Penulisan Blog Nampak Lebih Kemas Dengan Cara Justify Text Di Blog Post
Rakan blogger KBBA iaitu Kak Nina telah memberi komen yang membina
untuk penambahbaikkan penulisan blog saya. Kak Nina menyarankan untuk justify text untuk
blog post / entri (keseluruhan blog / template) supaya nampak lebih kemas. Mula-mula
saya tak faham apa benda justify blog ini. Apa yang tak kemas dengan blog saya. Siap pm tepi Kak Nina minta dia explain. Rupa-rupanya kalau tak justify,
blogpost akan kelihatan seperti di bawah.
Baris-baris di kanan tak sama. Macam ular kena patuk..eh tak..kena palu pun ada.
So, untuk nampak lebih kemas, saya cari di google untuk cara
justify text untuk blogpost & cara yang saya jumpa tersangatlah senang rupanya.
Cara-caranya ialah:
1. Click Dashboard
2. Click Theme
3. Click Edit HTML
4. Click CTRL + F
5. Taip atau paste
perkataan ni.... .post {
6. Dah jumpa
perkataan tu.. taip atau paste perkataan ini pula text-align:justify; di bawah
perkataan .post { tadi
Contoh:
.post {
text-align:justify;
atau
.post {
margin:.5em 0 1.5em;
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
padding-bottom:1.5em;
text-align:justify;
}
7. Sebelum save
preview dahulu. Dah ok. Barulah Save Template. Semua post termasuk yang lepas-lepas akan autojustify.
Bila dah justify, hasilnya blog akan kelihatan lebih
kemas seperti di bawah.
Lebih tersusun & sedap mata memandang. Ihiks
Ada satu lagi cara untuk justify text iaitu cara manual. Sebelum tulis entri, set alignment justify. Thanks to blogger Ana for remind me of this method. Ada terbaca cara manual lagi better compare to automatic (edit html). Sebab tak habis baca, so tak tahu apa kelebihannya. Ahaks. Mula-mula dah nak buat cara manual. Tapi tak jadi sebab entri-entri lama pun nak kena satu-satu manually justify, yang ada lebih 300. Just guna cara auto, yang saya share di atas.
Kredit to blogger Ummi Iman untuk cara justify blogpost ini. Tak lupa juga terima kasih kepada Kak Nina kerana sudi memberi saranan supaya memperbaiki kekemasan penulisan blog saya.
Rakan blogger KBBA iaitu Kak Nina telah memberi komen yang membina untuk penambahbaikkan penulisan blog saya. Kak Nina menyarankan untuk ...