Ya, ada jea wang simpanan tak
kiralah di bank ke di peti besi rumah ke, bawah tikar ke(orang dulu-dulu punya
stail simpan cash), wajib bayar zakat. Kena tahu dalam Islam, zakat adalah
salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh semua umat islam.
Dalam Rukun Islam, zakat
berada di tangga keempat. Yang membawa maksud ibadah zakat adalah yang keempat
penting selepas mengucap, solat lima waktu dan puasa di bulan Ramdhan bagi
membentuk iman umat islam. Jika tidak dilaksanakan tanpa sebab-sebab tertentu,
maka akan dimurkai oleh Allah SWT.
Wang simpanan wajib dikenakan
zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.
Tetapi wang simpanan yang
tidak melepasi haul atau tidak melepasi jumlah dan syarat yang ditetapkan, tak
perlu bayar Zakat.
Wang sama ada berbentuk
kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu
kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi
nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Ada Dalil Wajib Zakat iaitu:
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila kamu mempunyai 200
dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan
tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar
(salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu
mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar.
Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi
sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Ok, itu sedikit info mengenai
zakat wang simpanan. Sekarang nak masuk ke part syarat apa yang mewajibkan wang
simpanan perlu dizakatkan. Bawah adalah maklumat lengkap mengenai zakat wang
simpanan.
Syarat Wajib Zakat Simpanan
Cukup nisab (*bersamaan nilai
simpanan sebanyak 85 gram emas mengikut harga semasa)
Cukup haul (cukup tempoh setahun
disimpan ).
Nilai nisab kena sentiasa
check dengan pejabat Zakat kerana sentiasa berubah-ubah. Contohnya, kadar nisab
terkini untuk negeri Selangor tahun 2020 adalah bersamaan RM18,510.72. Manakala
pada tahun 2019 pula RM13,490.
Maksudnya, kalau wang simpanan
dalam akaun tu menyamai RM18,510.72 atau melebihi nilai nisab tu, barulah wang
simpanan diwajibkan bayar zakat.
Jika tidak cukup atau tidak
menyamai nilai RM18,510.72, maka tak wajiblah untuk dizakatkan simpanan
tersebut.
Terdapat petikan ayat Al-Quran
mengatakan bahawa
“Ambilah (sebahagian) dari
harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan
mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan
doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi
mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Surah At-Taubah (ayat 103)
Antara jenis wang simpanan
1. Akaun Simpanan/Akaun Semasa.
2. Akaun Mata Wang Asing
3. Deposit Tetap/Deposit Berstruktur
4. Simpanan di Takaful/Insuran
(Nilai tunai polisi takaful / Insuran yang boleh dikeluarkan)
5. Jumlah baki KWSP ketika umur
55 tahun ke atas (Bagi yang MASIH BEKERJA selepas umur 55 tahun)
6. Jumlah baki KWSP (Bagi yang
TIDAK BEKERJA selepas umur 55 tahun)
7. Lain-lain tunai (peti besi,
simpanan di rumah dan sebagainya)
8. Hutang boleh terima daripada
penghutang
Kaedah Kiraan Wang Simpanan
Zakat:
Simpanan Tetap
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah
genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas),
maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan
tersebut.
Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada
jumlah baki pada hujung haul.
Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap
setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh
tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk
mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun
simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut
mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu
akaun, baki hujung haulnya tidak mencukupi nisab.
Zakat Hutang
Zakat ke atas hutang tiada nas
yang jelas dan menjadi ikhtilaf dikalangan fuqaha. Perbezaan pandangan fuqaha
ini adalah berasaskan samada zakat perlu dibayar ke atas wang yang dijangka
terima ataupun tidak. Oleh itu, Majma Fiqh Islami OIC memutuskan :
Pemberi hutang adalah wajib membayar zakat
setiap tahun, jika penghutang itu mampu membayar (pada tarikh haul pemberi
hutang)
Jika penghutang itu tidak mampu /
menangguhkan bayaran balik hutang, maka zakat wajib dibayar oleh pemberi hutang
setahun selepas penerimaan / bayaran balik hutang tersebut.
Hutang yang boleh ditolak
daripada harta wajib zakat adalah hutang yang perlu dibayar segera. Hutang yang
pembayarannya bertangguh tidak mengurangkan zakat ke atas harta yang dimiliki
tempoh semasa. Oleh itu hutang yang perlu dibayar pada tempoh datang daripada
hasil atau harta akan datang tidak boleh ditolak.
Untuk maklumat lanjut untuk
pembayaran zakat wang simpanan boleh klik di pautan website berikut. Ikuti juga
Lembaga Zakat Selangor di media sosial untuk update terkini.
Website :
fpx.zakatselangor.com.my
Facebook :
LembagaZakatSelangor
Instagram :
https://www.instagram.com/zakatselangor
Ya, ada jea wang simpanan tak kiralah di bank ke di peti besi rumah ke, bawah tikar ke(orang dulu-dulu punya stail simpan cash), wajib ba...