Aqil Zayden adalah nama yang dipilih oleh saya dan Kimchi untuk anak ketiga kami berdua. Maksud Aqil adalah bijaksana dan Zayden adalah kelebihan. Selamat dilahirkan ke dunia Allah SWT pada Isnin 9/3/2020, pukul 9:56pm. Cantik betul tarikh Dak Zayden pilih untuk keluar dari rahim mamanya, iaitu tarikh yang sama hari ulang tahun perkahwinan saya dan Kimchi.
Lahir dengan berat 3.52kg. Berat Dak Zayden paling Champion. Berat abangnya 3.43kg, manakala kakaknya iaitu nombor dua adalah 3.41kg.
Tengok pada tajuk entri nie Dak Zayden dilahirkan dengan bantuan pecah air ketuban oleh doktor. Ini adalah pengalaman bersalin pertama saya dengan bantuan pecah air ketuban.
Actually kesemua anak-anak saya lahir dengan ada bantuan dari external. Tak adanya naturally keluar macam certain orang pecah air ketuban, bukaan makin membesar seiring dengan masa sehinggalah bersalin. Saya tak dapat bersalin macamtu. Macam Zafran selepas turun tanda, still tak ada bukaan sehingga 24 jam. Dalam 24 jam tu, banyaklah kisah berulang-alik hospital, doktor suruh balik, etc.
Selepas tu baru ada kena tahan wad. Itupun sebab doktor terpecahkan air ketuban semasa nak cek bukaan. Sabau jeala doktor tu. Lepas pecah air ketuban, masih lagi ambil masa lama untuk bersalin. Time betul-betul baby dah kat bawah which is ambil masa lebih 12 jam selepas pecah air ketuban, kena guna vacuum untukk keluarkan baby. Saya dah hilang tenaga plus tak pandai nak teran kot. Tu kena guna vacuum. Boleh baca full story dengan klik
SINI.
Anak kedua pulak mula-mula turun tanda bukaan dah 4cm. Ingatkan tak ambil masa lama untuk bersalin. Tengok-tengok slow jugak progress bukaan. Pagi 4cm. Tengahhari baru 6cm. Petang still 6cm. Duklah panggil nurse macam susah hati pulak progress slow. Tak tahulah kenapa perlu saya susah hati sangat.
Patutnya saya tak perlu susah hati pun. Sebab saya dan baby ok jea. CTG sentiasa dipasang dan result dipantau kan. Should be nothing to worry lah.
Dah keje panggil nurse jea, nurse ke bidan tolong bukakkan jalan. Dah bukakkan jalan, lepas tu datang contraction yang maha sakit. Tak boleh tahan, panggil lagi nurse. Nurse bawak ke labour room. Tak sampai 30 minit, bersalinkan Zafirah. Boleh baca full story dengan klik
SINI.
Start dari bawah anak first. Tengah anak second. Atas sekali adalah newest edition.
Yang ketiga ni, pun sama ada bantuan jugak. Oklah saya cerita dari mula. Dak Zayden pun sama macam abang dan kakaknya, mula dengan turun tanda darah. Still tak dimulakan dengan pecah air ketuban. Darah yang turun warna merah. Tak berlendir dan sedikit sahaja. Takut salah tengok sebab seluar dalam warna pink, saya try pakai panty liner(sorry kalau tak selesa dengan cerita saya ni). Senang nak cek warna kalau pakai panty liner. Tengok-tengok still ada warna merah pada panty liner. Betul dah ni dah turun tanda. Saya pun dah 39 minggu.
Terus bagitau Kimchi pasal ni. Then call adik untuk datang rumah. Mintak tolong jagakan Zafran dan Zafirah. Sampai jea adik, terus gerak ke hospital Shah Alam.
Plan asal nak bersalin di Hospital Sungai Buloh sebab ingat boleh bersalin di situ jea. Tapi nurse check up beritahu boleh jugak pilih Hospital Shah Alam. Saya pun pilihlah Hospital Shah Alam sebab Hospital Sungai Buloh masa tu tengah start busy terima pesakit Covid 19.
Sampai sahaja Hospital Shah Alam, terus daftar di tingkat first. Selesai daftar, nurse ambik reading CTG. Settle CTG, nurse iringi pergi ke wad bersalin di tingkat empat.
Di tingkat empat, doktor buat full checking. Cek bukaan, tengok graf ctg dan etc. Lepas doktor cek saya, beritahu tak ada pun darah dan bukaan 2 cm sahaja. Doktor suruh saya balik. Alamak akan berulang lagi ke macam yang terjadi pada anak first.
Then datang lagi seorang doktor macam lagi senior dari doktor sebelum tu, buat checking yang sama. Outcome dari dia adalah dah ada turun tanda iaitu darah dan bukaan 2cm. Tapi dia pun suruh saya balik sebab 2cm tu macam ambil masa lama. Serviks saya pun katanya masih tebal. Dalam hati alaaa...taknak bersalin lagi ke aku ni.
Sebelum nak balik, time nak pakai seluar (sebab sebelum tu pakai kain), tengok ada banyak darah kat panty liner. Keluar dari toilet bagitau pasal ni pada doktor yang second. Conversation dengan doktor tu seperti di bawah
Saya: Doktor. Darah turun lagi dan lagi banyak.
Doktor: tu cakap tu normal selepas cek bukaan.
Saya: Saya ni ada tanda nak bersalin ke tak.
Doktor: itulah tanda bersalin
Saya: Lepas tu doktor suruh saya balik dengan ada tanda bersalin ni.
Doktor: Kalau awak risau, boleh stay lagi 6jam then check progress bukaan.
Of course saya risau. Proses bersalin ni subjektif. Masing-masing cara bersalin tak sama. Buatnya saya balik, tiba-tiba suddenly bukaan terus besar. Jarak Hospital Shah Alam bukannya dekat dari rumah. Boleh pulak doktor bagi option macamtu. So, saya pilih untuk stay.
Muka tengah menyesuaikan diri dengan persekitaran dunia. Haha
Masa menunggu untuk cek seterusnya, nurse beberapa kali cek CTG dan cek progress perut mengeras dengan letak tangannya pada perut saya. Baru tahu ada cek manual sebegini. Walaupun tunggu di ruang menunggu, di situ ada jugak beberapa katil sementara. Nurse suruh saya tidur di katil tu sebab takut pengsanla pulak. Tak adalah kena tidur di kerusi. Cek seterusnya dalam pukul 3 pagi.
Masa cek pada pukul 3 pagi, bukaan 3cm. Bacaan contraction pun konsisten dan tinggi. Terus saya dibolehkan stay hospital sebab adalah progress walaupun slow ya amat. At last, dah tak disuruh balik rumah.
Nurse suruh husband daftar. Saya pula kena tukar baju hospital warna pink dan dipasangkan branula. Nak pasang branula ada dugaannya. Mula-mula houseman pasangkan, failed. Nurse yang agak senior pasangkan baru ok. Sakit tu jangan ceritalah.
branula
Tak dapat katil di wad khas untuk wanita bersalin/mengandung sebab penuh. Jadi kena stay di ruang menunggu wad bersalin. Saya ok jea sebab still ada katil. Saya tidur jea di katil yang ada di situ. Then, di situ juga ada surau.
Kimchi pula menunggu di waiting area untuk suami. Ruang ni boleh diaccess oleh kedua-dua suami dan juga isteri Di waiting area inipun selesa jugak. Ada TV. Nak makan pun boleh. Since saya tak dapat katil, saya tak entitled untuk terima makanan hospital. Kimchilah kena belikan dan makan di ruang menunggu khas suami tadi.
Pagi dalam pukul 6am, cek lagi bukaan still 3cm. CTG baby normal. Time dilawati oleh doktor lelaki Cina, dia beritahu dia taknak cek bukaan saya lagi. Sebab progres bukaan slow dan tak elok sangat pun cek bukaan banyak-banyak kali. Takut ada infection.
Saya pula mula-mula ada sakit contraction, then hilang by the time dilawati oleh doktor cina ni. Doktor ni suggest seluk cek bukaan lagi bila datang contraction yang sakit sangat.
Dari lepas doktor cina cek hinggalah ke petang, saya langsung tak ada kena cek apa-apa pun. Baik dari doktor mahupun nurse. Saya pulak tak ada sakit contraction. Lagilah tak ada reason nak panggil nurse ke doktor untuk cek saya. Dalam pukul 4 petang, barulah nurse panggil nama sebab nak pasang CTG. Rutin checking dia kot. Time cek CTG, nurse cek graf. Lepas tengok graf, terus nurse panggil doktor. Suruh doktor tengok graf CTG saya. Doktor tu go through result CTG dan terus refer doktor yang pangkat lebih besar kot, yang ada kat situ.
Saya dah tak sedap hati. Apa yang tak kena dengan result CTG saya. Saya tanyalah Houseman yang datang bersama-sama dengan doktor tadi. Dia beritahu heartbeat baby terlampau laju. Lepas Houseman berlalu meninggalkan, terus berjurai air mata. Susah hati sangat. Risau jadi apa-apa yang tak diingini kat baby.
Continue reading next part by clicking
Kisah Bersalin Aqil Zayden Dengan Bantuan Pecah Air Ketuban Di Hospital Shah Alam Part 2
Aqil Zayden adalah nama yang dipilih oleh saya dan Kimchi untuk anak ketiga kami berdua. Maksud Aqil adalah bijaksana dan Zayden adalah kele...