Mana taknye..ada anak yang di fasa pantang nampak toy, dibawa ke Malaysia Hobby Expo 2018..buat yang tak tahu ekspo ini adalah berkonsepkan hobi dan akan nampaklah kebanyakkan booth mempamerkan koleksi permainan. Memang menempah ragaman lah(bukan menempah maut yea) bawak anak ke pameran banyak permainan ni.
Mula-mula sampai, cuma tengok booth yang jual hotwheel. Bahagian sini Zafran still under my control lagi. Pastu Kimchi pulak ade beli hotwheel untuk menambah koleksi hotwheelnya, pretend beli untuk Zafran. Zafran masih ok lagi.
Beli dia ternampak satu booth yang jual set yang siap ade track tu yang harga mencecah rm400, yang ni Zafran dah out of control. Dia non stop mintak tu. Selagi tak dapat selagi tu tak berganjak daripada booth tersebut.
Seller tu dah nampak macam ada potensi sale, dia terus promote kaw-kaw.. cakapla ada 50% salelah. Actually harga yang saya sebut tadi yang rm400 dah after less tau. Before less haaa darabla dua sendiri..
Bukanlah nak berkira dengan anak ke hape. Yea tau anak itu amanah Allah SWT. Lagi gembira kan hati mereka lagi banyak rezeki masuk. Yea tau tau.
Masalahnya ini bukanlah toy yang ada track track pertama Zafran. Sebelum ini dah ada 3 set. Mula mula beli dan pasang memang excited. Pasang pun mak pak yang dikerahnya. Pastu mak pak jugak yang letak baik-baik kat satu tempat supaya dia boleh main bila-bila masa dan tak akan dibuka sampai bila-bila. Mula-mula excited main.Lepas tu dia bukak balik pastu banyak part hilang. Sebab duk main baling-baling. Budakkan
Dak Zafirah behave sebab beri laluan 'ragaman' kepada abangnya
Dah tahu consequence nyea macamni. Memang tak lah nak belinya. Dengan mahal ya ampun ya Rabbi nye lagi. Kat Mr DIY boleh dapat lagi murah. Kalau beli and main setakat dua tiga kali tak ke membazir. Membazir tu amalan setan(syaitan) tau.
Pujuk punya pujuk. Slow talk habis habisan. Berjaya juga bawa Zafran pergi jauh dari booth tersebut tanpa tangisan out of control nya.
Masa ni Dak Zafran masih lagi under my control
Bawa ke booth MPH. Ingat nak beli buku untuk Zafran tapi tak ada yang sesuai.
Bawa tengok di remote car competitition. Nampak remote car dia nak pulak. Jenuhlah slow talk kata tu bukan untuk dijual. Boleh tengok jea. Nak cakap pertandingan Zafran tak faham pulak.
Remote car drift competition
Remote car ni pun Zafran duk mintak-mintak
Lepas tu pantang nampak apa-apa toy tak kisahlah untuk pameran ke untuk dijual, semuanya dimintak. Sudah. Ajaklah Kimchi balik sebab Zafran dah nak start meragam.
Masa di hotwheel dan lepas tu pergi exotic animal expo, ok jea. Haa ekspo ini pun ada macam ala-ala mini petting zoo. Macam-macam haiwan ada iaitu semua jeni haiwan ternakan, insects, reptilian dan haiwan jinak. Budak- budak besar Zafran excitedlah tengok haiwan-haiwan ini.
Sambung balik cerita tadi. Nak pergi ke pintu keluar pun mencabar. Laluan ke pintu keluar, kiri kanan booth toy transportation ok. Dak Zafran sangatlah crazy dengan toy transportation ni. Booth yang last ada pulak pameran kereta api bergerak-gerak di railway. Yang ni saya dah tak mampu nak handle. kimchilah kena take turn. In case out of control, kimchi boleh dukung.
Saharil Geng Legend In Da House
Dengan Saharil's wife, Kak Siti
Saya jaga Zafirah. Kimchi pulak try slow talk di booth kereta api tu. Nampak dari jauh, dah siap kena dukung. Tapi tak menangis lagi. Tak tau macammana kimchi slow talk. Akhirnya berjaya keluar dari dewan ekspo tanpa tangisan bingit memecah satu dewan. kuikuikui
Agaknye Dak Zafran dah besar sedikit kot. Tak macam dulu dulu yang susah nak pujuk. Hopefully istiqomah perangai macamni yea supaya in future boleh kunjungi ekspo macamni lagi.
Note: Gambar Zafran hampir out of control tak ada yea. Mak pak sibuk nak slow talk Zafran. Hp masing-masing bersimpan.
Mana taknye..ada anak yang di fasa pantang nampak toy, dibawa ke Malaysia Hobby Expo 2018..buat yang tak tahu ekspo ini adalah berkonse...