Gediks Family Splashing Moment In Majestic Gold Coast Morib International Resort: Day 1
Gediks Family tak pernah lagi main air dengan Dak Zafran di water theme park. Teringin nak main air dengan Dak Zafran, Tokli & Grandma decide nak bercuti satu gediks family di tempat percutian yang boleh main air. Tempat percutian ini jugak kena easily access ke kedai makan ikan bakar. Mula-mula mak & abah suggest nak bercuti di Tiara Beach Resort, PD. Tapi disebabkan saya & Kimchi baru jea bercuti di PD, so tukar ke area bagan lalang/morib. Ada tiga pilihan iaitu Avani, Sri Malaysia & Gold Coast Morib International Resort(GCMIR). Pilih GCMIR instead of Avani & Sri Malaysia sebab Avani is too expensive & nak kena pakai proper swimming attire di swimming pool. While Sri Malaysia pulak just ada swimming pool biasa sahaja. Kalau GCMIR siap ada outdoor water themepark. Walaupun baca GCMIR review di blog, kebanyakkan negative seperti bau busuk, breakfast tak sedap, ada hantu(mak aiiii) & etc , tapi bila fikir main purpose adalah nak bercuti & main air sama-sama, so taknak letaklah high expectation pada GCMIR. Tolak tepilah semua komen-komen negative termasuklah hantu tu. Fikir just nak having fun jea.
Mak & abah book 2rooms apartment di GCMIR. Booking di Agoda dengan berharga RM542. Harga ini juga termasuk 4 tiket waterpark & breakfast for 4 persons. Gediks family ada 7 orang. So, lagi 3 orang kena tambah lagi.
Sampai GCMIR dalam pukul 5petang. Mula-mula parking kereta berdekatan dengan waterpark. Dah jalan sampai lobi, baru tahu blok yang menempatkan apartment sahaja agak jauh dari waterpark & lobi. Nak kena jalan lagi baru sampai apartment. Blok yang mengelilingi waterpark hanya ada standard rooms & studio room. Kalau tahu apartment ni jauh dari waterpark, baik book 2 studio room sahaja. Harganya sama dengan satu 2 bedrooms apartment. Actually ada jea parking di hadapan apartment yang kitaorang stay. Ter parking jauh sebab biasalah first time sampai situ.
2 bedrooms apartmentnya ada balkoni, 1 bathroom, living room, dry kitchen & 2 bedrooms. Living room nya tak besar mana. Balkoni pulak nampaklah pantai, cuma bukan betul-betul mengadap depan-depan pantai jea. Room service nya bagus. Request iron & iron board, dalam 10 minit terus dapat.
2 rooms apartment
Dah sampai bilik, teruslah bersiap nak pergi main di waterpark. Duduk situ rugi lepak lama-lama di dalam bilik. Bila dah sampai di waterpark, sangat happening giler di situ. Dak Zafran memang excitedla main air. Dengan pakai kids floatnya. Tokli & grandma pun join berendam dalam air.
Pool ni untuk adult. Dalamnya dalam 4 kaki.
Ni slide yang kedua hebat yang ada di waterpark ni
Tokli & grandma dengan sporting join berendam dalam pool.
Tak perasan Dak Zafran dah hampir terlindung
Baju sedondon tue.
Ni spiral slide yang paling hebat
dipisahkan oleh pulau?
Ni pulak pool untuk kids.
gelungsur time.
Ni mak, pak, pakchik yang excited lebih main shower swing tu
When boys selfie
Makang time
Dak Zafran berjaya mengepau papanya
Dah selesai makan, balik apartment & Zzzzzzz… Penat & kenyang sangat sampai tak ingat dah cerita kena kacau dengan hantu di Gold Coast.Ahaks.
Gediks Family tak pernah lagi main air dengan Dak Zafran di water theme park. Teringin nak main air dengan Dak Zafran, Tokli & Gran...