DIY Birthday Photobooth di Open House Grandma & Tokli?
Maknanya ada birthday celebration. Birthday siapa pulak ni. Nak kata Grandma
& Tokli dah lepas dah iaitu pada bulan May. Dak Zafran dah celebrate. Saya pulak lambat lagi iaitu pada
bulan November. Kimchi pada bulan February, pun dah lama lepas. Farid &
Didi bulan Oktober while Mus pada bulan December. So, birthday siapa
sebenarnya. Rupa-rupanya birthday celebration untuk Dak Zafran lagi. Haaa... Bukan dah dua kali celebrate ke. First di
Kampung Jempol & second di Kampung Boyan. Ada third time pulak ke. Dah
macam Paris Hilton dah Dak Zafran. Nasib baik tak celebrate di tiga negara
berlainan. Kalau tak, dah sama macam Paris Hilton’s Birthday Celebration.
Lol….Over lak aiii…hehe..
Ketiga-tiga Zafran’s birthday celebration actually bukanlah betul-betul
punya birthday party. Kesemuanya slot in dengan another event. Kiranya 2 in 1 la. Macam
yang first, combine dengan Sambutan Bulan Ramadhan di Kampung Jempol. Dah semua
balik & then Birthday Zafran tinggal beberapa hari jea time tu, saya belila kek. Just simple cake. Bukannya custom made tapi
sedap. Yang second one di Kampung Boyan. Ini organized by Nanny & nak
celebrate sekali dengan birthday Dak imaan, Mel & Mimi. Disebabkan ni time
Raya, ada Family PakNgah & Maklang datang beraya. So nampak macam ramaila
yang join celebration ni. Yang third time ni pulak buat sekali dengan Open House
Grandma & Tokli. Open house yang ni, Che Minah's Clan ada join sekali.
Birthday Celebration di PJ siap ada photobooth which
prepared by My Gediks Siblings & Neknuk & a.k.a Induk. Diaorang stay up
sampai pukul 3pagi nak menyiapkan photobooth ni. Sangat terharu dengan kesanggupan
diaorang untuk berjaga. Pagi-pagi bangun dari tidur tengok dah siap perfectly.
Thanks guys. Sayang korang ketat-ketat. Cost untuk prepare photobooth ni tak
sampai RM100. Just RM90 sahaja.
Plan untuk Open House Cuisine, asalnya nak order catering. Tapi bila
kira-kira balik, macam banyak akan habis. So, tukarla plan yang masakan ayam sahaja order catering. Nasi
tomato, kari daging, several of desserts (likes oreo pudding, bingka, Red
velvet cake, coconut pudding), drinks were prepared by Mak. Kuih karipap just beli
dari gerai & kuih koci tempah dari kedai. But at the end, plan order
masakan ayam pun cancel jugak sebab mahal. Caterer charge RM40/ekor. Dua tahun
lepas, iaitu time kenduri kahwin saya just charge Rm25/ekor sahaja. Caterer
yang sama jugak. So, just beli ayam golek Ayammas yang harganya RM35 untuk dua
ekor. Mula-mula beli 6 ekor tapi tak cukup. Kena tambah lagi 4 ekor. Mak cakap kalau
panggil kedua-dua belah family makan (Maternal & Paternal side), memang
standard kena order 10 ekor ayam. Reason order ayam & tak masak sendiri is ayam leceh nak prepare. Sebelum nak boleh masak, kena potong & then basuh sebersihnya. Part yang basuh tuela yang complicated & time consuming. Compare dengan daging, senang sahaja nak basuh. Anyway, very thanks to Mak, Didi & NekNuk for preparing all delicious foods. Sayang power infiniti to you alls.
D.I.Y Birthday Photobooth. Prepared by my amazing gediks siblings & also neknuk
The props
Gantungan gambar-gambar Zafran
Uwan with Red Velvet Cake
Lunch Buffet
Dessert Corner
The Sporting Grandma & Tokli
Bolehla buat gini sebab Zafran tengah tido
Tak kena pose cenggitu. Semua pose formal kot
With Wanita UMNO, kata Mus..Haha Kidding, uwan..
Nampak sangat Zafran baru bangun tido. Mata pun kuyu jea
Ayahchik's Clan
Posing Najla paling stail
Yang ni pulak pose Hazim paling macho
White Chocolate Macadamia Cake
Ready nak potong cake
Dak Zafran potong cake dengan seriusnya
Gediks Family with Wanita UMNO..haha kidding lagi, Onyang..
With Mak Buyong, Kak Da
Sudah nak beransur pulang
Dak Zafran with Anak Lina, Aiman
With ALH Girlss & also their family
Semua dah nak balik, Anoi baru sampai
Makchik's Family
With Maksu
Birthday Gifts
Dak Zafran cakap acehhh kepada semua yang dating 7 bagi hadiah.
Zafran's 1st Birthday ni, memang tak nak buat lagi yang betul-betul punya birthday party. Kalau betul-betul punya birthday party, tak ada combine dengan event lain. Then, siap ada clown, custom made cake, door gift, etc. Plan nak buat party macamtu time Zafran dah besar sedikit. Barula dia dah pandai excited nak tiup lilin, potong cake, bukak hadiah, tengok clown & etc. Sekarang Zafran just pandai melalak, melasak & membuas. InsyaAllah, if ada rezeki lebih, akan organize stand alone Zafran's Birthday Party di rumah Saujana Utama.
DIY Birthday Photobooth di Open House Grandma & Tokli? Maknanya ada birthday celebration. Birthday siapa pulak ni. Nak kata Grandma ...