Sticky Caramel Chicken
Jumpa recipe Sticky Caramel Chicken ni FB. Bila nampak recipe yang mudah & just guna bahan yang memang dah ada di dapur, mulala terus cuba nak buat. Guna 3 jenis sos sahaja iaitu sos tiram, sos cili & kicap(sos ke..sort of la..botol kicap lebih kurang dengan botol sos jea). Bahan untuk goreng pulak just dua sahaja iaitu bawang putih & halia.
Recipe Sticky Caramel Chicken.
Bahan-bahan
3 ketul ayam dipotong 2-3
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
3 ulas bawang putih-ditumbuk
2 sudu besar minyak
1 inci halia -ditumbuk
7-8 sudu besar madu
Cara-cara:-
-Tumis bawang putih, halia,kepak ayam dlm kuali selama
5minit mengunakan non-stick pan.
- Masukkn sos cili,sos tiram,kicap dan madu,kacau dan tutup
dengan penutup kuali.
- Bila dh masuk madu...sos akan berbuih-buih.
- Kacau sekali sekala lebih kurang 15 minit sehingga ayam
bersalut dengan sos.
Sos lebih yang ada di kuali dituang pada ayam supaya nampak lebih sticky & creamy
Makan dengan nasi kosong panas-panas, lagi sedap & menyelerakan especially time berbuka puasa. Recipe ni pun bakal digunakan untuk prepare juadah berbuka Ramadhan ni sebab sangat time saving.
Jumpa recipe Sticky Caramel Chicken ni FB. Bila nampak recipe yang mudah & just guna bahan yang memang dah ada di dapur, mulala teru...