Jika mempunyai rambut kering seperti rambut saya. Kesannya
selepas beberapa kali penggunaan hair serum ini, mula-mula rambut jadi
bertambah kering. Yang paling teruknya rambut mula beruban seurat demi seurat. Inilah
yang terjadi pada rambut saya. Huhu.
Sebelum ni saya tak pernah pun mengunakan hair serum. Satu
brand pun tak pernah. Tapi bila setiap
kali potong sambut dengan hair stylist yang sama, dia mesti advise pakai conditioner
ataupun hair serum supaya rambut maintain lembap. Tak kering. Rambut saya ni kalau kering, mulalah
mengerbang mengalahkan rambut singa jantan. Dia bukanlah nak promote produk kedai
dia ke apa. Dia pun advise general jea. Tak ada pun mention apa-apa brand.
Dah selepas banyak kali advise, saya carilah hair serum
supaya rambut kekal lembap & sihat. Setelah survey beberapa brand di kedai
Sasa & minta advise sekali dari promoter, saya belilah brand Giovanni frizz Be Gone. Rasa yakin dengan hair serum ini sebabnya adalah
produk organic , 100% Vegetarian dan tiada harmful chemicals. Itu apa yang saya baca yang tertera di description hair
serum inilah. Selain itu juga mempunyai fungsi sama seperti conditioners & sesuai
untuk semua jenis rambut terutamanya rambut kering.
Tapi tuela, tak sampai suku botol pun pakai, rambut mula
beruban & semakin bertambah. Sebelum ni tak ada pun. Dah uban makin
bertambah, saya pun stoplah penggunaan hair serum ni. Kan nanti jadi macam
rambut Richard Gere. Semuanya putih. Umur belumlah lagi 30 tahun.
Check di internet, nak investigate kenapa hair serum ni tak
sesuai untuk rambut saya. Terjumpa honest review Frizz Be Gone di blog Sunshine Diva Gaganpreet. Perkara yang sama jugak
terjadi pada writer ni. Rambut mula beruban dan lain-lain lagi. Boleh klik
SINI
atas untuk baca details reviewnya. Writer ini memberitahu yang Hair Serum ni
mengandungi dimethicone (silicon oil). Jika dimethicone (silicon oil) ada pada
rambut, akan terbentuk satu lapisan seperti plastic pada rambut. Rambut
sepatutnya boleh menyerap kelembapan semula jadi di udara. Tapi disebabkan ada lapisan seperi plastic ni, rambut tidak dapat
lagi boleh menyerap kelembapan semula jadi seterusnya rambut yang sudah sedia
kering menjadi lebih teruk iaitu uban. Rambut yang sudah sedia sihat & lembap, mungkin tak akan ada kot dapat kesan ni. Kalau rambut saya terus jadi uban.
Pengajarannya, sebelum nak beli apa-apa produk, produk kecantikan
ke, gadjet ke,apa-apa jealah, bacalah
dahulu honest review di internet. Luangkan sedikit masa untuk buat study dahulu sebelum membuat pembelian. Sekarang ni dah ramai yang suka share
pengalaman & pandangan di internet mengenai produk-produk yang mereka beli tanpa
keuntungan kepada mana-mana pihak. Dah
tak boleh dah bergantung kepada description yang ada di produk container, iklan
ataupun kata-kata promoter. Itu lebih
kepada kelebihan/keuntungan sebelah pihak sahaja. Kenalah buat macamni sebab yang
nak mengunakan produk-produk yang kita beli ni adalah diri kita. Yang akan
menanggung kesan penggunaan produk pun diri kita jugak. Jadi
renung-renungkanlah yea.
Jika mempunyai rambut kering seperti rambut saya. Kesannya selepas beberapa kali penggunaan hair serum ini, mula-mula rambut jadi ber...