Masalah Air Di Selangor Tidak Menjejaskan Kemeriahan Majlis Resepsi FaxFa Di Dewan Kastam Kelana Jaya │Part 1
Lepas 2 bulan berlangsungnya majlis akad nikah dan majlis resepsi FaxFa (Farid & Fatin) belah perempuan di Kedah, tibanya giliran belah lelaki pulak. Terpaksa gap agak lama iaitu 2 bulan sebab pada bulan 3 sahaja dewan kastam kelana jaya available untuk majlis resepsi Farid.
Orang kuat tolong mak abah berikan door gift kepada tetamu. Uwan tolong jaga handbags.
Makanan & alls guna perkhidmatan catering sahaja iaitu
Sri Payung Catering. So, tak ada nak buat preparation bagai nak rak sangat pun.
Lepas tu benda-benda lain macam makeup, pelamin & sebagainya, ambil yang
dah termasuk dalam pakej catering. Lagilah tak ada nak serik-serik sangat ni.
Meet up dengan caterer pun cuma beberapa kali sahaja untuk food testing, pilih
design baju & deco pelamin untuk pengantin.
Antara menu sri payung catering
Tapi seminggu sebelum majlis, hampir berlaku jugak
serik-serik ni. Sebabnya boleh pulak ada masalah air di Selangor. Tak taulah
apa jadi. Katanya piping ke hape yang problem. Kebetulan pulaklah kan berlaku
semasa nak dekat-dekat PRU ni. Iolss malaslah nak komen apa-apa.
Terpaksalah redha dan fikir ada hikmah di sebalik apa yang
berlaku. Walaupun banyak benda melibatkan air ni nak kena buat. Macam rebus
telur, buat pulut kuning & lepat pisang untuk tambah lagi side dish & sebagainya. Ada saudara-mara juga
nak datang awal untuk merewang lagi.
Deco pintu gerbang, red carpet hingga ke pelamin yang cantik
Disebabkan dari hari Selasa lagi dah terputus bekalan air
direct, mak came out beberapa back up plan supaya air tangki dapat bertahan hingga
ke hari majlis. Buat pulut kuning kena
cancel. Mandi kena catu. Makan pun kena guna kertas wrapping jea.
Memang baik punya planning mak. Air direct yang terputus sejak hari Selasa, dapat bertahan dengan air tangki sampai hari Jumaat weii. Jiran-jiran lain, sehari dua dah habis dah air tangki.
Memang baik punya planning mak. Air direct yang terputus sejak hari Selasa, dapat bertahan dengan air tangki sampai hari Jumaat weii. Jiran-jiran lain, sehari dua dah habis dah air tangki.
Keluarga IsMi (Kelantan side)
Jumaat habis, nasib baik malam Sabtu dah start ada air
balik. Dapatlah semuanya mandi untuk
majlis resepsi pada hari Sabtunya. Sadiskan air takdok semasa nak buat majlis
besar-besar. Nasib baiklah buat di dewan. Dan nasib baik jugaklah di dewan tak
terkena masalah air. Kalau kena time majlis saya dulu yang dibuat di rumah, nak
taknak kena panggil lori isi air di tangki. Kena bayar woo kalau panggil lori
datang ni. Harganya RM150/tangki.
Continue reading to next part by clicking Masalah Air Di Selangor Tidak Menjejaskan Kemeriahan Majlis Resepsi FaxFa Di Dewan Kastam Kelana Jaya │Part 2
Lepas 2 bulan berlangsungnya majlis akad nikah dan majlis resepsi FaxFa (Farid & Fatin) belah perempuan di Kedah, tibanya giliran be...