Yes, tahu dah recipe nak buat brownies yang paling senang.
Antara semua recipe yang saya pernah tengok dan juga cuba bake, recipe inilah
yang kurang mengunakan bahan yang fancy dan cara nak buat senang. Yaling
penting penting hasilnya dapat brownies.
Bukannya kek coklat. Ada recipe yang title brownies, tapi lepas dah bake jadi
cake sponge macamtu. Ada yang rasa tak sedap & jadi bantat macamtu. Taknaklah
bake penat-penat, and then dalam mindset tak sabar nak makan brownies,
tiba-tiba hajat tak kesampaian. Ke saya ni yang tak pandai membakar.
Tapi recipe yang ini memang menjadi. Recipe ni pada mulanya
dicuba oleh adik Lina. Adik Lina bake brownies guna recipe daripada blog dan
Lina bawa brownies ke office. Bila Lina offer and saya makan, terus saya minta
recipe. Mesti kena minta recipe brownies
yang sedap & betul-betul dapat rasa brownies.
Rasa brownies maksudnya ada rasa chewy.
Bila Lina share link recipe, tengok cara nak buat pun tak
complicated. Bahan fancy pun setakat satu dua. Maksud fancy ialah bahan yang
bukan common di dapur saya. Dapur sayalah. Just nak kena beli coklat compound dan
butter. Yang lain-lain dah ada di dapur saya.
Nak tahu cara nak buat brownies yang tak complicated dan
confirm ada rasa chewy, tengoklah di bawah.
CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
(From Blog Juicycafe)
400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sdk perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound
dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan
angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula
kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga
kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak
dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk
ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C
selama 40 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.(recipe asal 30 minit)
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu
terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.
Nota :-
- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8
inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk
penaik.
- Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi
untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.
Senangkan nak buat brownies guna recipe ni. Boleh dapat
brownies kedut lagi. Dak Mus kalau setiap kali balik PJ, mesti dia request
suruh saya buat brownies ni. Kalau saya buat, dapat makan brownies yang
betul-betul menjadi, dengan banyak. Nak beli, one piece mau RM5. One piece
bukan sebesar one pice kek Secret Recipe tu tau. Seciput jea. Celah gigi pun
tak lepas. Ni dah pandai buat brownies sendiri, dah tak perlulah beli di bakery
lagi.
Yes, tahu dah recipe nak buat brownies yang paling senang. Antara semua recipe yang saya pernah tengok dan juga cuba bake, recipe inila...