at
1/05/2017
Aduii..Dak Zafran tak mau pandang kamera
Frosty la sangat. Di Genting Highland jeapun. Frosty tu hanya sesuai untuk musim winter & di negara yang ada season tu. Tak payah ngado-ngado nak fefeeling frosty di Genting Highland. Ahaks.
Sibuk tengok boat rides atas tu
Ada pameran ultraman time tu..Tapi admission feenya..mak aiii..boleh beli berset-set of ultraman toys
Tapi serius weyh sejuk kot kat Genting Highland. Time baru-baru sampai Genting pulak, tengah hujan lebat. Ditambah pulak dengan tiupan angin yang sangat kencang. (overs). Sejuk kot. Selamba jea saya pakai baju kurung nak jalan-jalan kat Genting. Yeala pergi Genting selepas attend wedding member Kimchi di Mentakab. Tu sebab pakai baju kurung. Memang tak kuasalah nak tukar-tukar baju semata-mata nak jalan-jalan sekejap di Genting. Actually gi Genting ni pun adalah unplanned/adhoc/(apa-apalah perkataan yang sesuai) trip. Kimchi adalah sebut nak singgah gi Genting lepas gi Wedding. Tapi tak sangka pulak dia betul-betul nak bawak gi Genting.
Tak berjalan di New York, kat sini pun jadilah..
Nak bawak naik, Dak Zafran..tapi queue nya panjang bebenor.
Kat luar building memang sejuk macam di oversea sangat. Bila dah di dalam First World Plaza, barulah rasa panas sebab ada heating system. Sebab manusia terlampau ramai pun ada jugak. Masing-masing ada mengeluarkan haba kan.
Ade lagi. Jauh jugak rides ni bawak pusing-pusing.
Rides and attractions yang ada di Genting sekarang just ada
indoor games, haunted house, Ripley Believe Or Not & etc. Tapi malaslah nak masuk semua tu. Sebab
terlampau ramai orang sangat. Cuti new year kan.Outdoor ditutup sebab tak
laku..Eh taklah. Takkanlahhh tak laku. Ahaks. Ditutup sebab nak digantikan
dengan Twentieth Century Fox World. Senang cakap still under construction.
Bawak Dak Zafran pusing-pusing situ pun dia suka. Sebab
dapat tengok rides yang ada bentuk train, boat & etc. Dia sukala tengok
semua tu. Mula-mula nak bawak Dak Zafran naik salah satu rides yang ada di
situ. Tapi bila dapat tahu rides tu termasuk dalam tiket indoor games, terus
tak jadi. Then, tak kena beratur panjang kot kalau nak naik rides time tu. Dah
pusing satu round, terus balik.
Big Ben ni pun jadila...
Tak sabar nak tunggu Twentieth Century Fox World dibuka.
Sepatutnya tahun 2016 dijangka boleh dibuka. Tapi nampak macam lambat lagi jea.
Tak apalah. Bila dah boleh dikunjungi nanti, Dak Zafran pun dah sesuai untuk
main rides & games(not adrenalin rush one) yang ada di situ.
Aduii..Dak Zafran tak mau pandang kamera Frosty la sangat. Di Genting Highland jeapun. Frosty tu hanya sesuai untuk musim winter &...