Lunch At Arieni's Roti Jala x Gula Petite Elmina Lakeside Mall With Mak & Dak Zayden
Masa Kimchi away to Eu for two weeks, mak datang stay rumah kami di Saujana untuk teman saya dan tiga ketul. Selepas beberapa hari mak stay di rumah, saya ambil one day off untuk bawak mak ditemani seketul Dak Zayden jalan-jalan di Elmina Lake Side Garden.
Sampai-sampai Elmina Lakeside Mall, terus cari tempat untuk lunch. Pilih lunch di Gula Cakery. Pilih lunch di sini of course tahu guarantee Halal. Satu lagi teringin nak makan lasagna. Tapi yang di Elmina ni nama restaurant nya lain sedikit compare cawangan-cawangan lain. Namannya ialah Arieni's Roti Jala x Gula Petite
Rupanya cawangan Gula Cakery di Elmina ni tak ada lasagna sebab tak ada langsung menu western. Hanya menu berkonsepkan malay food. Dan waiter di situ beritahu juga yang Gula Cakery di Elmina adalah cawangan yang pertama yang menawarkan menu berkonsepkan malay food. Antaranya ialah nasi kerabu, mee kari dan sebagainya. Dessert pun kuih kuih melayu. Nama restaurant pun dah terpampang kana da Roti Jala. Semestinya menyajikan roti jala dan seangkatannya iaitu malay food menu.
Yeala makanan local melayu ni makanan yang biasa makan. Agak susahlah nak pilih nak makan mana satu. Sebab nak pilih makanan yang tak biasa makan. Dan tak biasa buat jugaklah. Tu sebab asalnya nak pilih lasagna. Actually kalau tak nak order yang dalam menu, boleh je pilih yang ready to eat. Yang ready to eat ada menu ala-ala western. Antaranya yang ada adalah Chicken Mayo Tuna Sandwich, sossage roll dan banyak lagi.
Pilih punya pilih, order kueh tiaw goreng dan chicken pie. Drink pula mak order hot chocolate. Saya pula order iced matcha. Untuk Zayden order kids meal.Ada chicken nugget dan fries.
Kueh tiaw sedap. Udang besar besar. Portion pun banyak. Chicken pie pula jugak sedap. Cukup rasa isi dalamnya. Iced matcha cukup rasa, pekat dan sedap.
Dah siap lunch, jalan-jalan dalam mall. Bawa Dak Zayden main di playground di situ. Tak main lama sangat sebab panas terik lagi time main tu. Dalam 30 minit macamtu jea main playground. Dah siap main, pulang balik rumah.
Masa Kimchi away to Eu for two weeks, mak datang stay rumah kami di Saujana untuk teman saya dan tiga ketul. Selepas beberapa hari mak stay ...