Enon Clans Enjoy Jalan Jalan Santai Lihat Haiwan di A'Famosa Safari Wonderland
Buat pertama kali, akhirnya saya dapat join sekali Family Day Keluarga Enon. Keluarga Enon adalah saudara-mara belah mak. Sebelum Covid, beberapa kali family mak organize family day dan semuanya saya tak dapat join atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi dapat join yang kali punya pun hanya saya, Zafirah dan Zayden. Kimchi dan Zafran tak join.
Tempat yang dipilih untuk buat family day adalah di A’Farmosa Resort Homestay. Book dua banglow A’Farmosa Resort Homestay untuk keluarga enon bermalam dan gathering family day. Sebelum check in A’Farmosa, jalan-jalan melihat haiwan di di A'Famosa Safari Wonderland. Dah menginap di A’Farmosa, semestinyalah kena pergi A'Famosa Safari Wonderland.
Enon Clans ada ramai budak-budak ke. Right place sangat pergi ke tempat kesukaaan budak-budak. Actually bukan sahaja budak-budak yang seronok pergi ke di A'Famosa Safari Wonderland, map pak budak pun sama enjoy jugak.
Sebab apa A Farmoa Safari Worderland sangat menyeronokkan baik kepada budak-budak mahupun mak pak budak. Sebabnya di Farmoa Safari Worderland boleh lihat secara dekat baik yang liar mahupun yang jinak. Of course haiwan jinak yang kita dapat interaksi secara terus. Tapi kalau haiwan, kita still boleh masuk ke kandangnya untuk melihat haiwan secara dekat tapi berada di trak. Kalau dengan haiwan pun nak interaksi secara terus gak, memang Innalillah la jawapannya. Huhu
Pengembaraan di A'Famosa Safari Wonderland dimulakan dengan aktiviti naik trak untuk masuk ke Kawasan haiwan-haiwan liar. Boleh tahan jugak mencabar jalan nak ke Kawasan kehidupan liar ni dengan berbatu-batu, naik turun bukit pun ada, sekali rasa macam nak tumbang trak kami naik ni. Sebab tu pengunjung yang pregnant atau ada sakit belakang sangatlah tak disarankan naik trak ni.
Haiwan liar yang ada untuk dilihat adalah Singa, harimau, dubuk dan banyak lagilah haiwan-haiwan Afrika yang ada di A’Farmosa Safari Wonderland. Cuma untuk budak kecil macam Dak Zayden, tak pandai nak lihat haiwan dari dalam trak dan yang berada di kedudukan jauh dari trak. So kalau dia tak dapat lihat haiwan, memang dia blur-blur jelah dalam trak. Haha.
Apabila memasuki Kawasan tempat tinggal badak air, trak akan berhenti dan pengunjung boleh turun dari trak untuk lihat dengan dekat badak air di dalam kolam airnya. Pengunjung juga boleh beri makanan yang ada dijual di situ kepada badak air. Nak bagi makanan, kena baling ke arah mulutnya. Kalau balingan tepat, boleh terus masuk mulut badak air. Kalau tersasar, masuk ke dalam kolam air.
Tapi still badak air pergi ke makanan tersebut dan makan. Rugi orr kalau tak makan. Kami semua macam permainan dah kat fun fair tu, cuba untuk berjaya kena sasaran. Padahal kalau berjaya pun bukan dapat hadiah pun. Malah kena keluar duit lagi sebab beli makanan. Bukan murah woo harga makanan. RM10 untuk sebiji labu atau kobis. Tapi just have fun. At the same at the time dapat bagi makanan untuk badak air. Duit kami bayar untuk makanan tub oleh digunakan untuk penjagaan haiwan dan penyelenggaraan tempat tu.
Selepas nak habis pusing di Kawasan hidupan liar pergi ke walk thru area yang menempatkan haiwan jinak. Haa kat sini baik Zafirah mahupun Zayden sangat berseronok lihat haiwan sebab ada haiwan yang boleh berada dekat dan interaksi secara terus dengan haiwan.
Banyak jugak species haiwan yang ada iaitu racoon, meerkat, haiwan ternakan seperti ayam, kambing, Arnab, pelbagai species burung, kura-kura, landak dan banyak lagi. Ada haiwan yang dibenarkan pengunjung beri makanan macam kambing. Lagilah dua ketul sebab dapat berinteraksi secara dekat.
Dah habis pusing lihat semua haiwan yang ada di situ, lihat pertunjukkan gajah. Kami tunggu dalam setengah jam untuk tunggu penrtujukkan gajah bermula sebab pertunjukkan macamni ada masa showtime yang ditetapkan. Sambil tunggu, makan ice cream yang dibeli di kedai souveniar yang ada di situ.
Sangat seronok tengok pertunjukkan gajah. Macam-macam aksi dan gelagat gajah-gajah yang dipersembahkan kepada pengunjung. Semua gajah sangat well trained At the end of show, gajah-gajah akan berbaris di hadapan supaya sebelum balik pengunjung-pengunjung dapat bergambar secara dekat dengan gajah. Nak bagi gajah makan pun boleh. Tapi makanan untuk gajah kena dibeli yang ada dijual di tempat pertunjukkan gajah.
Tak semua Enon Clan ada ni. Kalau semua ada lagi penuh gambar
Overall, A'Famosa Safari Wonderland sangat menyeronokkan dan Zafirah dan Zayden dan semua keluarga Enon sangat enjoy. Boleh repeat pergi A'Famosa Safari Wonderland lagi.
Buat pertama kali, akhirnya saya dapat join sekali Family Day Keluarga Enon. Keluarga Enon adalah saudara-mara belah mak. Sebelum Covid, beb...