Gigih mama Dak Zafran aiiii..Boleh tu bawak Dak Zafran yang kaki kena simen join blogger event di Sunway Lagoon. Yea, ada crack di tulang tibia Dak Zafran. Yang ingat seliuh time holiday di Langkawi tu, rupa-rupanya ada crack pada tulang ketingnya(tibia). Siotttt doctor yang saya jumpa betul-betul selepas Zafran terjatuh. Ada ke dia cakap tak ada patah..Cramp sahaja.. Doktor cakap macamtu sebab Dak Zafran tak ada menunjukkan reaksi kesakitan a.k.a melalak, bila tekan-tekan dekat semua bahagian kaki termasuklah punggung. Even bengkak pun tak ada. Dak Zafran just taknak guna kaki kiri sahaja. Of course ade menangislah sekejap selepas terjatuh. Dipendekkan cerita, lepas seminggu dah rasa something wrong sebab Dak Zafran taknak berjalan lagi. Saya terus dapatkan second opinion. Maknanya jumpa doctor yang lain dan pilih klinik yang ada buat xray terus. Lepas Xray, rupa-rupanya ada crack. No wonderlah taknak berjalan. Nanti lah saya cerita in details dalam entri lain pasal crack Dak Zafran ni.
Naik tram
Berbalik cerita blogger event tadi.
Mula-mula Ben Ashaari dah ada invite 20 (rasanyalah figure ni) orang blogger
dari KBBA group untuk blogger event di Sunway Lagoon. Ni first come first serve
sebab nak 20 nama jea. Saya tak adalah nak bagi nama sebab better berikan kepada
yang boleh enjoy sebaik boleh di Sunway Lagoon. Kalau saya, awal-awal tahu dah
tak boleh mandi. Sunway Lagoonkan lebih kepada mandi-manda. Then, blogger
yang terpilih untuk event itupun semuanya yang otai-otai..Saya ni suam-suam kuku jea..Kalau saya bagi nama pun kat Ben, rasanya tak terpilih kot.hehe.
Turun di Nickelodeon
Ada Spongebob di belakang, tapi Dak Zafran tak layan.
Mampu tengok orang mandi-mandi ajelah
Dak Zafran senyum sememeh dapat tengok kartun-kartun di situ
Betul-betul 2 hari sebelum event, dapat personal invitation daripada PR. Tapi untuk event Chewies lah. (Klik sini untuk entri event Chewies SINI) Yang Ben tu untuk Nickelodeon First Birthday Celebration. Tapi event Chewies pun, siap dapat admission ticket untuk parents & kids and can access to all parks. And then ada lunch and goodies bag. Tahulahkan tiket Sunway Lagoon boleh tahan jugak mahalnya. Dewasa pun RM120. Kalau kanak-kanak murah 20% lah kot. Tanyalah pendapat family patut tak bawak Dak Zafran yang pakai simen join blogger event. Sebab tiket free kot. Dak Zafran pun dah lama tak keluar rumah sejak pakai simen. Ada satu haritu, sebab lama sangat terperap dalam rumah, Dak Zafran melalak-lalaklah bila nampak papanya nak keluar rumah pergi kerja. Dia pun nak ikut jugak. Semua yang saya tanya pendapat, semuanya cakap patut join. Bawak ajelah Dak Zafran keluar rumah. Lagipun Sunway Lagoon ada banyak benda lain boleh buat selain mandi. Ada wildlife park, amusement park & boleh bawak naik tram. So, saya terus reply email setuju untuk hadir kepada PR.
Dah di event, macam biasa Dak Zafran meragam. Macam biasalah Dak Zafran tak suka duduk setempat & tempat riuh rendah gitu. Event Chewies ni dahlah halfday. Sepanjang-panjang event berlangsung, Dak Zafran kejap ok kejap melalak. Nasib baik tempat tu bising jea tak adalah semua orang dengar Dak Zafran melalak. Tapi yang duduk berdekatan memang asyik tengok ajelah. Agaknya diaorang ingat Dak Zafran in pain sebab kaki bersimenkan. Ke ada yang fikir mak budak ni tak prihatin langsung. Anak sakit pun angkut jugak join blogger event. Kalau ada yang fikir macamtu, tak kisah pun. Sebab diaorang tak tahu hujung pangkal cerita. Dak Zafran ni tak kira sihat walafiat ke, sakit ke memang jenis anti event macamni. Padahal masa on the way nak pergi event, yang kena lalu di wildlife park, Dak Zafran excited giler kot tengok haiwan di park ni.
Dak Zafran and tortoise tengah bertegur-sapa
Nak tengok arnab sampai berdiri-diri.
Longkang fish pun jadilah..
Itik pun Dak Zafran excited tengok.
Habis jea event, time for lunch di
Lighthouse Bistro. Ini saya tak taulah apa yang jadi. Makanan yang disediakan
untuk media di Bistro ni tak cukup. Ramai media tak dapat makan termasuklah
saya. PR dah serba-salah, lastly belikan lunch box untuk yang tak dapat makan.
Saya dapat sampai empat lunch box. Dua popia crispy, satu mee goreng+ayam
goreng +telur goreng dan satu lagi nasi goreng+ayam goreng +telur goreng.
Male peacock
Female peacock
Dah makan, first bawak Dak Zafran naik
tram. Memang excitedlah Dak Zafran naik tram. Then turun di Nickelodeon Park.
Sini tempat mandi-manda jea. Banyak rides yang boleh naik di sini. Kitaorang
just bergambar ajelah. Lepas tu bawak Dak Zafran pergi ke Wildlife Park. Mula-mula masuk ke Pet Village. Dak Zafran melihat rabbit, tortoise,
guinea pig, chicken baka apa entah ada bulu-bulu di kaki, goat & fish. Kat
sini pun dak Zafran melihat semua haiwan dengan excitednya. Then pergi ke Tree Top Terrace. Di situ adalah tempat
yang burung-burung dilepaskanlah dan dibolehkan
berinteraksi dengan pengunjung. Burung-burungnya seperti peacock
and others.
boleh lihat Black Eared marmoset di sini
White lion couple tengah bersantai
White lion ni macam lapar jea. Duk ke hulu ke hilir depan cermin ni
Next melihat haiwan liar yang ada di Tree Terrace seperti black
panther. Haiwan exotic seperti white lions pula boleh dilihat di White Lion Kingdoms dan white tigers di Tiger Land. Bears pun ada di Bear Enclosure. Banyak lagilah haiwan lain yang boleh didapati di Wildlife park. Dah habis pusing-pusing di animal parks,
pergi ke amusement parks. Rides yang Dak Zafran boleh naik just carousel
& wagon wheel. Lepas tu, balik dah.
Dak Zafran macam gerun naik caurosel ni
Naik Wagon Wheel ni tak gayat pulak
Sepanjang-panjang bawak Dak Zafran berjalan
lepas sahaja event Chewiest u, Dak Zafran sekali pun tak ada melalak. Meronta-ronta
nak mandi di pools pun tak ada. Di event Chewies jea Dak Zafran melalak
sebab dia memang anti-event. Even yang
bukan event pun, yang just makan di
restaurant pun Dak Zafran tak suka. Merengek-rengek nak keluar restaurant. Sebelum dia melalak lebih kuat,
bergilir-gilirlah mama and papa bawa keluar. Seorang makan dahulu, sorang lagi
bawa Dak Zafran jalan-jalan. Then rotate. Ada member cakap, jangan layankan
anak berperangai macamtu. Asal dia tak suka duduk setempat, terus bawa dia
keluar. Kena biarkan jea dia menangis. Lama-lama dia akan biasa. Saya & Kimchi
malas nak biarkan dia menangis. Rasa macam kesian tengok Dak Zafran menangis. Dia melalak
pun boleh tahan juga dramanya. Macam baru lepas kena dera. Sebab tu sampai
sekarang duk layan jea lagi dia perangai macamtu. Event Chewiest u nasib baik
bising jea. Tak obvious sangat dengar Dak Zafran menangis. Kalau event jenis
senyap jea, dah lama papanya bawa keluar.
Boleh masuk Scream Park jugak tapi tak akan nak bawak Dak Zafran masuk jugak..Mau mengigau time tidur malam nanti
Dak Zafran still rasa enjoy sebab tak ada lagi meragam walaupun dah nak balik dah
Tak apalah, ambil masa lah kot nak hilang perangai anti-event Dak Zafran ni. Tengah slowly dedahkan Dak Zafran dengan event lah ni supaya lama-lama
akan biasa. Hehe. Apapun, mama nya still rasa buat keputusan yang betul bawa
Dak Zafran join event di Sunway Lagoon.
Gigih mama Dak Zafran aiiii..Boleh tu bawak Dak Zafran yang kaki kena simen join blogger event di Sunway Lagoon. Yea, ada crack di...