Seminar Di Le Meridien Putrajaya Punca Harapan Untuk Turun Berat Badan 8KG Musnah
Memang musnahlah harapan untuk diet bila dapat makan sedap-sedap di seminar anjuran Agilent ni. Lagi mustahil berat badan nak turun bila makan sampai tiga kali dan makanan yang dihidangkan ada pelbagai jenis. Senang cakap ada buffetla.
Morning break
Sampai-sampai nak mendaftar pada pukul 9am, peserta seminar
diberi breakfast iaitu ada kuew tiaw goreng and kuih-muih. Tapi saya tak sempat
nak makan sebab makanan dah nak habis. Lagipun pukul 9am tu seminar sudah nak
bermula.
Ingatkan next makan masa lunch nanti. Rupa-rupanya ada
morning break. Morning break bukan makan yang ringan-ringan ja. Ada Nasi
goreng, pastry, buah-buahan, sandwich dan satu lagi macam rasa fishball gitu.
Dapat pulak sit yang best iaitu di tepi kolam. Rasa syok je . Haaa.Bilik
seminar kali ni betul-betul bersebelahan dengan swimming pool.
Bilik seminar bersebelahan dengan swimming pool
Lepastu seminar sambung balik hinggalah pukul 12pm.
Organizer beritahu semua peserta boleh menikmati di lunch buffet Le Meridien
punya dining restaurant iaitu di Latest Recipe. Buffet di Latest Recipe. Dah pernah
makan sekali buffet pada tahun lepas. Semasa attend agilent seminar jugak.
Boleh baca dengan klik SINI.
Disebabkan saya ni crazy sangat dengan dessert, maka gambar yang diambil banyak pada dessert.
Buffetnya my gawdd.sama macam tahun lepas.memang akan
rambang mata. Tak tahu nak makan satu dulu. Latest Recipe Restaurant ni ada
lima bahagian iaitu ada Malay, Chinese, Indian, Japanese and Western. Setiap
bahagian menghidangkan lebih lima jenis makanan. Itu belum campur lagi bahagian
air, dessert, seafood, sup, buah-buahan, abc, chocolate fountain, salads dan
banyak lagi.
Noodle section
Indian cuisine section
Itulah penyebab lambat lagi berat badan 8kg nak boleh turun.
Tak berhenti makan weii. Banyak kali round ambil makanan. Itupun nasib baiklah tak
ada tea break sebab seminar habis pukul 3pm. Kalau tidak, hmmm tak taulah nak
cakap apa. Ahaks.
Ada seminar yang saya pergi, dapat jumpa dengan member lama.especially satu course zaman UKM dulu.
Tak apa, tak payah rasa menyesal sebab makan banyak. Benda
dah lepas tak usah dikenang. Lagipun bukannya selalu pun Agilent organize
seminar di Le Meridien Putrajaya.
Orang kata tips nak nampak kurus dalam gambar, ambil gambar sampai separuh badan. Tak apalah tak nampak kurus pun. Dah memang lebar. Nak buat acano. Naik 8kg kot. Diet diet nanti effect ke BF pulak. tak maulah perkara tersebut terjadi.
Buffet di Latest Recipe Restaurant sememangnya adalah buffet
terbaik yang saya pernah pergi so far. Tak pernah mengecewakan dari segi
kepelbagaian jenis makanan dan juga rasa. Tak menyesal makan buffet ni walaupun memberi kesan jangka masa panjang terhadap diet saya. huhuhu.
Memang musnahlah harapan untuk diet bila dapat makan sedap-sedap di seminar anjuran Agilent ni. Lagi mustahil berat badan nak turun bi...