Pada 23 Mac lepas genapla umur Zafran 9 Bulan. Lagi beberapa
bulan sahaja nak cukup setahun.. Lahai besar dah Dak Zafran ni. Mula-mula jaga
time baru lahir, sekarang dah ligat merangkak dah.
Teringat balik pengalaman mula-mula menjaga Dak Zafran( time berpantang), which is
honestly agak culture shock untuk saya. Agaknya sebab
pengalaman menjaga baby adalah baru untuk saya. Ingatkan perangai baby secomel
mukanya. Rupanya tak. Tak sangka sangat tough & mencabar. Macam Dak Zafran,
kalau dengan saya akan menangis kalau berjaga. Selalunya malam-malam mesti
menangis sebab siang dah puas tidur. Dalam mindset saya, baby menangis mesti
sebab perutnya lapar. Apa yang saya boleh buat, just breasfeeding(Bf) sahaja.
Tapi after Bf, still menangis jugak. Saya try dodoi tapi still not working. Agaknya cara
saya dukung tak betul & maybe Zafran tak selesa. Bila Didi (my sis) &
mak yang dodoi, berhenti pulak menangis. Kadang-kadang sampai tertidur bila
didodoi oleh mereka berdua.
Pesan Mak, saya kena tidur ikut sama time dengan baby. Kalau Zafran
tidur siang, sayapun kena tidur siang. So, bila Zafran berjaga malam, saya tak
adala penat sangat nak stay up jaga anak. Tapi walaupun dah tidur siang lama, time
berjaga malam, feeling tersangatla lain. Tengok semua dah tidur, kita jea tak
tidur, then nak kena dodoi-dodoi Zafran lagi, still rasa penat & stress
jugak. Mak suruh saya train Zafran supaya jangan tidur siang supaya malam akan
tidur. Tapi Dak Zafran ni tak kirala waktu apa pun, kalau terjaga mesti
menangis. Dengan saya tak pandai dodoi lagi. Kalau boleh saya nak Zafran
sentiasa tidur. Memang impossible la kan nak suruh baby everytime tidur jea. And
then kalau selalu tidur, chances nak kena kuning tinggi. Saya pelik kenapa orang lain siap boleh menonton cerekarama, sinetron, telenovela time berpantang. Macam ada banyak masa jea. Saya sibuk nak tidur siang supaya cukup tenaga nak berjaga malam.
Kemuncak stress ketika berpantang adalah pada hari yang saya minum nescaffe.
Saya minum nescaffe sebab dah muak asyik minum milo jea. Tak kira breaffast,
lunch, teatime & dinner, duk minum milo. So, nak tukarla selera dengan minum
nescaffe. Kesannya pada malamnya, Zafran meragam. Zafran menangis-nangis dari pukul 12
malam sampai 8 pagi esoknya. After bf & dodoi sambil berjalan, Zafran still
menangis-nangis sampai pukul 3am. Dah pukul 3, still taknak stop menangis. Saya
just letak Zafran katil. Dah tak tahu
nak buat apa. Last-last, Didi terjaga & pergi dukung Zafran. Didi dukung
Zafran sambil menonton TV. Kesian kat Didi. Dahla time tu bulan puasa. Then
pagi tu, Didi nak kena pergi kerja lagi. Tapi bila Didi offer nak jaga, saya
tak mampu nak menolak walaupun tau situasi Didi. Saya pergi tidur. Didi jaga
dari pukul 3am sampai 6 am. Lepas tu mak pulak jaga. Kena jaga bukannya just
dukung jea. Nak kena dodoi-dodoi sambil berjalan, baru Zafran tak menangis. Mak
enjut-enjut sambil keliling satu rumah dari pukul 6am sampaila pukul 8am. Mak
pulak tak larat, giliran kembali kepada saya semula. Tapi saya dah dapat tidur 4jam,
bolehla nak jaga Zafran balik. Itulah kesannya penangan Nescaffe terhadap Zafran.
Sejak dari haritu, selagi saya breastfeeding saya eliminate coffee & sewaktu
dengannya dari hidup saya.
Nipple(Ms. N) saya pun start rasa pedih & melecet sebab again solution(yang saya tahu) untuk nak bagi Zafran
stop menangis adalah BF sahaja. Setiap
kali BF, akan rasa sakit sampai rasa nak menangis pun ada. Masa itula saya start push Kimchi belikan
pacifier supaya Zafran tak continuously menangis. Kimchi pun belikan Avent
Pacifier.
Zafran tak menangisla untuk
beberapa hari bila Zafran guna pacifier. Tapi lepas tu, continue balik menangis. Saya minta tolong Abah
belikan set buaian pulak (Kimchi kerja). Fikir Zafran maybe nak berdodoi baru boleh
stop menangis. Dah masukkan dalam buai, Zafran stop menangis & tertidur.
Dah tertidur, stopla enjutkan buai. After stop, Zafran terus terjaga &
menangis. Buai balik. Buai sampai tertidur pastu stop, automatic Zafran terjaga & menangis lagi. Bila dah introduce
buaian, Zafran nak all the time berbuai.. Even tidur siang pun. Sebelum ni boleh
jea tidur siang dengan BF sahaja.
Dak nak kena enjut 24jam, lagila tak tahan. Saya dah tak
boleh nak tidur siang. Malam lagila. Didi pun dah start complain tak tahan nak
kena non-stop buai. Actually time pantang, ada tiga shift jaga Dak Zafran.
First shift 12am-3pm iaitu saya, second shift 3pm-5pm iaitu Didi & 3rd
shirt adalah mak iaitu dari 5am-7am. Then shift kembali kepada saya. Time shift
Didi tuela, yang dia complaint dah tak larat nak buai Zafran.
Lepas sahaja Didi complaint, saya push lagi Kimchi suruh
beli buai automatic. Kimchi pergi beli di Manjaku, Bangi. Dah pasang buaian
auto, barula Zafran tak continuously menangis & tidur sehingga 3jam, tak
kira malam or siang. Barula terasa aman
dunia.
Masa pregnant, saya target nak jaga anak naturally. Tak nak
ajar anak guna pacifier, buaian, buaian auto, tidur dalam suasana senyap. Nak full
BF. Bila dah berdepan dengan situasi sebenar, habis semua yang taknak buat tu,
saya dah buat jugak. Full Bf pun tak dapat nak buat.
After sebulan lebih berpantang, tiba-tiba saya rasa kesiankan kat Dak Zafran. Terlampau kerap sangat guna buaian & pacifier untuk Zafran. Asal nak bagi Zafran tidur or stop menangis, mesti guna buaian & pacifier. Saya terus study through internet. Saya
study posisi-posisi BF selain yang kebiasaannya. Salah satunya sambil berbaring. And then time
tu jugakla saya baru tahu cara bf yang betul. Cara yang betul adalah kena make
sure dagu baby bersentuhan dengan areola. Satu lagi Ms. N masuk sampai
lelangit baby. Kalau tak sampai, Ms. N akan berada di gusi baby. Tu yang menyebabkan
sakit sampai melecet-lecet. Dah sebulan lebih bersalin, baru tahu cara Bf yang
betul & posisi Bf yang berbaring. Saya terus try Bf Zafran dengan cara
betul & posisi berbaring. Zafran menerima cara bf yang baru dengan baik. Sejak dari haritu sampai sekarang, if di rumah, saya akan BF
sambil berbaring, tak kira pada waktu apa pun. Sometimes Zafran boleh tertidur after Bf. Penggunaaan buai auto & pacifier pun dah semakin
berkurang. Cara ini lebih membantu semasa saya dah mula bekerja. If Zafran terjaga malam, saya akan Bf sambil berbaring. Then, saya akan sambung tidur sambil Bf. Zafran nak Bf selama mana yang dia nak pun, tak kisah. Time bekerja tak adala rasa sleepy & penat walaupun kerap berjaga malam. Cara ni maybe agak bahaya. Saya kena sentiasa alert. Kalau baby dah besar, bolehla guna cara ni.
Pernah jugak saya terfikir saya ni layak ke tak jadi seorang
ibu. Susah sedikit pun tak boleh. Rasa
susah sedikit, dah rasa stress. Terus nak guna gadget-gadget. Orang lain pun pernah jugak ada pengalaman jadi
newmom. Contohnya macam Maklang &
Maktih. Mereka berdua pun working mom jugak. Tak ada pun depends pada
gadget-gadget macam saya ni untuk jaga anak. Bila fikir balik, manusia diciptakan berbeza. Apa yang berlaku pada
setiap manusia pun berbeza jugakla. Sebenarnya pengalaman menjaga Zafran ketika
pantang adalah pengalaman yang priceless. Pengalaman itu jugakla yang mengajar saya
supaya belajar dari kesilapan dan menjadi lebih baik, dalam menjaga & membesarkan anak. Satu lagi, if mindset sentiasa positif & ilmu cukup di dada, akan rasa lebih seronok & happy ketika menguruskan & mendidik anak.
My Precious Dak Zafran already 9 months old. How time flies so freaking fast...
Pada 23 Mac lepas genapla umur Zafran 9 Bulan. Lagi beberapa bulan sahaja nak cukup setahun.. Lahai besar dah Dak Zafran ni. Mula-mula jaga...