Bagi yang mengambil bachelor Degree of Chemistry, bolehlah daftar sebagai ahli IKM(Institut Kimia Malaysia yang dikenali sebagai MMIC(Member of Malaysia Institute Of Chemistry).
Kelebihan daftar sebagai MMIC adalah apa-apa scientific analysis report yang diluluskan oleh MMIC, akan menjadi lebih reliable & recognized. Apa-apa report yang kena digunakan di mahkamah haruslah mempunyai kelulusan oleh MMIC. Jika tiada, report ini tidak valid. Selain itu, title untuk MMIC akan bertukar dari Chemist kepada Certified Chemist. Dan jika berlaku kemalangan jiwa pada MMIC, akan dapat sumbangan sedikit dari IKM.
Nak daftar sebagai MMIC senang sahaja. Syarat-syaratnya adalah:
1. Ada Bachelor of Science in Chemistry (Tulen/Gunaan).
2. Ada working experience dalam bidang Kimia sekurang-kurangnya tiga tahun.
3. Umur 21 tahun dan ke atas.
Jika memenuhi semua syarat di atas, ikuti semua cara di bawah:
2. Download borang dengan click Membership Application Form & Isi. Tiga gambar passport perlu disediakan.
3. Kalau nak percepatkan process permohonan, dapatkan sekurang-kurangnya dua referee letter dahulu. Time saya buat permohonan, saya dapatkan referral letter dari R&D HOD & Perkin Elmer Product Specialist(Lab Equipment Supplier). Klik SINI untuk lihat contoh referral letter.
4. Dah dapat dua letter, submit dua referrel letter ini berserta:
a. dua set form yang dah diisi,
b. Salinan sijil kelulusan dalam ilmu kimia & transkrip akademik yang disahkan. Untuk pengesahan, boleh minta dari pegawai kerajaan, pesuruhjaya sumpah atau pegawai di IKM.
c. Salinan IC yang disahkan.
d. Yuran pendaftaran RM200.Dah siap submission, tunggu application kita diluluskan.
Apabila sudah diluluskan, IKM akan pos sijil Perakuan Keahlian IKM dan juga newsletter bulanan(seperti di bawah) kepada kita.
Ini newsletter yang dapat tiap-tiap bulan. Pada last page, ada name list untuk new member untuk tahun 2015. Nama saya(dalam kotak merah).
6. Setiap tahun, kena renew keahlian. Yuran renew adalah RM150.
Bila dah daftar sebagai MMIC, akan beri advantage untuk future career advancement. Tapi kena ingat MMIC juga terikat dengan Akta Ahli Kimia 1975. So, MMIC janganlah buat perkara-perkara yang sebarangan, especially yang menyalahi undang-undang.