Home
All post
The Zon Duty Free Outlet, Johor Bharu
Di Johor juga ada The Zon iaitu tempat bebas cukai. Of
course semua orang tahu tempat apa The Zon ni. Saya jea macam batak sedikit.
Tak berapa nak ada idea macammna tempatnya. Mesti lebih kurang macam The Zon Langkawilah
kot. Lebih kurang macam di Langkawi pun, macamlah selalu sangat pergi situ. Last sekali pernah sampai sana adalah
masa darjah tiga dulu. Tahun bila tue?. Malaslah aii nak kira. Itu yang first, lepas tu tak ada pergi dah. Gediks Family ada jea pergi Langkawi few
times selepas tu. Tapi, saya pulak tak dapat ikut.Sebab time nak pergi, ada exam degreelah. Ada jugak yang tak dapat join
sebab hari Sabtu kena kerja.(masa di Dona Maju dulu). Banyak lagila reasonnya. Nak cakap, yang betapa komitednya saya dengan study & kerja sampai sanggup tak join
percutian tu..uwekk (sendiri muntah dengan sendiri punya statement.Ahaks).
Dah dapat sampai yang The Zon JB, rasa oklah tak dapat pergi yang di Langkawi pun. Yang JB pun, lebih kurang samalah kot macam Langkawi. Cuma smaller version compare to Langkawi. So, bila rasa lebih kurang macam Langkawi, dalam mindset nak buat benda yang sama seperti di Langkawilah iaitu shopping a bundle of chocolate.
Seberang laut di sana adalah Singapore.
Sampai jea depan complex ni, tengok The Zon ni di bangunan
Berjaya Waterfront. Besar jugak bangunannya. Saya punya expectation, kalau bangunan besar macamni akan ada banyakla
kedai tax free di dalamnya. Masuk jea dalam Berjaya Waterfront, terus beku. Indah khabar dari rupa.
(betul tak betul pengunaan perumpamaan tu, belakang cerita). Dalamnya, banyak lagi
kedai kosong dari kedai yang bukak.
Boleh kira dengan jari sebelah tangan jea (tak perlu dua-dua belah) bilangan kedai yang ada di situ. Kedai-kedai
yang ada pun mostly jual chocolate. Bangunan bertingkat-tingkat, tapi rate of occupancy like below than 1%.
Bila tengok macam suram jea The Zon JB, terbantut niat nak shopping.Tiba-tiba hilang nafsu.
Actually separuh nafsu dah pun hilang sebab gaji pun tak masuk lagi time tu.
Thanks to you kerana berjaya menjadi financial controller yang sangat berjaya
untuk saya. Ahaks. Tapi, beli jugakla
satu bar dark chocolate sebagai cukup syarat. Dark chocolate pun memang favourite
chocolate flavour saya. Sebelum keluar complex ni, layan Dak Zafran & Dak
Qisya main electric kids car. Pak-pak diaorang control guna remote control.
Lama di The Zon sebab layan Dak Kecik main benda niela.
My favourite...Dark chocolate...
The zon di Johor is the place that i will not go again because not meet my expectation. Sorryyyy to say. So, nak pergi yang hebat punya, kenala pergi yang di Langkawi. Ceh cakap The Zon JBla, Langkawilah, macamlah tak ada di KL. KLIA
pun ada The Zon. Tapi, yang KLIA tu small outlet jea. Kalau The Zon di Langkawi, outletnya sangat
besar(kalau tengok di googlelah). Siap ada dua lagi. Then, di Langkawi jugak tak
semestinya nak kena pergi The Zon untuk beli chocolate murah. Kedai & mall biasa pun boleh dapat kalau
nak shopping chocolate murah. Cuma nak perginya tu tak tahu
bila. Biasalah, nama pun wanita bekerjaya. Nak berjalan di Langkawi pun tak ada
masa (omg … this statement is sooooo ‘syok sendiri’. muntah hijau terus.. Ahaks..)..
Before i end this entry, I would to say thank you to Makchik Hafis for letting all of us overnight at your lovely place.
Di Johor juga ada The Zon iaitu tempat bebas cukai. Of course semua orang tahu tempat apa The Zon ni. Saya jea macam batak sedikit. T...
Ingin Membeli Hauck Duett 2 Tandem Stroller / Double Stroller Untuk Anak Anda? Baca Review Ini Dahulu.
Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Walaupun jenama stroller Hauck masih belum dikenali ramai.
(Saya pun sebelum ini tidak pernah mendengar jenama ini). Sebenarnya, jenama
ini sangat dikenali di German dan di beberapa negara Eropah. Kini mereka telah
memasuki pasaran Malaysia.
Jenama Hauck ini telah wujud sejak hampir 90 tahun dan
merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk bayi. Ia
telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.
Model Hauck Duett 2 Double Buggy ialah versi yang
di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang telah berada di pasaran
sejak 2011, dan sudah tentu menawarkan pelbagai "features" yang
menarik.
Apa yang beza dari Model Duett asal?
Terdapat beberapa perubahan pada versi baru Hauck Duett 2
ini. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari
model lama.
Pemegang stroller ini juga sudah boleh dilaras ketinggiannya
dan rain cover diberi sekali untuk setiap tempat duduk. Memang awesome!
Hauck Duett 2 Tandem Stroller |
Adakah Hauck Menyelesaikan Masalah Pada Versi Hauck Deutt Pertama?
Ya! mereka banyak menaiktaraf Duett 2 ini dari Duett pertama. Berdasarkan maklumbalas dari ramai pemilik Duett versi pertama dimana mereka sukar untuk dilipat. Tetapi untuk Duett 2. Jurutera Hauck telah menyelesaikan masalah ini walaupun saya masih gagal lagi cubaan untuk melipat dengan sebelah tangan... Haahaha... sudah pasti sukar sebab ini bukan jenis light weight stroller macam Aldo Compatto. Tetapi memang banyak "improve" di dalam perkara ini. So.. jangan risau.
Melalui review yang lalu. Hauck Duett asal sangat besar (bulky) dan sukar untuk dimuatkan ke dalam boot kereta. Sekali lagi, Hauck Duett 2 ini telah mengatasi masalah ini dan tidak mempunyai masalah ini lagi. Ini kerana Hauck telah design Duett 2 ini lebih compact!
Dan maklumbalas terakhir yang diterima dari Ibu bapa bahawa Hauck Duett asal sangat berat bila menolak stroller ini
Tapi bagi saya ianya berat sebab stroller ini stroller berkembar, jadi tidak mustahil ianya berat. Akan tetapi model Duett 2 ini adalah lebih ringan dan mudah ditolak dan bergerak berbanding dengan versi asal. Jadi, masalah tersebut juga dapat diselesaikan.
Tapi bagi saya ianya berat sebab stroller ini stroller berkembar, jadi tidak mustahil ianya berat. Akan tetapi model Duett 2 ini adalah lebih ringan dan mudah ditolak dan bergerak berbanding dengan versi asal. Jadi, masalah tersebut juga dapat diselesaikan.
Hauck Duett 2 Tandem Stroller |
Mudah ker Nak Simpan Stroller Ini?
Jika anda duduk di rumah teres dua tingkat. Boleh sahaja simpan di bawah tangga rumah dalam kedudukan menegak atau jika anda ingin jimat lagi ruang, anda boleh cabut kedua-dua kerusi dan lipat stroller tersebut. Jika duduk apartment, saya suggest anda simpan stroller ini dengan mencabut kedua-dua kerusi untuk lebih kompak.
Bila anda sudah cabut kedua-dua kerusi, anda boleh lipat bingkai dan susun letak kedua-dua kerusi diatasnya. Teknik ini juga anda boleh simpan di dalam boot kereta anda untuk penjimatan lebih ruang. Hanya memerlukan 30 saat sahaja untuk melakukannya.
Bagaimana Dengan Saiz Kerusi?
Jangan risau, saiz kedua-dua kerusi sangat mencukupi. Terdapat banyak ruang di kerusi utama untuk bayi berkembang dan berbaring dan sesuai digunakan dari newborn. Di kerusi kedua juga selesa walaupun dalam kedudukan di mana ruang sedikit terhad. Kedua-dua kerusi tersebut juga dilengkapi dengan tali pinggang untuk keselamatan anak anda.
Adakah Stroller Ini Senang Ditolak?
Saya dapati yang stroller ini memang mudah untuk ditolak. Rekaan tayar belakang yang lebih besar berbanding tayar hadapan membuatkan ianya lebih mudah ditolak dengan mudah dan sempurna.
Cuma kadang-kadang bila rasa sukar untuk untuk membelok ketika menolak ini disebabkan tayar depan terkunci. Anda cuma perlu betulkan tuil di hadapan sahaja.
Bagaimana Pula Dengan Sistem Break?
Break stroller ini berada ditayar belakang. Anda hanya perlu menggunakan kaki untuk menguncinya. Amat mudah.
Tonton Video Ini.
Besar Tak Bakul Simpan Barang?
Apabila kerusi kedua tidak digunakan, saiz bakul mempunyai ruang yang banyak untuk beg lampin dan pelbagai lagi ketika anda sedang membeli-belah. Tapi bila kerusi kedua digunakan, saiz bakul amat terhad. Jika perkara ini berlaku saya cadangkan anda beli poket tambahan atau alat pegantung untuk gantung barang-barang dan simpanan tambahan.
Bumbung Kedua-dua Kerusi Ini OK Tak?
Bumbung stroller atau hood stroller ini saya sangat suka terutama ketika cuaca cerah kerana ianya mempunyai satu flap tambahan yang boleh ditarik ke bawah untuk melindungi bayi daripada sinaran matahari. Terdapat juga zip yang boleh dibuka untuk mendedahkan lapisan jaring untuk pengudaraan.
Adakah Berbaloi Membelinya?
Serius. Bagi saya memang berbaloi juga dengan harga yang ditawarkan kerana kebanyakkan twin stroller / double stroller / tandem stroller harganya dua kali ganda dari Hauck Duett 2 ini untuk kategori jenama stroller antarabangsa. Anda boleh survey sendiri.
Di Mana Hendak Membelinya?
Tempat yang saya amat rekemen untuk anda membeli Hauck Duett 2 Tandem Stroller ini adalah di website The Baby Store. Harga di website ini sangat berbaloi dan yang paling penting adalah website ini sangat Trusted. Boleh dipercayai. So anda tidak perlu risau tentang penipuan online.
Selain itu, jika anda berbelanja di The Baby Store. Anda dapat mengumpul mata ganjaran pada setiap pembelian anda dan boleh ditebus untuk membeli barangan lain pada belian seterusnya. Memang amat menjimatkan.
Jika anda pelanggan baru. Anda boleh tebus 200 points untuk pendaftaran pertama dan boleh digunakan terus. So anda jimat lagi.
Terus klik butang dibawah jika anda ingin membeli Hauck Duett 2.
Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller Walaupun jenama stroller Hauck masih belum dikenali ramai. (Saya pun sebelum ini tidak pern...
A Midnight In Johor Bharu. Watching Gamers Hunting For Pokemon At Danga Bay.
Sampai sahaja rumah Makchik Hafis, terus bersiap-siap nak pusing-pusing di bandaraya Johor Bharu(JB). Walaupun dah agak lewat nak keluar sebab nak boleh keluar pun nak dekat pukul 12 malam & satu lagi penat pun tak hilang lagi lepas seharian di majlis konvo, tapi gigihkan diri jugaklah untuk berjalan-jalan. Yeala dah alang-alang sampai Johor Bharu, gunalah peluang sebaik boleh untuk visit semua tempat menarik yang ada di JB. Lepas ni tak tahu lagi nak sampai Johor Bharu. Mimi pun dah sambung master di UKM. Ada pergi JB pun, kalau ada anak Makchik Hafis nak kahwin. Tapi, anak-anak Makchik Hafis semuanya masih study lagi.
Di Istana Bukit Serene. Nampak giant crown kat belakang tu. Baju Dak Zafran pun tak sempat nak betulkan sebab cepat-cepat nak ambil gambar sebelum kena halau dengan polis.
Sampai sahaja JB, singgah di dataran yang bersebelahan dengan
Istana Bukit Serene. Kata Kirin, merangkap tourist guide kami, dataran tu
sangat meriah. Tapi time kitaorang dah kat situ, macam tak ada orang. Lepas tu
nampak ada sebuah kereta polis di dataran tu. Ingatkan polis tu nak jaga
keselamatan pengunjung-pengunjung yang melepak di situ. Baru jea nak parking, tiba-tiba polis tu buat
announcement guna speker suruh semua yang ada dataran beredar dari tempat tu.
Ceh, nak menghalau rupanya. Don’t know for what reason. Even Kirin pun tak tahu
kenapa pok polis bertindak sedemikian. Dah kena halau, kitaorang beredar ajela.
Next pit stop is Danga Bay. Dari dulu lagi nak pergi Danga
Bay. Tahu Danga Bay ni orang kata just ada fun fair biasa jea. Pantai di Danga
Bay pun pantai tambak jea. Tapi nak tahu
sendiri jugaklah macammana tempat Danga Baynya tu. Sampai-sampai je Danga Bay, tersangatlah
ramai pengunjung yang ada di situ.
Sangat happening walapun dah tengah malam. Tapi semuanya macam melakukan
aktiviti yang sama jea iaitu tengok handphone sambil berjalan. Masa ni tak pelik lagilah dengan diaorang ni.
Rasa pelik bila ada trackless train lalu depan diaorang ni, semuanya
menjerit-jerit & ikut trackless train tu. Dengan handphone menghala-hala ke arah train tersebut. Dah
kenapa berkelakuan sedemikian. Rupa-rupanya diaorang ni semuanya main game yang
sama, game yang tengah famous amous sekarang ni iaitu Pokemon Go. Diaorang duk
kejar train tu sebab terjumpa pokemon yang rare, duk bergayut di train tu.. agaknya.
..Lawak-lawak tengok semua yang tengah crazy dengan Pokemon Go ni.
Di Danga Beach
All catching for Pokemon
Semua tengah sibuk tengok handphone masing-masing
Mamat belakang tu pun tengah pegang kamera sambil dukung anak. Tapi taktaula tengah main pokemon go jugak ke tak.
Bangsa Johor tapi statue flinstones di belakangnya. Tak faham.
Lepas dah tengok ragam-ragam pokemon catchers di Danga Bay, pergi ke Dataran Merdeka pulak. Di situ just ada banyak gerai steamboat & banyak group jugak melepak di situ. Tengok diaorang ni macam tengah buat MLM pun ada.
Di Dataran merdeka
Last sekali, pergi ke Pasar Karat. Pasar Karat lebih kurang macam uptown. Happening jugak. Siap ada persembahan nyanyian jalanan di situ. Tak lama dapat pusing-pusing di pasar karat sebab Dak Zafran meragam. Ternampak lorry toy. Duk minta-minta dibelikan. Padahal kat dataran tadi dah belikan pun kereta remote yang berharga Rm30++. Ni nampak toy lain, taknak dah kereta remote tu. Selagi tak dapat, selagi tu Dak Zafran tak berhenti menangis. Dah menangis, apalagi terus balik ke keretalah. Memang taklah nak belikan toy lain.Dak Zafran dah meragam & yang lain pun dah penat, just pusing-pusing bandar JB dalam kereta sahaja. Balik rumah Makchik Hafis dalam pukul 3pagi.
In future nak singgah lagi ke Danga Bay kalau ada pergi Johor?. Tak kot. Tak ada pun kat situ. Just fun fair jea ada. Cukup ajeala sekali jea pergi situ. Tapi kalau nak cari tempat yang tersangat sesuai untuk main pokemon Go, Danga Baylah adalah tempatnya.
Sampai sahaja rumah Makchik Hafis, terus bersiap-siap nak pusing-pusing di bandaraya Johor Bharu(JB). Walaupun dah agak lewat nak keluar se...
Toysdirect - One-Stop Online Store For Affordable Educational Toys
Toysdirect ialah sebuah website membeli-belah secara online yang
memfokuskan kepada pemainan berkonsepkan pendidikan (educational toys), Montessori
material & buku kanak-kanak
Pelbagai produk kanak-kanak yang didapati di Toysdirect . Antaranya
adalah Peppa Pig, Montessori Toys Kits, Shichida Material, Usborne Books, Right
Brain Material, Building Blocks, Mother Garden Wooden Playset & banyak
lagi. Harga yang ditawarkan bagi setiap produk-produk Toysdirect tersebut
adalah mampu milik & sangat berpatutan.
Permainan yang menarik perhatian saya & yang pasti akan
menjadi kegemaran Dak Zafran adalah Children 2-in-1 ride on Excavator kerana
Dak Zafran sangat sukakan permainan lori. Selain itu, Children 2-in-1 ride on
Excavator ini boleh bertukar-tukar menjadi
dua jenis lori. Proses pencantuman & penukaran pada permainan ini
dapat menghubungkan sel-sel otak Dak Zafran & seterusnya mampu
mengembangkan kemampuan otak Dak Zafran. Harga permainan ini tersangatlah
berpatutan iaitu hanya RM160 sahaja.
Banyak lagilah barangan kanak-kanak yang sangat
menyeronokkan, murah & berkonsepkan pendidikan di Toysdirect. Nak tahu
lebih lanjut mengenai Toysdirect ini, boleh layari:
Website: www.toysdirect.my
Facebook: www.fb.com/toysdirectmy
Toysdirect ialah sebuah website membeli-belah secara online yang memfokuskan kepada pemainan berkonsepkan pendidikan (educational toy...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)