Permandangan laut dari balkoni apartment.
Selepas Hari Malaysia, pergi bercuti di Port Dickson dengan
Hajah Suppiah’s clan. Menginap di Rumah Peranginan Persekutuan. First time
bercuti dengan Hajah Suppiah’s clan. Hajah Suppiah’clan adalah Kimchi’s
paternal side relatives. Sebelum ni selalu bercuti dengan keluarga Kimchi
sahaja. This vacation was planned by Enal. Plan asal sebenarnya nak bercuti
among keluarga adik-beradik Kimchi, Mohd Noor's clan. Tapi atas sebab-sebab tertentu, bertukar
menjadi Hajah Suppiah’s vacation. Wakil daripada Mohd Noor's, just Enal & Kimchi sahaja yang able to
join.
Dak Zafran dah ready nak main air
Rumah Peranginan persekutuan ni hanya boleh ditempah oleh
penjawat sahaja. Sebab tu Enal yang book & also belanja too. Thanks,
Enal.hehe. Actually rumah persekutuan ni bukanlah rumah penginapan yang dibuat
khas untuk penjawat-penjawat awam bercuti. Sebenarnya sama jugak seperti
hotel-hotel yang lain tapi ada reserve a number of rooms for government servant
to book & stay . Hotel ni namanya The Regency Tanjung Tuan Beach Resort
& reserved rooms untuk penjawat awam yang baru dipanggil rumah penginapan persekutuan. Hotel
ni betul-betul di tepi jalan utama. Kalau pergi PD, saya selalulah perasan hotel
ni. Hotel ni memang nampak hebat sampai rasa macam tak akan dapat jea nak stay
di situ. Tengok-tengok hotel ni termasuk dalam senarai Rumah Penginapan
Persekutuan. Dapatlah merasa stay di hotel ni hehe. Lepas-lepas ni pun boleh
jugak sebab boleh jugak guna nama Kimchi untuk booking. Rumah persekutuan sangat murah. Macam yang Enal book ni just bayar RM150/night untuk apartment ni. Kalau normal price dalam RM680/night.
Di dalam apartment
Bilik yang Enal book adalah 3 bedrooms apartment. Apartment ni memang luas. Siap ada dapur, 2
bilik air & balkoni. Balkoni betul-betul mengadap pantai & boleh tengok
sunset. Tu part yang paling best. Bila apartment besar, tu sebab Enal ajak
saudara-mara iaitu Nurul, Jimi, Man, Azie, Maklang, Cu & Maktih bagi
memeriahkan lagi percutian ni & suasana di dalam apartment. Kalau setakat family Enal & Kimchi jea yang
ada, mau dengar bunyi cengkerik sepanjang berada di dalam apartment tu. Hehe
Tengok ikan kat Fish pond ni pun dah buat Dak Zafran excited.
Saya sampai The Regency dalam pukul 5:30pm. Sampai lewat
sebab tunggu Kimchi balik kerja. Diaorang yang lain sampai awal lagi. Saya
sampai tu diorang dah nak keluar mandi pantai. Lepas letak beg, teruslah
bersiap nak join diorang mandi pantai.Hotel ni ada private beach sendiri. Dah kat private beach, air pantainya makkkkk
ai, tersangatlah kotor. Tapi bukanlah
kotor dengan sampah-sarap. Kotor dengan daun-daun & ranting/kayu kering
yang dihanyut dari mana entah. Walaupun
ni kotor yang datang dari nature tapi tetap rasa tak selesa nak mandi. Tak rasa
selesa pun satu jam jugaklah mandi pantai. Layan Dak Zafran main air. Main
air dengan pakai baby float pulak tue. Lagilah lama berendam dalam air pantai
yang berombak-ombak. Nak dekat pukul 7pm,
bertukar mandi di swimming pool pulak. Swimming pool pulak sangat crowded
dengan orang yang menginap di situ. Nama pun pergi time cuti sekolah. Mestilah
ramai yang bercuti di The Regency. Tapi Dak Zafran seronok jea berendam dalam
swimming pool. Dengan pakai baby float,
lagi confident Dak Zafran main air sorang-sorang.
Alim & Akeem, Azie & Juna
Mula-mula Dak Zafran takut dengan ombak.
Lastly, layan berendam dalam pantai
Ada baby float, tak perlu dah mak pak berada dekat dengan Zafran.
Menikmati permandangan sunset
Aktiviti malam adalah masak-masak. Kitaorang tak makan malam
kat luar. Prepare sendiri sahaja. Sebelum pergi pun, dah discuss siap-siap
untuk pembahagian bahan-bahan & alat-alat. Macam Enal mainly bahan-bahan
BBQ. Nurul pulak prepare alat BBQ, steamer & ikan kerapu untuk buat stim. Buat
Kerapu Stim tu. Tapi semuanya tak pernah buat. So, nak buat just base on google
sahaja. Maklang & Cu masak siap-siap siput sedut masak cili api & etc
di rumah. Azie prepare bahan rojak. While me beli bahan-bahan sampingan likes
jajan, drinks, cooking oil, washing liquid, eggs & bahan pencecah BBQ. Aktiviti
BBQ di dalam apartment mengunakan Nurul punya electric grill. Bukanlah bakar yang ada api & guna arang
tu. Memang taklah nak membakar & berasap di tingkat 2 apartment. Mau
berbunyi smoke detecter kat apartment tu. Kalau tak berbunyi pun, mesti kena
complaint sebab boleh nampak asap hitam keluar dari balkoni apartment.
Zafran & dua pupu Zafran, Juna, dua-dua tak suka makan. Nak minum susu jea. Tapi Juna ok jea tak makan. Kalau dak Zafran, bila dah start rasa lapar akan meragam tak hengat. Tantrum is zafran's second middle name.Ahaks.
Steamed Ikan Kerapu preparation
Tengah jaga & cubaan tidurkan Dak Akeem.
BBQ
Dah selesai prepare, terus makan. Ikan kerapu stim rasa ok walaupun first time buat. Semua orang makan except Dak Zafran. Suapkan apapun taknak. Mulut taknak bukak. Just minum susu sahaja. Bila dah lapar mulalah semuanya tak kena. Sampai handphone pun dibalingnya. Terpaksalah keluar mencari makanan yang Zafran makan supaya kenyang iaitu roti krim. Sambil bagi Zafran makan, pergilah jalan-jalan di Teluk Kemang. Ada pesta kat situ. Ada nyanyi-nyanyi lagi. Macam konsert pun ada. Tapi tak kenal siapa penyanyi tu. Huhu.Selesai bagi Dak Zafran makan, baru balik.
Time tidur, disebabkan ada 4 couples & bilik ada 3 sahaja, so decide bahagikan perempuan tidur dalam bilik & lelaki tidur di ruang tamu. Nasib baik ada bawak 2 toto.
Tak dapat jugak nak tidurkan Dak Akeem.
Esoknya, plan nak jalan-jalan di tepi pantai pada waktu pagi & mandi
sekejap di swimming pool. Tapi hujan pulak. So, just melepak dalam apartment
sahaja. Selepas breakfast, bersiap untuk check out.
Girlss team berselfie. Kaum adam sibuk mengangkut barang masuk dalam kereta
Hajah Suppiah's clan
Cu, Maklang & Makteh
Percutian di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort memang best sebab ada banyak
facility di situ & apartmentnya mengadap
laut. Dapat tengok sunset sambil merasai tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Just
private beach sahaja sangat kotor. Tapi kalau kotor yang semulajadi maybe tak
boleh buat apa. To Enal, thanks for being
Chief De mission of this vacation & also pay the accommodation. Semoga Enal
dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Aaminn.
Permandangan laut dari balkoni apartment. Selepas Hari Malaysia, pergi bercuti di Port Dickson dengan Hajah Suppiah’s clan. Menginap ...