Home
All post
My First Flight Experience Together With Dak Zafran

Sebelum nak naik penerbangan inipun, dah macam-macam laluan
sukar terpaksa saya tempuhi. Beberapa
hari sebelum nak naik flight, Dak Zafran terjatuh & tak boleh berjalan. Masa
tue ingat just cramp or terseliuh. Doktor juga yang mengesahkan macamtu. Rupa-rupanya ada crack. So lousy that doctor.
Tapi maybe adalah hikmah jumpa doctor lousy tue. Cuba imagine time tue jugak
dah tahu kaki Dak Zafran crack. Confirm time tue jugak bawak pergi pasang simen.
Kalau kaki Dak Zafran bersimen, memang
taklah saya nak bawak Zafran naik flight. Burn ajealah semua yang dah booking
iaitu flight ticket & hotel room. Hikmah ter’refer’ dengan lousy
doctor supaya saya & Dak Zafran
dapat naik flight & bercuti di Langkawi. Haha. Zafran tak boleh berjalan, still boleh handle. Itu gunanya foldable lightweight stroller yang Kimchi beli di Lazada. Guna stroller untuk carry Dak Zafran hinggalah ke pintu flight.
Sampai-sampai airport ada lagi beberapa obstacles. First,
baru perasan flask air panas tertinggal. Dalam banyak-banyak barang Zafran, flask air
jugak yang tertinggal. What is really really wrong with me? Entohlerr.. Tak tau macam mana tak ada di dalam beg susu.
Padahal punya perfect segala kelengkapan mak nenek barang Zafran yang saya
bawa. Ada juga barang tertinggal. Yang paling penting pulak tue. Inipun still boleh handle. Di airport, boleh minta air panas di McD. Di dalam flight
pun sama. Dah di Langkawi nanti beli ajelah flask baru.

Dak Zafran dah boshan.. Ipadlah penyelamat keadaan.
Second obstacle, dah saya cerita pada entri sebelum ni, kena
tahan di sekuriti. Boleh klik SINI untuk baca entri kenapa ditahan daripada
naik penerbangan ke Langkawi. Ini last minute dapat solve this problem. Time
stuck di sekuriti, Dak Zafran tak berhenti-henti melalak. Ditambah pulak he is
in pain. Berhenti melalak masa berlari untuk kejar sebelum gate ditutup. Thanks to Mak, Abah & Didi
sebab temankan saya & Dak Zafran hingga ke saat-saat dibenarkan melepasi
sekuriti airport.
Dah check in di gate, Dak Zafran excited sangat bila tahu
dia akan naik aeroplane. Stop sekejap tantrum nya. Lepas tu seat dia di tepi tingkat. Lagilah dia
excited tengok aeroplane. Flight dah berlepas, lepas 10 minit Dak Zafran dah bosan.
Terpaksalah bagi di Ipad sebelum dia mengamuk..

Boarding pass balik ke Kl
Untuk penerbangan balik pula, not so much difficulties I had
to face . Di airport, Kimchi pun temankan sehingga betul-betul gate dibuka. Jarak antara sekuriti check & gate tak
jauh pun di Langkawi aiport. Kalau KLIA, mak aiiiii. Tak terkata-kata
kejauhannya. Settle di sekuriti check terus pergi gate & terus naik flight.
Di dalam flight pulak, ada tv di setiap seat. Dak Zafran kerja duk main remote
& tengok kartun di TV sepanjang-panjang dalam flight. Tak adalah cepat
sangat bosan. Dah betul-betul nak
landed baru Dak Zafran mula panas punggung.
Nasib baik dah nak sampai pun.
Masa dah ambil lungage, masa ni rasa super woman sangat
iolsss. Haha.Why I say like that? Sebabnya sebelah tangan carry lungage &
sebelah tangan lagi tolak stroller. Mula-mula tak dapat nak biasakan diri nak tolak
stoller & carry lungage serentak. Stoller out of control sekejap sehingga makin
lama makin menyenget. Hampir nak terkena orang pun ada. Yeala. Memang susahlah
nak tolak stoller sebab tangan sebelah kena tarik lungage. Tapi bila dah dapat rentak, barulah dapat
control tarik lungage & tolak
stroller pada jalan yang lurus. Ahaks. Thanks to airport floor sebab sangat
licin. Haha.

Flight balik pulak yang lagi canggih. Siap ada tv di setiap seat
Phewww.. penerbangan setakat sejam dah ada macam-macam pancaroba. Cuba kalau
penerbangan berjam-jam macam nak pergi London tue. Mahu kena royan walaupun
bukan time pantang. Haha. Tak adalah.. Kalau penerbangan yang lama, pandai-pandai
cari cara handle tantrum toodler macam Dak Zafran. Lagipun Dak Zafran meragam
masa di airport & meragam pun sebab kakinya sakit. Dalam flight, tak ada
pun melalak ke apa. Actually Dak Zafran tak meragam pun di
Langkawi airport. Mood baik kot sebab dah bercuti di Langkawi sampai dah tak
ingat yang kakinya sakit. Kadang-kadang confuse jugak dengan Dak Zafran ni.
Masa di KLIA, ingat dia mengamuk sebab rasa sakit. Tapi ni di Langkawi
airport, langsung tak menangis pun. Maknanya, ikut Dak Zafranlah nak mengamuk bila-bila masa yang dia nak,
with or without reason. Itulah yang dinamakan tantrum. Haha..
Macam inilah apa yang mak abah rasa dahulu. Masa flight
balik dari US ke Malaysia, saya yang baru berumur nak masuk 2 tahun, menangis-nangis
sepanjang-panjang dalam flight. Berhenti
kalau tidur jea. Terjaga sambung melalak balik. Sebab saya menangis maybe terasa
pressure di telinga. Difficulty yang mak & abah face dahulu, sekarang saya
face dengan anak saya pulak.

No matter how much annoying tantrum you throw, i will always love you forever and ever.
Teringat ada baca entri Ben Ashaari
pasal ragam anak ni. (Boleh klik entri SINI kalau nak baca full entri Ben
Ashaari ni) . Ragam anak inilah mengingatkan saya pada jasa & pengorbanan
yang mak abah berikan kepada saya. Bertapa mereka berdua bersabarnya melayan kerenah saya. Memang yang ragam yang saya cerita tadi saya baru berumur 2 tahun tapi bukan setakat itu sahaja. Ianya berterusan
hingga dewasa & kadang-kadang menguriskan hati mereka pun ada. Memang susah
mak abah nak handle saya dahulu. huhu. Semoga sentiasa berterusan membalas
jasa-jasa mereka. Semoga jugak saya belum lagi terlewat membentuk akhlak Zafran & adik Zafran (tak. saya tak pregnant. Zafran memang akan ada adik. just belum tiba masanya lagi..hehe) supaya menjadi lebih baik daripada saya.
So, how’s my first flight experience together with my cheeky son? It is a little bit tough & challenging but i still can handle it. Rasa
superwoman sangat sampai rasa dah boleh ganti Najib dah. Heh..
First flight saya dengan Zafran adalah penerbangan ke Langkawi & return. Dahlah flight ni adalah yang first untuk Dak Zafran. Lep...
Jangan Guna Giovanni Frizz Be Gone Hair Serum Jika..

Jika mempunyai rambut kering seperti rambut saya. Kesannya
selepas beberapa kali penggunaan hair serum ini, mula-mula rambut jadi
bertambah kering. Yang paling teruknya rambut mula beruban seurat demi seurat. Inilah
yang terjadi pada rambut saya. Huhu.
Sebelum ni saya tak pernah pun mengunakan hair serum. Satu
brand pun tak pernah. Tapi bila setiap
kali potong sambut dengan hair stylist yang sama, dia mesti advise pakai conditioner
ataupun hair serum supaya rambut maintain lembap. Tak kering. Rambut saya ni kalau kering, mulalah
mengerbang mengalahkan rambut singa jantan. Dia bukanlah nak promote produk kedai
dia ke apa. Dia pun advise general jea. Tak ada pun mention apa-apa brand.
Dah selepas banyak kali advise, saya carilah hair serum
supaya rambut kekal lembap & sihat. Setelah survey beberapa brand di kedai
Sasa & minta advise sekali dari promoter, saya belilah brand Giovanni frizz Be Gone. Rasa yakin dengan hair serum ini sebabnya adalah
produk organic , 100% Vegetarian dan tiada harmful chemicals. Itu apa yang saya baca yang tertera di description hair
serum inilah. Selain itu juga mempunyai fungsi sama seperti conditioners & sesuai
untuk semua jenis rambut terutamanya rambut kering.
Tapi tuela, tak sampai suku botol pun pakai, rambut mula
beruban & semakin bertambah. Sebelum ni tak ada pun. Dah uban makin
bertambah, saya pun stoplah penggunaan hair serum ni. Kan nanti jadi macam
rambut Richard Gere. Semuanya putih. Umur belumlah lagi 30 tahun.
Check di internet, nak investigate kenapa hair serum ni tak
sesuai untuk rambut saya. Terjumpa honest review Frizz Be Gone di blog Sunshine Diva Gaganpreet. Perkara yang sama jugak
terjadi pada writer ni. Rambut mula beruban dan lain-lain lagi. Boleh klik SINI
atas untuk baca details reviewnya. Writer ini memberitahu yang Hair Serum ni
mengandungi dimethicone (silicon oil). Jika dimethicone (silicon oil) ada pada
rambut, akan terbentuk satu lapisan seperti plastic pada rambut. Rambut
sepatutnya boleh menyerap kelembapan semula jadi di udara. Tapi disebabkan ada lapisan seperi plastic ni, rambut tidak dapat
lagi boleh menyerap kelembapan semula jadi seterusnya rambut yang sudah sedia
kering menjadi lebih teruk iaitu uban. Rambut yang sudah sedia sihat & lembap, mungkin tak akan ada kot dapat kesan ni. Kalau rambut saya terus jadi uban.
Pengajarannya, sebelum nak beli apa-apa produk, produk kecantikan
ke, gadjet ke,apa-apa jealah, bacalah
dahulu honest review di internet. Luangkan sedikit masa untuk buat study dahulu sebelum membuat pembelian. Sekarang ni dah ramai yang suka share
pengalaman & pandangan di internet mengenai produk-produk yang mereka beli tanpa
keuntungan kepada mana-mana pihak. Dah
tak boleh dah bergantung kepada description yang ada di produk container, iklan
ataupun kata-kata promoter. Itu lebih
kepada kelebihan/keuntungan sebelah pihak sahaja. Kenalah buat macamni sebab yang
nak mengunakan produk-produk yang kita beli ni adalah diri kita. Yang akan
menanggung kesan penggunaan produk pun diri kita jugak. Jadi
renung-renungkanlah yea.
Jika mempunyai rambut kering seperti rambut saya. Kesannya selepas beberapa kali penggunaan hair serum ini, mula-mula rambut jadi ber...
Kuih Sagu Mak Kau Hijau!

Saja cuba mehipsterkan kuih sagu. Barulah nampak kelainan. Heh heh heh. Hipsterlah sangat. Setakat tukar kepada warna hijau, tang mananya hipster. Hipster ni , inovasinya melampau-lampau. Kadang-kadang tak boleh diterima dek akal pun ada. Contoh kalau nak buat sagu hipster macam warnanya pelangi. Takpun digaul/ditabur cheese(erkkk). Haaa...itu baru layak dipanggil hipster. Haha.
Kuih Sagu ni kuih kedua simple nak buat selepas jemput-jemput. Resipe nak buatnya adalah di bawah.
1 cawan sago
3 cawan air
3/4 cawan gula
kelapa putih & sedikit garam- gaul
Cara-caranya
1. Rendamkan sagu dengan air dahulu
2. masakkan sagu di kuali mengunakan api perlahan
3. Bila dah pekat sedikit, masukkan gula.
3. Kacau lagi sehingga masak. Cara nak tahu dah masak, warna-warna putih-putih dah tidak kelihatan
4. Bila dah masak, letak dalam loyang
5. Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih.
First attemp saya buat kuih sagu memang nampak sedikit-sedikit warna putih. Mungkin sebab pada mulanya saya guna 2 cawan air. Bila tengok resipe yang dikongsi oleh Azie Kitchen, rupa-rupanya kena guna 3 cawan air. Tak apa, next time kalau ada buat lagi, confirm jadi punya. Satu lagi, kuih sagu warna hijau bukan sebab nak kelainan ke apa. Memang sagu saya beli warnanya hijau. hehe.
Selalu tengok kuih sagu warna merah. Yang saya buat ni bewarna hijau. Warna parti pembangkang sangatkan. Saja cuba mehipsterkan kui...
Jemput Godikz Siblings Balik Dari South Korea di KLIA2

Itu ajela Den mampu buat. Tak dapat join Family Enon travel
di Korea, jemput diaorang di KLIA 2 pun jadilah..hehe. Nak jea join diaorang.
Tapi biasalah kewangan tak berapa nak stabil. Dengan nilai mata wang RM kerja nak turun
jea. Tambah lagi, asyik-asyik ada announce kenaikkan harga itu & ini. Eh,
kadang-kadang tak ada announcement pun. Tiba-tiba tengok petrol station penuh. Ada sekali racking
minyak masak di semua kedai kosong. Kalau insiden-insiden pelik sedemikian berlaku, itu
petanda harga nak naiklah tue. Jadi buat masa sekarang kena hold dahulu niat
untuk bercuti di oversea. Nak bercuti di oversea ni, kenalah tunggu…tunggu
sampai apa yea. negara dah stabil dahulu ke? Atau nilai mata wang ringgit
semakin pulih? Rasanya macam susah nak berlaku.

Sementara menunggu, selpik dulu

Sori, mak..gambar shakingla pulak..
Saya dah pernah sampai Korea Selatan pun. Masa zaman sebelum
kahwin dahulu. Backpacker dengan geng coursemate Kimia. Tapi kalau tak pernah pergi
Korea pun, maybe still tak join jugak vacation diaorang ni. Macam saya cakaplah
kewangan belum kukuh lagi. Tak apalah ada rezeki, sampailah oversea nanti.

Many thanks to Godiks, belikan macam-macam souvenirs dari
Korea yang sangat-sangat best. Ingat jugak korang kat kaklong sefemili especially Dak Zafran. Hehe..

Itu ajela Den mampu buat. Tak dapat join Family Enon travel di Korea, jemput diaorang di KLIA 2 pun jadilah..hehe. Nak jea join diaoran...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)