Cuti
krismas baru-baru ni, bersambung sabtu dan ahad. Jadi ada straight cuti tiga
hari. Mula-mula taka da plan nak pergi mana-mana. Just nak duduk rumah jea.
Walaupun rentas negeri dah dibenarkan oleh kerajaan, tapi gelombang Covid-19 ni
tak makin elok. Makin teruk adalah.
Kerajaan
decide tak buat macam ni sebab nak gerakkan ekonomi balik. Katanyalah. Tak
naklah komen decision kerajaan ni sebab saya bukan pakar hal perihalan ni.
So, decide
duduk rumah ajelah sebab rasa tak selamat lagi. Tapi bila tengok orang lain
ligat berjalan, balik kampong lagilah. Rasa macam sampai bilalah tak nak pergi
jalan-jalan. Kesian dekat anak-anak jea. Saya ni nasib baiklah shopping mall
belakang ofis jea. Rasa nak me time sekejap. Pergilah kejap time lunch hour.
Kalau budak-budak. Tak pergi school/rumah pengasuh/daycare, just balik rumah
sahaja. Dah almost setahun macamni.
Last-last
saya menyuarakan hasrat nak bawa budak-budak pergi jalan kepada Kimchi. First
plan nak bawak pergi Zoo Negara. Pikir punya pikir. Zoo negara ni macam besar
sangat. Dak Zayden pulak tengah mengembangkan lagi sel-sel otak dia. Which dia
langsung tak mau duduk dalam stroller. Nak berdukung jea. Kalau nak dukung
Zayden sepanjang berjalan di Zoo Negara, mau esoknya koma. Haha #kidding.
Cancel pi
Zoo negara. Tukar ke Bird Park. Walaupun decide nak berjalan tapi still yang
tak memerlukan meluangkan masa di luar dan cuba meminumkan sehabis baik contact
di luar. Jadi Bird Park adalah pilihan terbaik. Sebabnya tak jauh dari rumah
iaitu sejam lebih sahaja perjalanan. Bila dekat je, maknanya tak perlulak fikir
nak solat, lunch dan even pergi toilet di luar. Semuanya boleh buat bila dah
rumah.
Yup, sampai
bird park dala pukul 10 pagi. Habis tawaf Bird Park pukul 1 lebih. Tak ada
jalan-jalan laju pun. Cover semua tempat dan siap dapat tengok Bird Show lagi.
Shopping souveniar pun. Yeala Bird Park tak lah sebesar Zoo Negara tapi still best.
Yup memang
best sebab budak-budak especially Zafran dan Zafirah enjoy sangat jalan-jalan
di Bird Park. Dak Zafirah tengok burung merpati di rumah pun dan excited. Ini
kan pulak tengok burung pelbagai jenis species.
Dak Zayden
pun pandai jugak tengok haiwan. Meliar-liar matanya bila ternampak
burung-burung yang ada di situ. Tak nak sangatlah nak pandang kamera time
bergambar. Dak Zayden tak mau duduk stroller. Kena dukung mengunakan baby
carrier. Nasib baiklah ada baby carrier. Tapi still rasa nak tercabutlah bahu
sebab banyak kena naik bukit di Bird Park. Kimchi pulak kena tolak stoller yang
Dak Zafiran duduk.
Burung-burung
yang ada di situ ada banyak species dan sangat sihat. Ada burung yang common
dan ada juga yang rare. Ada burung-burung seperti peacock dibiarkan bebas
berkeliaran tanpa dikurung dalam sangkar. Tapi pengunjung dinasihatkan
sentuhlah burung-burung yang bebas
berkeliaran. Takut jadi badmood. Hehe.
Kalau nak yang
boleh beri makanan kepada parrot ada tempat indoor. Burung parrot sangat jinak.
Kalau ada jea makanan(yang disediakan di situ) pada kita, terus parrot datang
hinggap dan makan makanan yang kita pegang tu. Dapatlah bergambar dengan parrot
secara dekat.
Persembahan
burung pula adalah persembahan parrot. Macam-macam aksi dilakukan oleh parrot.
Antaranya magic show, main basket ball dan macam-macam lagi. Dak Zafran seronok
tengok Bird Show. Dia dah pandai tengok kan.
Makan dulu
Harga tiket
tak mahal pun just dewasa RM24. Kanak-kanak pulak RM12. Bawah 3 tahun free. Dak
Zafirah dan Dak Zayden tak perlu bayar.
Since
makanan dan minuman tak boleh bawa masuk, kena beli yang dijual di Bird park. Harga
memang double dari yang biasa.
Overall,
Bird Park sangat seronok untuk budak-budak. Budak-budak seronok, mak pak jadi
lagi seronok bila tengok anak-anak happy. Boleh repeat pergi ke Bird Park bila
Zayden dah besar sedikit. Tahun pandemik yang banyak beri impak(almost all negative) kepada hampir semua orang dapatlah diakhiri dengan kenangan manis dengan pergi ke Bird Park bersama-sama keluarga tersayang.
Cuti krismas baru-baru ni, bersambung sabtu dan ahad. Jadi ada straight cuti tiga hari. Mula-mula taka da plan nak pergi mana-mana. Just nak...