Home
All post
Beraya di Rumah Makchik Di Saujana Putra, Bangi
Last week
Keluarga Zainun beraya rumah mak di PJ, weekend baru ni terjah rumah makchik
pulak. Beraya kali ni betul-betul nak join sebab dah lama tak pergi rumah
makchik. Setiap kali makchik buat makan-makan di rumahnya, ada jea clash dengan
something.
Dah sampai
rumah makchik, tanpa membuang masa terus makan. Menu raya yang disediakan oleh
makchik dan keluarga ialah nasi ayam, sate, mee kari, cheese tart dan fruit
tart.
Kami adalah
first keluarga Zainun yang sampai. Time makan, barulah keluarga paktam,
makndak, paklong sampai.
Kid's room pun ada tau kat rumah makchik.
Dah masuk
zohor, solat dahulu. Dah solat terus bersiap untuk balik. Tak dapat nak stay
lama-lama sebab Kimchi ada kerja. Yea cuti pun ada kerja. Mak abah dan didi
pulak nak pergi Perlis sebab nak jemput Mus. Angkut barang-barang dia sekali
sebab dah habis degree. Betul-betul dah nak gerak balik, keluarga maksu pun
sampai. Jumpalah maksu sekejap time nak balik.
To Makchik
sekeluarga, thanks for the all the delicious raya meals. Rumah Makchik pula
sangat luas dan cantik sangat.
Last week Keluarga Zainun beraya rumah mak di PJ, weekend baru ni terjah rumah makchik pulak. Beraya kali ni betul-betul nak join sebab dah ...
Naik Kuala Lumpur Hop-On Hop-Off Bersama-sama Keluarga Mertua
Hop On Hop
Off (HOHO) yang Penang dah naik, yang HOHO Kuala Lumpur pun dah naik jugak.
Checked untuk kedua-dua HOHO.
Haa..cerita pasal budak-budak Mula-mula depa tahu nak naik HOHO, excitedlah depa sebab naik bas kan. Budak-budak naik bas pun seronok. Terutamanya Zafranlah. Lagi-lagi naik tingkat atas, pergi ke bahagian tak berbumbung. Bertambahlah excited. Seronok betul jadi budak-budak ni. Hehe.
.
Kalau dah
nama Kuala Lumpur, HOHO Kuala Lumpur just ada satu pilihan sahajalah iaitu
pusing-pusing bandar. Berbeza dengan Penang ada tiga pilihan iaitu nak
pusing-pusing bandar atau pantai ataupun nak cover kedua-dua pun boleh. Tapi
sebab Penang tu start naik HOHO lambat, pilih untuk pusing-pusing town
sahajalah.
Naik HOHO
Kuala Lumpur lagi havouc sebabnya keluarga mertua iaitu Enal sekeluarga dan mak
mertua ada join. Even yang dari Taiping pun ada join jugak iaitu Ale
sekeluarga.
HOHO Kuala
Lumpur bawa pergi ke tempat-tempat menarik yang ada Kuala Lumpur. Antaranya
ialah Malaysia Tourism Information Centre (MATIC), KL Tower, Jalan P. Ramlee, KLCC, Karyaneka, Bintang Walk, Tengkat Tong Shin, Chinatown, Central Market, Little
India, KL Sentral, National Museum, National Palace, Lake Gardens, KL Bird Park,
Masjid Negara (National Mosque), Dataran Merdeka, Medan MARA, Jalan Raja Laut, Bulatan
Pahang, Lake Titiwangsa dan CitiBank.
Terpaksa tahan shawl. Kalau tak terbang-terbang kena tiup dek angin
Setiap
tempat-tempat yang popular macam menara KL, Istana Negara dan etc, HOHO akan
berhenti lama sedikit supaya penumpang boleh turun dan bergambar. Port yang
kami turun just Menara Kuala Lumpur sahaja. Yang lain tak turun sebab dah
kepenatan terutamanya budak-budak.
Haa..cerita pasal budak-budak Mula-mula depa tahu nak naik HOHO, excitedlah depa sebab naik bas kan. Budak-budak naik bas pun seronok. Terutamanya Zafranlah. Lagi-lagi naik tingkat atas, pergi ke bahagian tak berbumbung. Bertambahlah excited. Seronok betul jadi budak-budak ni. Hehe.
Habis pusing, turun di KLCC. Tempat sama naik mula-mula. Kedua-dua HOHO iaitu yang Penang dan Kuala Lumpur, sangat berbaloi untuk naik. Servis pun terbaik. Paling penting, dapat having fun.
.
Hop On Hop Off (HOHO) yang Penang dah naik, yang HOHO Kuala Lumpur pun dah naik jugak. Checked untuk kedua-dua HOHO. Kalau dah nama K...
Surya S Great Grain │Lima Makanan Sunnah Dalam Satu Pek
Pengambilan Makanan
Sunnah Rasulullah SAW sememangnya tidak dinafikan sangat memberi manfaat kepada
tubuh badan. Antara makanan Sunnah nabi adalah seperti Habbatus Sauda, Zaitun,
Delima, Buah Tin dan Madu.
Adalah lebih bagus
jika mengambil makanan Sunnah nabi yang pelbagai jenis kerana setiap makanan mengandungi khasiat tersendiri
Tapi kadang-kadang
disebabkan kekangan masa dan juga lain-lain factor, kita tak sempat untk
mendapatkan banyak jenis makanan Sunnah.
Jangan risau dengan
masalah ini. Kerana Surya ada mengeluarkan minuman kesihatan yang mengandungi
lima jenis makanan Sunnah. Produk ini adalah Surya S Great Grain. Hanya dalam
satu pak, terkandung kesemua khasiat makanan Sunnah ini.
Makanan Sunnah yang
terkandung dalam Surya S Great Grain adalah Habbatus Sauda, Zaitun, Delima,
Buah Tin dan Madu.
Kesemua makanan Sunnah
mempunyai kebaikkan dan khasiat tersendiri.
Habbatus Sauda
Mengandungi pelbagai
nutrisi seperti vitamin B, E, Zat Besi, kalsium, zink, magnesium dan juga kaya
dengan antioksidan.
Dengan vitamin dan mineral yang berlainan, kebaikkan Habbatus Sauda termasuk sifat anti penuaan, mengelakkan sembelit dan masalah penghadaman, menstabilkan tekanan darah, elakkan risiko kanser, menguatkan system imun dan juga sifat penggalak susu semulajadi untuk ibu yang menyusu.
Dengan vitamin dan mineral yang berlainan, kebaikkan Habbatus Sauda termasuk sifat anti penuaan, mengelakkan sembelit dan masalah penghadaman, menstabilkan tekanan darah, elakkan risiko kanser, menguatkan system imun dan juga sifat penggalak susu semulajadi untuk ibu yang menyusu.
Zaitun
Kaya Dengan Antioksidan Mampu Mengurangkan Risiko Diserang Penyakit-Penyakit Kronik, menyelesaikan masalah cacing dan parasit dalam perut, mampu membantu mendapatkan berat badan yang diidamkan dan pembantu mengatasi masalah sembelit
Mempunyai vitamin C, B
dan K, magnesium, kalsium, zink, zat besi dan fosforus dan juga serat.
Buah Tin
Sumber antioksidan
vitamin A dan K yang baik untuk kesihatan. Selain antioksidan, buah tin juga
mengandungi protein, vitamin B, C dan D, zat besi, kalsium, kalium, fosfur dan
mineral lainnya.
Madu
Mengandungi semua zat
yang diperlukan oleh badan kita untk hidup seperti enzim, pelbagai vitamin, dan
mineral dan air dan juga pinocembrin iaitu antioksidan yang boleh meningkatkan
fungsi otak.
Surya S Great Grain juga dipak dalam bentuk sachet. Jadi senanglah dibawa ke mana-mana terutamanya ketika travel. Tak kira di mana kita berada, Surya S Great Grain masih boleh diminum kerana adanya dalam bentuk sachet.
Selain 5 makanan Sunnah,
Surya S Great Grain juga mengandungi 18 Bijirin iaitu beras merah, kacang
merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, beras perang,
jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot,
kacang hitan, benih chia, beras pulut.
Surya S Great Grain juga dipak dalam bentuk sachet. Jadi senanglah dibawa ke mana-mana terutamanya ketika travel. Tak kira di mana kita berada, Surya S Great Grain masih boleh diminum kerana adanya dalam bentuk sachet.
Jom cepat-cepat dapatkan Surya S Great Grain supaya tubuh badan mendapat kesemua khasiat kelima-lima makanan Sunnah ini. Surya S Great Grain boleh didapati di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih & Shopee.
Jika ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Surya S Great Grain ( seperti cara pembelian, harga dan etc), boleh layari di
FB:
https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
https://www.instagram.com/surya.malaysia/
Pengambilan Makanan Sunnah Rasulullah SAW sememangnya tidak dinafikan sangat memberi manfaat kepada tubuh badan. Antara makanan Sunnah nabi...
Buka Puasa Di Flemington Hotel, Taiping Selepas Satu Hari Spring Cleaning
Sebelum
raya haritu, saya dan keluarga mertua buat spring cleaning besar-besaran rumah
mertua. Untuk nak sambut raya satu. Satu lagi pada raya kedua, ada majlis
pertunangan adik ipar. Since ada dua occasion yang besar punya pada dua hari
berturut-turut, kenalah beramai-ramai kerah tenaga untuk kemaskan rumah mertua.
Actually,
my SIl ada upah orang untuk buat spring cleaning. My SIL nak bayar RM100 just
untuk bersihkan dua area iaitu ruang tamu dan bilik tidur mimi. Agak banyakkan
my SIL nak bayar. Tapi bila dah sampai harinya, patut kata nak datang pukul
10am, dia whatapps terpaksa pukul 12. Tunggu sampai pukul 1 at the end orang
upah tu off hp nya selepas my SIL call banyak kali.
Jadi
kami-kami ajealah yang terlibat dengan aktiviti spring cleaning. Selepas spring
cleaning, my SIL belanja buka puasa di Flemington Hotel, Taiping. Dah
penat-penat spring cleaning denga tengah puasa lagi, tak lalu dah nak memasak
untuk berbuka.
Rate berbuka di Di Flemington Hotel, satu pax RM30 sahaja. Kids free. Food choices, banyak juga pilihannya. Ada kambing bakar, lauk-pauk, pencuci mulut yang mostly tempatan, ABC, nasi kambing, cucur udang dimakan dengan kuah kacang, variety of bubur dan mee sup.
Rasa semua makanan not bad. Kuah sup mee sangat strong dengan spices. Tapi Dak Zafran boleh makan dengan jayanya. Selalu dia tak akan makan kalau rasa lain dari lain ni. Mee sup ni dia makan banyak pulak.
Untuk bubur
kacang, yang ni ada kurang sedikit..Kurang banyaklah. Sebab dah macam tak ok.
Kambing bakar pun ok. Teksturnya lembut. Sos black pepper tak pedas. Just nice.
Selepas
tenaga dan dikembalikan selepas hilang semasa aktiviti spring cleaning, pergi
shopping di Taiping Central. Selepas tu barulah balik rumah.
Buat spring
cleaning semasa puasa, tak adalah selepas tu jadi terlalu penat sangat atau
pancit. Rasa lapar dan dahaga sangat pun tak ada. Sebab buat ramai-ramai dan sesama
keluarga kan. Macam buat sambil seronok-seronok pun ada. Paling penting dapat
have fun sesama keluarga.
Sebelum raya haritu, saya dan keluarga mertua buat spring cleaning besar-besaran rumah mertua. Untuk nak sambut raya satu. Satu lagi pada r...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)