Short Vacay In Penang│ Ferry Rides To Penang Island
Menghala ke Penang Island
Ke Penang kita kali nie… Alang-alang dah balik Tepeng, pergi bercutilah sat di Penang selama 2 hari 1 malam. Yang join Penang trip adalah me, Kimchi, Mimi, Mak, Enal & bebudak buchuk macham termasuklah Dak Zara. Enal sponsor tempat stay, expences yang lain kongsi-kongsi. Naik sebuah kereta iaitu kereta BRV Enal. Tu yang boleh muat untuk kami semua. Hik hik.
Nak menyeberangi Penang Island, naik feri dengan berkereta. Saja bawak
budak-budak naik feri especially Dak Zafran yang suka sangat dengan transportation.
Nak naik feri just kena bayar RM5/car sahaja. Di atas feri, semua keluar dari kereta untuk menikmati permandangan laut & juga bandar raya Penang. Dak Zafran of course excited tapi bukan sebab naik feri. Dia tak sedar pun yang dia naik feri. Yang dia excited bila tengok feri-feri ada di laut.
Perjalanan ke Penang Island hanya memakan masa dalam 20
minit sahaja. Tak lama pun. Yang lamanya masa nak beratur tunggu turn naik
feri. Kalau time cuti sekolah, jangan ceritalah.
Keadaan toilet di dalam Feri sangat mengejutkan saya. Bukan sebab terlampau kotor, tapi in good condition iaitu bersih. Ingatkan public toilet macamni, tak berapa bersih. Salah rupanya sangkaan saya.
Dah sampai Penang island, terus gerak ke bukit Bendera.
Menghala ke Penang Island Ke Penang kita kali nie… Alang-alang dah balik Tepeng, pergi bercutilah sat di Penang selama 2 hari 1 malam...