Six Informative & Useful Websites Everyone Should VIsit
Dalam era globlasasi, hampir semua aktiviti yang dilakukan oleh kita adalah berasaskan IT(information technology), daripada pekerjaan hinggalah komunikasi social. Maka banyaklah laman sesawang ataupun website dibina bagi memudahkan melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan IT tersebut. Pada tahun 2014 sahaja terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog yang telah diwujudkan. Anda pasti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali.
Apabila website sudah terlampau banyak, sudah tentu menjadi keliru untuk mengetahui laman sesawang/website yang mana satu penting dan berguna untuk kita terutamanya yang dari Malaysia. Jadi
di bawah adalah enam website atau blog dalam Malaysia yang sangat
berguna tetapi ramai orang masih tidak tahu akan kewujudan website ini. Website yang dinyatakan telah
memberi manfaat kepada ramai orang adalah:
1. Jawatan Kosong (url: https://government.my/)
Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor
awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak
peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai
info dan isu semasa yang berkaitan sebagai bahan bacaan untuk persediaan temuduga
sector awam. Anda pasti tahu temuduga sector awam harus bersedia dengan isu
semasa terutamanya di dalam Malaysia.
2. Jawatan kosong kerajaan (url: http://www.jawatankosong.co/)
Laman web
JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan
kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin
dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni
sudah pasti bukan senang nak apply. Hanya crème de la crème sahaja yang
terpilih. Jika anda ada dipanggil untuk temuduga jawatan sektor kerajaan, pastikan anda melakukan persediaan secukupnya supaya tergolong dalam creme de la creme.
3. Kerja Kosong (url: http://kerjakosong.co/)
Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal
ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh
submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika
anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila
lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.
4. Saps Ibu Bapa (url: http://www.sapsibubapa.co/)
Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.Laman web Saps Ibu Bapa ini sangat
berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia
adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
Anda boleh semak keputusan peperiksaan dengan hanya isikan no kad pengenalan
anak dan nama penuh.
5. APDM
Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid yang merupakan
laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata
pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan
sistem pendidikan sekolah Malaysia.
6. Hrmis2 (url: http://www.hrmis.co/)
HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali
sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa
inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini
digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini
maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.
Dengan tersenarai enam website pilihan di Malaysia di entri ini, sedikit sebanyak mampu melancarkan dalam melakukan urusan-urusan yang berkaitan. Sebelum mengakhiri artikel ini, diharap anda semua untuk mengongsikan atau "share' artikel ini di media sosial anda agar dapat menyebarkan maklumat yang bermanfaat kepada semua.
Dalam era globlasasi, hampir semua aktiviti yang dilakukan oleh kita adalah berasaskan IT(information technology), daripada pekerjaan h...