Mohd Noor's Clan Iftar Together At Bangi Golf Resort
Enal ajak berbuka puasa bersama-sama di Bangi Golf Resort (BGR). Dia ajak makan di situ sebab pernah ada pengalaman baik berbuka di situ pada tahun lepas. Katanya juadah yang dihidangkan sangat pelbagai jenis dari western ke eastern. Harga pun berpatutan iaitu dalam RM58/pax. Tempatnya pun luas. Saya & Kimchi pun setujulah berbuka di situ walaupun agak jauh dari Sungai Buloh. Lagipun, nak book pun untuk hari Ahad.
Tengah check meja kitaorang di dewan mana satu
Tapi Kimchi tersalah book hari. Dia terpilih hari Isnin. Call BGR untuk bagitau tersalah pilih date & request tukar. Orang BGR cakap tak boleh tukar sebab dalam system dah tak boleh tukar dan etc dan etc. Tapi kalau tambah lagi RM20/pax, boleh tukar date. Aikk kalau tambah duit, system dah boleh godek-godek pulak. Boleh tukar date pulak. Erghh..watevala. Biasalah bulan puasa, akan ada benda terjadi untuk menguji kesabaran kita. So, layankan ajelah…Saya siap ambil time off sebab dari Sungai Buloh kot nak pergi Bangi. Kalau gerak time peak hour, takut dah masuk Isyak pun tak sampai lagi. Tue saya & Kimchi keluar pejabat awal untuk nak elak tempuh jem. Memang dapat elak jem pun. Sampai rumah Enal dalam pukul 6pm.
Ada band( ke panggil akustik..maafin..saya nie buta muzik). Nasib baik meja kitaorang bukan kat sini. Kalau tak bingit telinga kitaorang. Bukan sebab dari akustik ni. Sebabnya kat situ ada speaker di setiap sudut. Dia punya sound ya ampun kuat yang amat..
Ada banyak jenis mousse weyhhh..
Dah berbuka
sedap churros..boleh dip dengan chocolate ataupun durian mousse tue ataupun kedua-duanya
Dah sampai Bangi Golf Resort, terus pergi ke meja yang reserve untuk kitaorang. Lepas itu apalagi terus ambil makananlah. Tapi nak ambil makanan, semua station kena beratur panjang dan lama. Lagi-lagi semasa sebelum berbuka. Semuanya serentak beratur nak ambil makanan. Bapak ramai datang berbuka di BGR. Padahal hari kerja kot. Ini kalau weekend, mau macam tin sardine. Tapi tak kot. BGR ini luas. Ada buka banyak dewan yang boleh memuatkan ramai pengunjung. Yang bestnya, makanan sentiasa di isi. Bekas makanan tak sempat nak kosong lama kalau dah habis. Saya cuma beratur di 3 station sahaja semasa sebelum berbuka. Tak larat nak beratur banyak kali dan lama sangat. Tunggu dah berbuka, semua tengah makan dan tak ada queue panjang, baru pergi ambil makanan balik.
Semua cheese cake sedap
Dak Akeem pun makan
Dak bertuah sorang nie...kenyang dengan hp..Ada jea makan, tapi kena bersuap. Malu eh dengan Dak Akeem. Dak Akeem pun makan sendiri.
Sous Vide Eggs...Half boiled egg dicampur dengan mushroom sauce & black pepper.
Gelato..Nama hebat. Adik beradik ice-cream jea tapi rasanya smooth sedikit.
Memang berbaloi berbuka di Bangi Golf Resort. Harga berpatutan tetapi boleh makan pelbagai jenis juadah. Tempat pun luas. Just kalau ada anak kecil especially baby, better request siap-siap nak meja di dalam dewan. Kalau yang berhadapan dengan akustik tue, takut anak melalak jea sebab tak selesa dengan bunyi bising. Tapi nak buat lagi iftar gathering sesama keluarga, untuk kumpulan besar Bangi Golf Resort adalah salah satu tempat yang sesuai untuk dipilih.
Enal ajak berbuka puasa bersama-sama di Bangi Golf Resort (BGR). Dia ajak makan di situ sebab pernah ada pengalaman baik berbuka di sit...