Celebrated May Birthday Babies On April Fool's Day At Medan Ikan Bakar Pantai Jeram
Apasal macam tak synchronize bulan-bulannya. Birthday mak abah yang sama-sama pada bulan Mei tapi disambut pada hari April Fool (1st April). Kalau dah nama April Fool of course pada bulan Aprillah. Kata abah, nak kena pada hari April Fool jugak sebabnya time ni jea semuanya
available. Lepas tu, dah susah nak kumpulkan semua
gediks family members. Actually, Dak Mus seorang jea yang susah nak free. Sekarang walaupun Dak Mus tengah
mid sem break, cuti setakat seminggu sahaja. Lepas tu, next cuti adalah dah nak raya nanti. Even cuti
seminggu ini pun, hari keempat Dak Mus dah nak bercuti di Korea dah. Nak
jumpa Kim Jong Un katanya. Eh tak. Jong Un ni North Korea and nak buat apa jumpa pemimpin kuku besi. Nak jumpa Lee Min
Hoo, yang betulnya. Ahaks.
Dak Zafran dah malas nak pandang kamera..
Family dinner macam biasalah makan di tempat favourite abah
iaitu kedai ikan bakar. Kali ni makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Pantai Jeram. Dah
taknak makan di Aroma Ikan Bakar sebab tak kena dengan taste
kitaorang. Dah sampai & selepas
order, pergi ke Pantai Remis sekejap untuk menikmati
permandangan pantai. Bila dah di Pantai Remis, tengok-tengok pasir
pantai tak ada. Tak berapa nak ada rupa pantai, Pantai Remis ni. Tapi still ada tiupan angin yang segar serta
deruan bunyi ombak yang dapat mendamaikan jiwa dan ragaku. Ayat piutis bebenar, boleh lulus cemerlang kalau ambil paper kesusasteraan melayu ni. Ahaks.
Ntah apa-apa posisi kaki saya ni
Dah lepak & selpik di tepi pantai, pergi masuk balik ke kedai untuk makan. Kitaorang order siakap 3 rasa, jenahak bakar, siakap stim, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, telur dadar, kailan ikan masin & kerang rebus. Dapat- dapat semua yang order, Zup Zap Zup Zap. Tak sampai setengah jam, semuanya licin macam kepala bapak mertuaku bak kata P. Ramlee dalam filem Tiga Abdul. Ahaks.
Siakap tiga rasa
Jenahak bakar
Siakap Stim
Udang goreng tepung
Sotong goreng tepung
Dah habis makan, terus balik. Taknak lepak lama-lama. Nak avoid berada di luar time waktu Maghrib. Dapat duduk dalam kereta sebelum azan Maghrib pun ok dah. Yang anak kecil jea tahu apa purpose buat macam ni.
Tak sempat nak selpie, semua dah makan dulu
To Mak & Abah, happy advanced birthday to both of you.
Semoga mak and abah sentiasa sihat walafiat, diberikan rezeki yang banyak &
sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.
P/S: Tajuk entri ada letak April Fool tak bermakna saya menyambut Hari April Fool yea.
Apasal macam tak synchronize bulan-bulannya. Birthday mak abah yang sama-sama pada bulan Mei tapi disambut pada hari April Fool (1st...