Window Shopping & Watch Dino 5D Cinema at Silverlakes Village Outlet, Perak

Di Perak pun dah ada bukak pusat beli belah premium outlets jugak. Nama pusat beli belah ini adalah Silverlakes Village Outlet yang terletak di Batu Gajah. Namanya ada lake sebab ada tasik di hadapan outlet ini dan berkonsepkan keindahan tasik dan alam semula jadi.

Di Silverlakes Village Outlet betul-betul berdekatan dengan KTM Batu Gajah. Adalah kemudahan awam yang pengunjung boleh naik kalau nak ke outlet ini.

Outlet ni dah lama buka tapi kami baru berkesempatan pergi Silverlakes Village Outlet pada tahun lepas. Itu pun masa on the way nak balik Saujana dari Taiping.

Outlet ini sama je konsepnya seperti outlet outlet yang lain. Designer brand yang store nya paling Silverlakes Village Outlet adalah Kate Spade dan Coach. Coach la yang store nya paling outstanding. Sebab paling besar dan luas. Ada café dan interior & exterior design cantik. Banyak port OOTD di Coach store situ. Kami pun tak lepaskan peluanglah bergambar di situ.

Unikya Silverlakes Village Outlet ni ada ada jambatan terapung untuk menyeberangi tasik yang boleh  ke Taman Tema Dinosaur yang dikenali Dinosaur Encounter. Di tasik ini boleh buat aktiviti air  seperti naik bot dan banyak lagi. 

Jambatan terapung 

Kami tak pergi ke Dinosaur Encounter Park kerana kekangan masa. Tapi demi nak kena ada jugak buat aktiviti yang ada involvement tiga ketul minat pergilah tengok 5D Immersive Track Motion Ride. Bila dah nama tengok 5D cinema terasalah kita berada di Zaman Jurasic. Rasa bersama-sama dengan dinasour. Siap kena serang dengan dinasour lagi. Tiga ketul having fun sangat tengok 5D cinema dino ni.

ready nak tengok 5D cinema

Silverlakes Village Outlet memang cantik tempatnya. Bersih. Tandas pun bersih. Just banyak outlet masih kosong. Apapun akan repeat pergi sebab suka dengan konsep alam semula jadi outlet ini.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment