Alkisahnya begini. Saya dok penah lagi make di Seoul
Garden(tiba-tiba lak keluar slang Kelantan..ntah betul ntah tidak aku cakap
tu..nama jea half Kelantanese). Kat facebook, dah berlambak dah orang duk
upload gambar makan kat Seoul Garden.
Even student pun ada pernah makan di situ. Saya ni, jejakkan kaki kat
Seoul Garden pun tak lagi. Tersangatla ketinggalankan. Dengan Kimchi pun tak
berapa nak gemar makan benda-benda peliks ni. Tu yang Seoul Garden asyik
terkeluar dari planning tempat makan kitaorang. Dia cakap buat apa nak spend
duit untuk benda yang menyusahkan kita. Seoul Garden kan, everything kena DIY.
Dari ambik bahan makanan sampaila ke masak semuanya kena ambik & buat
sendiri. Pastu nak kena bayar service charge.
Tapi untuk celebrate our 2nd anniversary, saya
paksa Kimchi makan di situ. Nak juga merasa. Review dari semua yang pernah
makan di situ, semua komen sedap & tempat berbaloi untuk dimakan.
Lepas hantar Mak & Abah ke KLIA, terus pergi Setia City
Mall. Sebelum tu, Saya ajak sekali bebudak sengal, which are Yid, Mus &
Didi untuk join our anniversary celebration dinner. Bebudak sengal of coursela
agree bila ajakan disertakan sekali dengan dibelanja.
Sampai sahaja di Seoul Garden, pekerja suruh bayar dahula sebelum
makan. Okla, bayar jeala. Bila di kaunter, saya tengok harga perpax yang
tertera di situ. Saya terus speechless. Harganya RM50 something(malas nak
recall balik exact price) perpax. Terkejut mak dibuatnya. Apa yang mahal
bebenor sampai nak kena bayar RM50/pax. Orang kaunter tu bagitau, kat situ
boleh makan sepuas hati with unlimited time. Hightea di Grand Blue Wave pun
unlimited time jugak. Tapi harganya tak adala sampai RM50/pax.
Duk tengok Farid (my bro) & Mimi (my SIL), which are
mereka-mereka ni baru student , boleh makan di Seoul Garden sampai dua kali. So,
saya punya mindset Seoul Garden ni antara tempat yang affordable untuk dimakan.
Rupanya tak. Rupanya tempat pricey untuk dimakan. So, total bil kena bayar
untuk 5 pax adalah RM260 termasuk segala mak nenek tax & charge.
Farid bagitau kena bayar mahal sebab normal price. Dia dulu
pergi makan just kena bayar RM30 something sebab ada student price & pergi
hari biasa. Kalau student ada dapat discount & kalau pergi hari biasa pun ada discount
jugak. So, orang macam Farid yang pergi hari biasa, dapatla double discount. . Saya nak pretend kenkunun
student (ada hati tu)pun tak boleh. Student price tak valid kalau pergi time weekend. Tu yang kena bayar normal price untuk kelima-lima pax.
Selesai membayar( dengan pasrahnya), saya pergi ke meja buffet. Memang banyakla
menu buffetnya. Sushi, untuk steamboat ada, untuk grill pun ada. Sebab kan nak
celebrate anniversary kaklong & abanglongnya, bebudak gediks yang layan kami berdua sampai tak perlu buat apa-apa.
Just duduk & makan jea. Diorangla yang ambik air, ambik menu buffet,
masak-masak & segala-galanya. Farid
cakap menu paling sedap (kiranya signature dish/menu) adalah lamb grill.
So, saya suruh Farid buat lamb grill. Bila makan, perghhh…memang sedap. Lamb
grill manis & lembut giler. Lepas nak habis grill sepinggan, grill lagi
sepinggan. Banyak makan lamb grill jea.
Nasib baik ada menu yang sangat sedap untuk dimakan. Kiranya ada jugakla
rasa berbaloi bayar mahal-mahal. Selain lamb, ada jugak makan stemboat &
dessert.
Kambing yang super delicious & juicy.
Macam-macam ada letak dalam satu pinggan. Sushi, fishball & lamb
My gediks & sengal siblings
With Kimchi who doesn't eat Kimchi
Selfie ngan Dak Zafran, yang position kaki tak boleh bla
Dessert
Saya bukanla tak boleh bayar or anything. Just terkejut jea. Dalam mindset, duk ingat Seoul Garden adalah tempat affordable untuk dimakan, sama seperti Kenny Roger & Pizza Hut. Tak expect nak keluar duit sampai almost RM300. Rupanya dah setaraf dengan Chilies, Grand Blue Wave & sekutu dengannya. Adakah next time saya akan pergi lagi Seoul Garden. Maybe tak kot. Kalau nak kena bayar RM50/pax, preferable high tea di Grand Blue Wave or buffet di Marche, The Curve. Tak perlu masak sendiri & semuanya dah siap terhidang di meja buffet.
Tak apala bayar mahal pun..sekali-sekala..yang penting sedap..(bersepah meja seyh)
Alkisahnya begini. Saya dok penah lagi make di Seoul Garden(tiba-tiba lak keluar slang Kelantan..ntah betul ntah tidak aku cakap tu..nam...