Blur Blur Semasa Attend Wedding At Auditorium Pancar Sakti, Kem Paya Jaras, RPS Sungai Buloh
Haha..lawak jea time
attend wedding ni..Boleh pulak blur-blur bila mak pengantin tanya, saya ni
kawan kepada pengantin perempuan ke lelaki.
Al-kisahnya macamni. Ada
satu hari lepas ambik Dak Zafran dari rumah Kak Siti(pengasuh), tengok ada kad
kahwin dalam beg Dak Zafran. Siap tulis nama Zafran kat sampul kad kahwin tu.
Maknanya Dak Zafran dapat jemputan wedding. Ahaks. Tapi saya fikir mesti mak
budak(anak asuhan kak siti jugak) punya event, yang mintak tolong Kak Siti
distribute kad kahwin. So, saya tak adalah ambik port sangat dengan wedding ni.
Sebab tak kenal yang menjemput wedding tu
Tapi setiap kali pergi
rumah Kak Siti, Kak Siti banyak kali pesan suruh attend wedding ni. Saya tanya
ni wedding siapa. Kak Siti jawab anak kepada sekian-sekian. Saya ni setiap kali
pergi rumah Kak Siti, tak kiralah nak hantar ke nak menjemput Zafran k, mesti
kelam-kabut and rushing. Tu yang bila Kak Siti bagitau tu event siapa, masuk
telinga kanan keluar telinga kiri.
Sehari sebelum wedding
pun, Kak Siti ajak lagi. Kali ni dah terfikir confirm kawan Kak Siti punya
event. Kalau kawan Kak Siti mesti kawan Cu jugak (Makchik hakimi yang duduk
dekat dengan kitaorang). Dah kalau kawan Cu, mestilah dia kenal kitaorang.
Sebab itulah kot kitaorang dapat kad tu. Tapi still tak tau yang mana satu.
Tengok dah nama ibubapa pengantin di kad kahwin, tapi still tak kenal jugak.
Dah Kak Siti beria ajak, saya pun ajaklah Kimchi. Mula-mula
Kimchi taknak pergi sebab tak kenal. Tapi bila cakap wedding ni mesti Cu ada
datang gak, Kimchi setuju untuk attend.
Bila dah sampai Auditorium Pancar Sakti, Kem Paya Jaras, nampak macam
wedding dibuat di luar auditorium ni, mengunakan khemah. Bila dah kat depan khemah, dan
nak salam dengan ibu pengantin, tue yang blu-blur bila ditanya soalan seperti
yang dicerita di atas. Saya jawab saya kawan Cu. Ibu pengantin terus confuse.
Riak muka dia mengatakan tak kenal pun Cu. Dalam hati saya, alamak, dia tak
kenal pulak. Acano ni. Takkan nak balik semula sebab ibu pengantin tak kenal aku
ni kenalan siapa. Tapi nasib baiklah, time kekeliruan itu berlaku, Paksu Lan,
suami Cu sampai. Tarik nafas lega sekejap jumpa orang yang kenal. Paksu Lan
cakap, wedding ni untuk dua orang anak perempuan KakTun. Oh…Kaktun rupanya.
Then salah seorang pengantin lelaki pun combine jugak dengan majlis ni. Mak aiii..Ni
dah combine 3 majlis terus. Nasib baik, pihak pengantin lelaki satu lagi tak
combine bersama. Tuan rumah yang salam tu adalah mak kepada pengantin lelaki.
Wedding belah lelakilah yang di luar dewan tu. Patutlah den tak konal. Wedding
anak Kak Tun di dalam dewan. Bila dah masuk dewan, barulah jumpa Kak Tun, kawan
kepada Cu & Kak Siti.
So, moral of the story, sebelum nak attend
wedding, make sure tahu nama dan kenal at least seorang yang berkait rapat
dengan event tersebut.Kalau tak, jadi kes macam inilah..hehe..
Haha..lawak jea time attend wedding ni..Boleh pulak blur-blur bila mak pengantin tanya, saya ni kawan kepada pengantin perempuan ke l...