at
2/24/2017
Nak beratur untuk naik cable car (a.k.a SkyCab), tak panjang sangat.
Walaupun weekend, tapi nasib baik bukan jatuh pada school holiday. So, tak
adalah nak kena tunggu lama sebelum nak boleh naik cable car.
Beli tiket dulu
Nasib baik jugaklah bukan time beratur, Dak Zafran tercirit. Yup, Dak Zafran kena cirit-birit jugak. Kesan daripada pengambilan ubat tahan sakit and ubat bengkak untuk terseliuhnya. Dahlah kalau time travel, Dak Zafran secara automaticnya jadi liat nak makan. Pastu berak-berak pulak. Taknak cirit-birit berterusan lagi, stop terus bagi kedua-dua ubat tue. Dak Zafran nampak sakit sangat. Sampai ada orang tegurlah Dak Zafran nampak macam tak sihat.
Dah sampai turn naik cable car
Nak salin drypers, tak ada masalah sangat. Kat situ ada
public toilet. Even Dak Zafran tercirit di Skybridge yang tak ada toilet pun, tak ada masalah & tak susah nak tukar. Cari
port yang tak ada orang. Bentangkan alas dan baringkan jea Zafran untuk
salinkan drypers. Tak ada air pun, just guna wet tissue. Nasib baik memang
bawak stok wet tissue yang banyak. Maaflah yea pengunjung-pengunjung yang ada
lalu time menyalin drypers, terpaksa bau harum semerbak yang free. Ahaks. Tapi
diaorang tak kisah pun salin pampers kat tempat open macamtu. Tak ada pun pandang
semacam kat kitaorang & bunyi sok sek sok sek. Semuanya nampak macam
memahami. Dah nama budak kan. Asalkan jangan tinggalkan sebarang kesan selepas
segala urusan selesai.
Menuju puncak Gunung Machinchang..(bukan gemilang cahaya yea)
Dak Zafran sibuk tengok cable car kat luar
Dalam cable car, Dak Zafran mood baik sangat. Excited dia
tengok permandangan dari dalam cable car. Dapat tengok cable car lalu depan
cable car kitaorang lagi. Permandangan Langkawi dan juga Gunung Machinchang dari dalam cable car, mak
aiiiiii soooo magnificent. Tak ingat dah
nak rasa gayat. Last sekali saya naik cable car di Genting. Langkawi ni, first
time. Saya memang excitedlah naik cable car.
Cable car ni ada 2 pitstop. Pitstop yang second yang menghubungkan ke
skybridge. Nak pergi ke skybridge ada dua option. Untuk berjalan kaki (nature walk) kena
bayar RM5. Kalau nak naik skyglide, kena bayar RM15/adult & RM10/children.
Saya of course choose nak naik skyglidelah. Sebab ada budak kecik yang tak boleh
nak berjalankan. Yang berjalan kaki tue nak kena turun naik tangga. Ceh turun
naik tangga pun nak kena bayar RM5. Patutnye free sahajalah.
Kenyataan nie sangat mengundang adrenalin rush (ke?)
Dah sampai skybridge, tiupan angin kencang di bridge ni. Rasa gayat tak usah nak
ceritlah. Tapi again saya tak sempat nak rasa gayat. Sebab duk settle hal berak
Zafran yang saya cerita tadi, nak menikmati permandangan, berselfie, kejar masa
lagi, dah tak ingat nak rasa takut. Memanfaatkan masa yang ada sebaik yang
boleh.
Berada di puncak Gunung Machinchang
Tiupan angin sangat kuat. Nak selfie pun takut
Dak Zafran tengah layan rasa kesejukan tiupan angin...lepas beberapa minit gambar ni diambil, Dak Zafran zzzzz....
With Member Training Kimchi
Dah habis bergambar and mengagumi ciptaan Allah SWT, terus
naik cable car untuk turun. Nak kena get ready untuk aktiviti island hopping.
Patutnya pukul 11am start island hopping. Ni pukul 1pm baru sampai bawah.
Biasalah, kita hanya mampu merancang tapi Allah SWT menentukan segala-galanya.
Nak turun..Dak Zafran Zzzzz
Kagum dengan ciptaan Allah SWT
Nak beratur untuk naik cable car (a.k.a SkyCab), tak panjang sangat. Walaupun weekend, tapi nasib baik bukan jatuh pada school holiday...