Ya betul, ujian Pap Smear percuma sahaja. Jangan tangguhkan lagi untuk lakukan ujian Pap Smear kerana daripada ujian inilah kita dapat mengetahui tahap kesihatan serviks kita. Di manakah boleh
menjalani ujian Pap Smear yang percuma ini? Pergi sahaja ke mana-mana Klinik
Kesihatan yang berdekatan dengan kediaman anda.
Kebanyakkan Klinik Kesihatan ada menjalankan ujian ini. Sebelum
pergi ke klinik untuk menjalani ujian Pap Smear, dinasihatkan untuk hubungi
klinik tersebut untuk mengetahui
prosedur klinik tersebut. Sesetengah klinik ada yang perlu membuat appointment terlebih
dahulu. Ada juga klinik yang boleh walk in sahaja tapi pada hari tertentu
sahaja. Macam saya Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan kediaman saya iaitu
Saujana Utama, Sungai Buloh, hanya perlu walk in pada hari Jumaat untuk melakukan
ujian ini.
Untuk menjalani ujian Pap Smear, prosedurnya sangat senang.
Bila sudah berada di Klinik, buat pendaftaran dahulu. Selesai pendaftaran,
tunggu nama dipanggil. Apabila nama sudah dipanggil & sudah berada di dalam
bilik, ikut sahaja arahan nurse. Untuk
melakukan ujian ini, kita cuma tanggalkan seluar dalam & baring sahaja. Yang seterusnya, biar nurse/doctor yang lakukan kerja mereka. Doktor atau jururawat akan
memasukkan alat kecil yang dinamakan speculum(mulut itik) ke dalam vagina dengan lembut supaya servik
boleh dilihat. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush'
dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360°) untuk mengambil
sedikit sel. Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk
diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat. Ujian ini mengambil
masa beberapa minit sahaja. Senang sahajakan ujian ini.
Kenapa ujian Pap Smear sangat penting untuk para wanita. Ini
adalah kerana ujian ini dapat mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi)
iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. (Kanser
serviks). Jika didapati keputusan ujian adalah luar biasa kena la buat rawatan
susulan bagi mencegah kanser. Ujian ini perlu dilakukan sekali setahun. Ujian ini juga adalah untuk wanita yang sudah berkahwin atau dengan kata lain yang aktif & pernah dalam hubungan seksual sahaja.
Saya sudah melakukan ujian Pap Smear untuk tahun ini di
Klinik Kesihatan Saujana Utama. Keputusan ujian ini juga sudah dapat. Lihat
sahaja gambar Laporan Ujian Pap Smear. Alhamdulillah. Serviks saya tidak
mempunyai apa-apa masalah. Nurse di Klinik Kesihatan ini juga beritahu yang setiap
sampel dihantar ke private lab supaya keputusan ujian cepat dikeluarkan berbanding jika dihantar ke makmal hospital kerajaan. Macam saya, sampel saya dihantar ke Quantum Diagnostics Sdn. Bhd. Jadi tak perlu tunggu lama untuk
mengetahui keputusan ujian ini. Cuma kita sahaja kena rajin menghubungi Klinik
untuk mengetahui samaada keputusan ujian sudah dikeluarkan ke belum. Selagi
kita tak menghubungi Klinik, selagi itu kita tidak akan tahu keputusan ujian
ini. Klinik Kesihatan memang tak akan menghubungi kita untuk memberitahu
keputusan ujian kita. Satu lagi kita juga tidak boleh membawa balik laporan
ujian Pap Smear. Kalau kita nak laporan ujian kita juga untuk keep record, yang
kita boleh buat sama ada photostat laporan kita di kedai berdekatan &
pulang balik laporan original, ataupun paling senang snap ajeala gambar laporan
ujian Pap Smear macam saya buat.
Selain ujian pap smear, kita juga boleh request nurse untuk
melakukan pemeriksaan payudara kita. Pemeriksaan ini sama seperti
PSP (Pemeriksaan Sendiri Payudara) di mana nurse akan melakukan dengan
menekan-nekan di sekitar payudara. Bila tangan dari bidang perubatan yang memeriksa
akan tidak sama dengan yang sendiri periksa (PSP). Dia akan periksa
dengan lebih details. Selepas nurse memeriksa payudara saya, Alhamdulillah tiada
apa-apa ketulan.
Berurusan dengan Klinik
Kesihatan (untuk make appointment, queuing, etc), nak kena rajin sedikit. Biasalah nama pun Klinik Kerajaan. Ramai pesakit kan. Kena luangkan masa & tenaga sedikit. Satu lagi kena ambil cuti (sama ada half day atau time off) untuk melakukan
ujian sebab boleh pergi pada waktu bekerja sahaja. Rasa macam leceh sedikitkan. Tapi bila difikirkan ujian ini tidak dikenakan bayaran & dapat mengesan tanda-tanda awal kanser pada rahim kita, segala yang kita usahakan supaya dapat buat ujian ini tersangatlah berbaloi. Jadi, cepat-cepatlah jalanilah Ujian Pap Smear demi diri & juga insan tersayang. InsyaAllah dengan izin Allah SWT.
Ya betul, ujian Pap Smear percuma sahaja. Jangan tangguhkan lagi untuk lakukan ujian Pap Smear kerana daripada ujian inilah kita dapat men...