First flight saya dengan Zafran adalah penerbangan ke Langkawi & return. Dahlah flight ni adalah yang first untuk Dak
Zafran. Lepastu Kimchi pulak tak ada bersama. Really really cut my nerves.
Sebelum nak naik penerbangan inipun, dah macam-macam laluan
sukar terpaksa saya tempuhi. Beberapa
hari sebelum nak naik flight, Dak Zafran terjatuh & tak boleh berjalan. Masa
tue ingat just cramp or terseliuh. Doktor juga yang mengesahkan macamtu. Rupa-rupanya ada crack. So lousy that doctor.
Tapi maybe adalah hikmah jumpa doctor lousy tue. Cuba imagine time tue jugak
dah tahu kaki Dak Zafran crack. Confirm time tue jugak bawak pergi pasang simen.
Kalau kaki Dak Zafran bersimen, memang
taklah saya nak bawak Zafran naik flight. Burn ajealah semua yang dah booking
iaitu flight ticket & hotel room. Hikmah ter’refer’ dengan lousy
doctor supaya saya & Dak Zafran
dapat naik flight & bercuti di Langkawi. Haha. Zafran tak boleh berjalan, still boleh handle. Itu gunanya foldable lightweight stroller yang Kimchi beli di Lazada. Guna stroller untuk carry Dak Zafran hinggalah ke pintu flight.
Sampai-sampai airport ada lagi beberapa obstacles. First,
baru perasan flask air panas tertinggal. Dalam banyak-banyak barang Zafran, flask air
jugak yang tertinggal. What is really really wrong with me? Entohlerr.. Tak tau macam mana tak ada di dalam beg susu.
Padahal punya perfect segala kelengkapan mak nenek barang Zafran yang saya
bawa. Ada juga barang tertinggal. Yang paling penting pulak tue. Inipun still boleh handle. Di airport, boleh minta air panas di McD. Di dalam flight
pun sama. Dah di Langkawi nanti beli ajelah flask baru.
Dak Zafran dah boshan.. Ipadlah penyelamat keadaan.
Second obstacle, dah saya cerita pada entri sebelum ni, kena
tahan di sekuriti. Boleh klik
SINI untuk baca entri kenapa ditahan daripada
naik penerbangan ke Langkawi. Ini last minute dapat solve this problem. Time
stuck di sekuriti, Dak Zafran tak berhenti-henti melalak. Ditambah pulak he is
in pain. Berhenti melalak masa berlari untuk kejar sebelum gate ditutup. Thanks to Mak, Abah & Didi
sebab temankan saya & Dak Zafran hingga ke saat-saat dibenarkan melepasi
sekuriti airport.
Dah check in di gate, Dak Zafran excited sangat bila tahu
dia akan naik aeroplane. Stop sekejap tantrum nya. Lepas tu seat dia di tepi tingkat. Lagilah dia
excited tengok aeroplane. Flight dah berlepas, lepas 10 minit Dak Zafran dah bosan.
Terpaksalah bagi di Ipad sebelum dia mengamuk..
Boarding pass balik ke Kl
Untuk penerbangan balik pula, not so much difficulties I had
to face . Di airport, Kimchi pun temankan sehingga betul-betul gate dibuka. Jarak antara sekuriti check & gate tak
jauh pun di Langkawi aiport. Kalau KLIA, mak aiiiii. Tak terkata-kata
kejauhannya. Settle di sekuriti check terus pergi gate & terus naik flight.
Di dalam flight pulak, ada tv di setiap seat. Dak Zafran kerja duk main remote
& tengok kartun di TV sepanjang-panjang dalam flight. Tak adalah cepat
sangat bosan. Dah betul-betul nak
landed baru Dak Zafran mula panas punggung.
Nasib baik dah nak sampai pun.
Masa dah ambil lungage, masa ni rasa super woman sangat
iolsss. Haha.Why I say like that? Sebabnya sebelah tangan carry lungage &
sebelah tangan lagi tolak stroller. Mula-mula tak dapat nak biasakan diri nak tolak
stoller & carry lungage serentak. Stoller out of control sekejap sehingga makin
lama makin menyenget. Hampir nak terkena orang pun ada. Yeala. Memang susahlah
nak tolak stoller sebab tangan sebelah kena tarik lungage. Tapi bila dah dapat rentak, barulah dapat
control tarik lungage & tolak
stroller pada jalan yang lurus. Ahaks. Thanks to airport floor sebab sangat
licin. Haha.
Flight balik pulak yang lagi canggih. Siap ada tv di setiap seat
Phewww.. penerbangan setakat sejam dah ada macam-macam pancaroba. Cuba kalau
penerbangan berjam-jam macam nak pergi London tue. Mahu kena royan walaupun
bukan time pantang. Haha. Tak adalah.. Kalau penerbangan yang lama, pandai-pandai
cari cara handle tantrum toodler macam Dak Zafran. Lagipun Dak Zafran meragam
masa di airport & meragam pun sebab kakinya sakit. Dalam flight, tak ada
pun melalak ke apa. Actually Dak Zafran tak meragam pun di
Langkawi airport. Mood baik kot sebab dah bercuti di Langkawi sampai dah tak
ingat yang kakinya sakit. Kadang-kadang confuse jugak dengan Dak Zafran ni.
Masa di KLIA, ingat dia mengamuk sebab rasa sakit. Tapi ni di Langkawi
airport, langsung tak menangis pun. Maknanya, ikut Dak Zafranlah nak mengamuk bila-bila masa yang dia nak,
with or without reason. Itulah yang dinamakan tantrum. Haha..
Macam inilah apa yang mak abah rasa dahulu. Masa flight
balik dari US ke Malaysia, saya yang baru berumur nak masuk 2 tahun, menangis-nangis
sepanjang-panjang dalam flight. Berhenti
kalau tidur jea. Terjaga sambung melalak balik. Sebab saya menangis maybe terasa
pressure di telinga. Difficulty yang mak & abah face dahulu, sekarang saya
face dengan anak saya pulak.
No matter how much annoying tantrum you throw, i will always love you forever and ever.
Teringat ada baca entri Ben Ashaari
pasal ragam anak ni. (Boleh klik entri
SINI kalau nak baca full entri Ben
Ashaari ni) . Ragam anak inilah mengingatkan saya pada jasa & pengorbanan
yang mak abah berikan kepada saya. Bertapa mereka berdua bersabarnya melayan kerenah saya. Memang yang ragam yang saya cerita tadi saya baru berumur 2 tahun tapi bukan setakat itu sahaja. Ianya berterusan
hingga dewasa & kadang-kadang menguriskan hati mereka pun ada. Memang susah
mak abah nak handle saya dahulu. huhu. Semoga sentiasa berterusan membalas
jasa-jasa mereka. Semoga jugak saya belum lagi terlewat membentuk akhlak Zafran & adik Zafran (tak. saya tak pregnant. Zafran memang akan ada adik. just belum tiba masanya lagi..hehe) supaya menjadi lebih baik daripada saya.
So, how’s my first flight experience together with my cheeky son? It is a little bit tough & challenging but i still can handle it. Rasa
superwoman sangat sampai rasa dah boleh ganti Najib dah. Heh..
First flight saya dengan Zafran adalah penerbangan ke Langkawi & return. Dahlah flight ni adalah yang first untuk Dak Zafran. Lep...