Cuba Masakan Kam Heong di Mohd Chan Restaurant, Setia Alam
Member office ada cerita kalau setiap kali makan di restoren cina muslim, suka order ayam Kam Heong. Ada seorang lagi pun cakap suka order masakan Kam Heong kalau makan di kedai ikan bakar. Saya pulak blur-blur Kam Heong ni macam mana rupa & rasanya. Nampak sangat iolsss sangat economical kan. Jarang makan luar sampai Kam Heong pun saya tak kenal. Padahal Kam Heong bukannya menu baru pun. Taklah tu bukannya economical. Itu namanya buta dapur. Ahaks.

Nak jugak guna magic filter ni.
Ada satu weekend haritu rasa malas nak masak. Ajaklah Kimchi makan di luar. Nak try masakan Kam Heong di kedai Cina Muslim. Pilih makan di Mohd Chan Restaurant sebab ni jea kedai Cina Muslim yang dekat dengan Tesco. Lepas makan, boleh terus shopping barang dapur di Tesco ni.

dim sum chicken salted egg
Nak sangat makan masakan Kam Heong, saya & Kimchi sama-sama order masakan Kam Heong. Saya order Nasi Masak Kam Heong Ayam while Kimchi order Nasi Goreng Kam Heong Special. Then order dim sum chicken salted egg untuk appitizer.

Nasi Masak Kam Heong Ayam
Dapat-dapat jea saya punya Kam Heong, first expression Kam Heong ni lebih kurang macam masak bali. Ada daun kari & kuah kicap. Kalau sekali tengoklah. Bila tengok lama-lama, lainlah dengan masak bali. Kuah Kam Heong lagi pekat & tak ada guna serai. Rasa kari Kam Heong lagi kuat sebab ada guna serbuk kari dalam kuahnya.. Yang Kimchi punya Kam Heong, lain pulak. Lebih kurang macam nasi goreng kicap yang ada udang sebagai topping. Rasanya mak aiii sangat pedas. Potongan cili padi dalam nasi goreng ni boleh tahan jugak banyaknya. Jenuh Kimchi duk buang satu-satu cili padi ni. Tapi dua-dua yang kitaorang order ni sedap jea.

Nasi Goreng Kam Heong Special
Tengok resipe di Google tak susah pun nak buat Kam Heong ni. Lebih kurang macam masak Bali. Bahan-bahannya jea yang banyak tak ada di dapur seperti udang kering, minyak bijan & kicap cair (ado kicap biasa jea). Bahan yang lain semua ada seperti sos tiram, kicap pekat, daun kari & etc. Next time rasa nak makan Kam Heong lagi, bolehlah cuba buat. Tapi kalau malas nak beli bahan yang setakat nak masak Kam Heong ni jea (macam minyak bijan), pergi sahajalah makan di Mohd Chan lagi. Hehe.
Member office ada cerita kalau setiap kali makan di restoren cina muslim, suka order ayam Kam Heong. Ada seorang lagi pun cakap suka order ...