Bawa Anak-Anak Ke Muzium Adat & Teratak Za'ba Untuk Terokai Ilmu Pengetahuan Am Malaysia
Dak Zafran tengah fasa minat terokai ilmu pengetahuan am especially mengenai Sejarah Islam dan juga Sejarah Malaysia. Untuk nak menyokong minat Zafran dengan ilmu pengetahuan am ni, kalau sejarah islam memang acap kalilah belilkan buku sejarah islam versi kana-kanak untuk Zafran baca. Asal habis baca, beli buku lain pula. Dan ada buku yang kami belikan dia boleh habis baca dalam masa satu hari.
Bagi sejarah Malaysia pulak, kami bawak Zafran ke Muzium. Masa bawak Zafran ke Muzium Negara buat pertama kalinya pada tahun lepas, masa inilah mula nampak dia suka sangat nak tahu sejarah Malaysia. Sebabnya dia baca semua maklumat yang dipaparkan di dalam Muzium Negara. Like semua ok. Tak tinggal satu pun yang tak dibaca. Boleh klik SINI untuk baca perkongsian saya mengenai Muzium Negara.
Mak pak jadi lagi bersemangat bawak Zafran ke Muzium sebab minatnya dengan sejarah Malaysia. Muzium pun tiketnya tak lah mahal mana. Ada muzium yang boleh masuk dengan percuma. On the balik kampung uwan untuk balik raya puasa haritu, kami ikut jalan yang tak biasa kami guna. Jalan biasa kami guna adalah ikut Bukit Putus. Tapi time tu waze ajar jalan lain iaitu ikut Ulu Temiang. Rasa macam first time lalu jalan ni. All the while sepanjang zaman saya membesar, ikut Bukit putus bila kampung.
Jalan ni akan lalu Ulu Temiang. Jalan di bukit bukau yang ada permandangan ala-ala NZ. Then akan masuk daerah Jelebu. Dari Jelebu nak sampai kampung uwan dalam setengah jam lagi. Jelebu boleh tahan nice jugak daerahnya. Sebabnya most of bangunan di Jelebu mempunyai struktur sina bina minangkabau. Ada puncak bumbung yang tajam macam bentuk tanduk kerbau gituDi sini jugak ada Muzium Adat yang bangunannya ada tengkolok besar di hadapannya. Since seingat saya macam tak pernah pusing-pusing daerah Jelebu ni dan masuk Muzium Adat apatah lagi, kitaorang stop untuk spend masa di Jelebu. Dak Zafran pun excited nak masuk Muzium ni.
Muzium Adat adalah muzium yang kita boleh dapat maklumat yang berkisarkan kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat".
Dalam Muzium ini empat aras iaitu. Galeri Aras Bawah berkisarkan Pengenalan Adat di Malaysia. Galeri Aras Satu pula berkisarkan Kitar Hidup. Galeri Aras Dua mempaparkan maklumat berkenaan dengan Tradisi Intelektual / Kerajaan dan Kuasa. Dan Galeri Aras Tiga adalah mempamerkan tentang Adat Perpatih.
Semua aras kami pergi dan Dak Zafran baca semua maklumat yang ada situ. Kemudahan asas pun sangat well maintained especially toilet. Bersihlah toilet muzium ni.
Balik dari Muzium Adat, on the way ke kampung uwan ada satu lagi tempat bertemakan pendidikan yang boleh disinggahi iaitu Teratak Zaba. Haa Teratak Zaba ni saya pernahlah sampai sekali. Dulu-dulu ingatkan Teratak Zaba adalah rumah yang pernag didiami oleh Pendeta TS Dr. Zainal Abidin iaitu ahli Sasterawan Melayu negara kita. Rupanya bukan.
Teratak ni dibina pada tahun 2001 untuk menempatkan barangan milik beliau seperti peralatan menulis, buku-buku dan sebagainya untuk dipamerkan kepada orang ramai. Then ada juga mempamerkan maklumat mengenai ahli sasterawan ini di teratak ini jugak.
Struktur binaan teratak ini bertema Minangkabau. Cantiklah untuk bergambar di hadapan dan sekitar teratak ni.Tempatnya pun well maintained. Nak masuk adalah percuma.
Dalam masa sehari, dapat bawak tiga ketul especially Dak Zafran ke tempat yang boleh tambah ilmu pengetahuam am tentang Malaysia iaitu Muzium Adat dan Teratak Zaba. Dak Zafran enjoy je ke tempat-tempat ni. Akan bawak lagi ke muzium lain pulak.
Dak Zafran tengah fasa minat terokai ilmu pengetahuan am especially mengenai Sejarah Islam dan juga Sejarah Malaysia. Untuk nak menyokong m...