur belumlah lagi 30 tahun.
Check di internet, nak investigate kenapa hair serum ni tak
sesuai untuk rambut saya. Terjumpa honest review Frizz Be Gone di blog Sunshine Diva Gaganpreet. Perkara yang sama jugak
terjadi pada writer ni. Rambut mula beruban dan lain-lain lagi. Boleh klik SINI
atas untuk baca details reviewnya. Writer ini memberitahu yang Hair Serum ni
mengandungi dimethicone (silicon oil). Jika dimethicone (silicon oil) ada pada
rambut, akan terbentuk satu lapisan seperti plastic pada rambut. Rambut
sepatutnya boleh menyerap kelembapan semula jadi di udara. Tapi disebabkan ada lapisan seperi plastic ni, rambut tidak dapat
lagi boleh menyerap kelembapan semula jadi seterusnya rambut yang sudah sedia
kering menjadi lebih teruk iaitu uban. Rambut yang sudah sedia sihat & lembap, mungkin tak akan ada kot dapat kesan ni. Kalau rambut saya terus jadi uban.
Pengajarannya, sebelum nak beli apa-apa produk, produk kecantikan
ke, gadjet ke,apa-apa jealah, bacalah
dahulu honest review di internet. Luangkan sedikit masa untuk buat study dahulu sebelum membuat pembelian. Sekarang ni dah ramai yang suka share
pengalaman & pandangan di internet mengenai produk-produk yang mereka beli tanpa
keuntungan kepada mana-mana pihak. Dah
tak boleh dah bergantung kepada description yang ada di produk container, iklan
ataupun kata-kata promoter. Itu lebih
kepada kelebihan/keuntungan sebelah pihak sahaja. Kenalah buat macamni sebab yang
nak mengunakan produk-produk yang kita beli ni adalah diri kita. Yang akan
menanggung kesan penggunaan produk pun diri kita jugak. Jadi
renung-renungkanlah yea.
Jika mempunyai rambut kering seperti rambut saya. Kesannya selepas beberapa kali penggunaan hair serum ini, mula-mula rambut jadi ber...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)