Sayangnya kalau makanan ni masuk dalam tong sampah.
Bila tengok ada lebihan swiss roll, satu biji muffin & 2
biji epal hijau, terus keluar idea nak buat trifle. Kalau ikut recipe
trifle yang betul, mesti mengunakan canned fruit cocktail. Tapi saya taknak mengunakan
canned fruit cocktail. Saya nak gantikan dengan buah apple yang dah sedia ada.
Kenala cari recipe homemade apple cocktail. Setelah study (ceh study tu) through
internet, jumpa recipe untuk buat apple cocktail iaitu dari entry Homemade Fruit Cocktail oleh Julia. Recipe asal saya kena
modified sedikit sebab saya just ada apple sahaja. Recipe asal mengunakan pelbagai
jenis buah.
Gabungan & modification kedua-dua recipe, maka terjadilah recipe untuk saya membuat Apple Trifle.
Apple Trifle
Ingredients
1/4 buku swiss roll
1 tin susu cair
200ml air
4 sudu besar tepung kastard (jenama nona)
5 sudu besar gula (kalau nak manis, tambah lagi)
2 sudu teh esen vanila
2 Biji Epal Hijau
Sedikit cuka
1/4 agar-agar (dari paket 33g) -Ikut recipe asal, guna
agar-agar Nona
(Untuk buat epal filling & epal untuk hiasan untuk
mengantikan canned fruit cocktail)
500 ml air kosong
50 gram gula pasir
secubit sudu teh garam halus
1/4 sudu besar air lemon (Saya pakai cuka sahaja)
3 biji buah apel - potong dadu
Instructions.
1. Cuci buah epal & buang bijinya, tapi tak perlu buang
kulitnya. 1 ½ biji epal dipotong dadu. ½ biji epal dipotong serong nipis-nipis
(seperti dalam gambar) untuk dijadikan hiasan.
2. Gula & garam dimasukan ke dalam air. Kacau rata.
Rebus sehingga mendidih. Angkat
dan tapiskan lalu sejukkan. Di dalam mangkuk, masukkan potongan buah epal(
potongan dadu & serong campur sekali) dan lemon kacaukan dengan sudu agar
buah epal tidak berubah menjadi lebam.
Cara saya: Saya guna cuka sahaja untuk mengantikan
lemon. Saya gaulkan epal dengan cuka. Lepas tu, baru masukkan ke dalam air gula tadi. Mula-mula try & error jea
guna cuka ni sebab tak ada jus lemon. Tapi tak sangka menjadi. Epal tak bertukar
warna menjadi coklat.
3. Susun swiss roll yg dah dipotong. Saya mengunakan lebihan
swiss roll yang ada ¼ buku sahaja. Nak cukupkan ½ buku, saya tambahkan dengan
satu muffin yang dapat time kenduri. Muffin juga dipotong & disusun sama seperti swiss roll. Swiss roll & muffin yang disusun menjadi
lapisan yang pertama.
4. Tapis buah epal dari airnya. Asingkan epal potongan dadu
dengan epal potongan serong.
5. Renjis air epal supaya kek tu lembab.
6. Taburkan epal potongan dadu ke atas kek.
7. Campur ke semua susu cair, air, tepung kastard, gula dan
esen vanila. Kacau sampai sebati sampai tepung kastard tak berketul-ketul. Masak
atas api sederhana. Kacau sampai agak-agak nak pekat. Jangan terlalu cair &
juga jangan terlalu pekat
8. Letak kastard di atas buah epal tadi..
9. Hias buah epal potongan serong atas lapisan kastard. Tekan
buah epal ke dalam kastard supaya melekat. Bila tuang agar-agar nanti, tak
adala epal tu terapung-apung.
10. Masakkan agar-agar bersama-sama dengan air epal tadi atas
api yang sederhana.
11. Kalau agar-agar dah hilang, terus tuang atas hiasan
epal. Kalau still ada agar-agar lagi yang tak larut, gunakan penapis.
Nampak kurang menarik ..Biasala mana ada tangan seni ni. Kalau nak cantik sedikit, semasa masak agar-agar, campurkan dengan pewarna samaada hijau atau merah, So, tak nampak sangat lapisan kastard yang macam comot & pecah-pecah. Saya memang tak adala pewarna. Macam saya cakapla, saya just guna bahan yang sedia ada.
Tak sangka menjadi buat apple trifle yang sesuka hati modified recipe asal. Tujuan saya modified pun, sebab
saya nak utilized lebihan swiss roll, muffin & green apples. Bila ketiga-tiga lebihan tersebut dijadikan
trifle, terus licin. Cuba tak buat apa-apa dengan ketiga-tiga makanan
ni, memang terbiarlah sampai berkulat & rosak. Saya ni jenis sayang makanan
sedikit. Kalau nampak macam tak termakan, terus fikir cara nak modified supaya nampak lebih sedap u& menarik ntuk dimakan. Tapi
of coursela saya tak akan guna makanan yang dah expired & rosak. Kesihatan
pun kena jaga jugak.
Hidup ni kalau nak lebih diberkati & dimurahkan rezeki, kena sentiasa kurangkan pembaziran. Prinsip inilah yang saya pegang sampai bila-bila.
Kurang menarik pun nak dekatla habisla trifle ni. Tercapailah misi untuk tidak membazirkan lebihan swiss roll, sebiji muffin & green apples.
Cook Tips: Jika adunan kastard menjadi terlalu pekat & menjadi satu ketul, campurkan kastard dengan air & kacau di atas api sederhana. Ini adalah untuk cairkan balik ketulan kastard tersebut.
Sayangnya kalau makanan ni masuk dalam tong sampah. Bila tengok ada lebihan swiss roll, satu biji muffin & 2 biji epal hijau, teru...