Masa mula-mula dapat rumah, saya & Kimchi terus renovate rumah. Nak besarkan ruang tamu. Ruang tamu asal sangat sempit. Sekali family berkumpul, mau macam ikan tin sardin. Extend ruang tamu dalam 20 kaki ke hadapan. Untuk bumbung ruang tamu extend tu, kami berdua pilih nak buat bumbung slab konkrit instead of bumbung genting.
Kenapa kitaorang tak pilih bumbung genting biasa jea, yang kosnya more cheaper? The reason is kononnya untuk jangka masa panjang. In future, kalau nak extend tingkat atas pulak, kos penambahan akan lebih murah berbanding dengan bumbung konkrit.
Kalau bumbung konkrit, nak kena buka bumbung ni balik untuk membolehkan struktur-struktur rumah disambung & lantai konkrit dibina jika mahu melakukan penambahan tingkat atas. Semua kerja ni menjadikan kos penambahan lebih tinggi & menganggu tingkat bawah.
Bumbung konkrit ni memang bagus untuk jangka masa panjang untuk sesiapa yang ada plan nak extend tingkat atas pulak. Tapi kena beringat, nak buat bumbung slab konkrit kena tahu satu perkara sebab saya dah terkena dah. Sebab kalau tak buat betul-betul, kita akan berdepan dengan masalah bila bumbung ni dah siap nanti. Kena tahu yang bumbung slab konkrit haruslah weather proof.
Satu lagi kena buat ada slope sedikit pada bumbung supaya tak trap air bila hujan. Tapi untuk bumbung rumah kitaorang, semua ciri-ciri ini tak ada. Kontraktor kitaorang yang buat bumbung pulak satu apa pun tak cakap apa-apa pasal bumbung ni. Bila dah siap &kena pulak pada musim tengkujuh, air hujan ni start meresap ke dalam bumbung konkrit kami ni.
Mula-mula nampak kesan tompokan air sahaja pada plaster ceiling. Tapi bila dah banyak air dalam plaster ceiling, plaster ceiling dah start pecah & jatuh-jatuh di atas lantai. Air hujan menitik-nitik atas lantai. Try contact balik contractor asal tapi of course dia tak berapa nak layan. Kerja dia dah siap kan, duit pun dah dapat.
Gambar Bumbung Asal (Sebelum Repair)
Ceiling rosak sebab bocor
bumbung sebelum di simen
Lubang asal
Kimchi try repair sendiri dengan simen pada bumbung yang air
hujan boleh meresap masuk. Time baru simen, bolehla tahan kejap. Tapi lama-lama
simen tu terhakis. Nama pun kontraktor amatur. Dah tak tahan dengan ceiling
yang semakin banyak pecah-pecah, terpaksalah mintak contractor area saujana
untuk repair. Nak tunggu kontraktor asal dating, memang ke lautlah.
Kos yang kontraktor baru ni mintak untuk repair bumbung is RM2000++. Mula-mula terkejut nak kena spend lagi. Dia cakap bumbung kami ni tak
weatherproof. So dengan harga ni, dia akan make sure bumbung kitaorang
waterproof & tak ada masalah bocor lagi.
Kerja-kerja repair yang dia buat untuk menjadikan bumbung slab konkrit
waterproof adalah:
1.Simen lagi
bumbung kami ada slope supaya air hujan tak bertakung & menurun terus ke
lubang paip
2. Ganti paip
yang menyaluri air hujan dari bumbung terus pergi ke longkang bawah, dari saiz
½ inch ke 3 inch
3. Repair
ceiling pecah & cat
4. Guna simen
waterproof & weatherproof. Kata kontraktor, dengan mengunakan simen ni, air
hujan tak meresap masuk dalam simen lagi.
5. Tutup bumbung
supaya burung tak boleh buat sarang lagi. Ini pun kitaorang ada masalah jugak.
6. Warranty
6 bulan
Gambar Selepas Repair
Ni bumbung tepi master bedroom. Dipecah supaya lubang lebih
besar. Lubang asal seperti seperti gambar di atas. Mula-mula ceiling bawah
bumbung ni la yang start bocor. Time hujan lebat, air hujan tak boleh mengalir
dengan banyak sebab lubang terlampau kecil. Ini menyebabkan air hujan berkumpul
& meresap masuk ke dalam ceiling.
Disimen lagi mengunakan simen waterproof
Dibuat slope supaya air hujan terus mengalir ke drain pipe
Ceiling dah repair & di cat semula
Air hujan akan terus pergi ke lubang pipe tu
Mengalir masuk ke dalam longkang. Paip ni pun baru ditambah.
Tanya pendapat orang tua pasal harga ni. Diaorang cakap harga yang kontraktor ni quote reasonable. So, proceed ajeala. Sekarang dah 2-3 bulan lepas repair, belum nampak lagi air meresap masuk dalam plaster ceiling. Alhamdulillah. Hopefully maintain la macam tu sampai bila-bila. InsyaAllah.
Nak buat apa-apa yang melibatkan rumah ni, especially yang nak kena guna kos yang tinggi, nak kena study betul-betul. Bukan jadi Macam kes ni, buat bumbung konkrit nak kena buat 2-3 kali kerja. Patutnya time mula-mula buat extend rumah & berbumbung konkrit, terus buat yang waterproof. Tak apala untuk peringatan kami berdua jugak supaya menjadi lebih cerdik..Ahaks.
Masa mula-mula dapat rumah, saya & Kimchi terus renovate rumah. Nak besarkan ruang tamu. Ruang tamu asal sangat sempit. Sekali family b...