Bilalah Gangguan Bekalan Air Selangor Nak Pulih Sepenuhnya?

Nak dekat-dekat raya ni tolonglah air kat Selangor ni jangan buat hal. Dengan sekarang musim panas nya. Perit woo bila jadi gangguan bekalan air ni. Apalah susah sangat masalah air kat Selangor nak selesai. Tukarlah pengurusan siapa pun tetaplah isu Air Selangor ni tak selesai. Kenapa ye?

 

Ingat lagi pada 23 Julai 2024 lepas, Air Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan tujuh kawasan utama. Kawasan ini adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor. 

 

Puncanya daripada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara. Memang teruklah kepimpinan baharu kena kritik sebab nampaklah gagal dalam menangani pencemaran secara proaktif dan juga ketidakcekapan dalam pengurusan krisis.

Dorang dorang  ni tahu tak kerap sangat jadi gangguan bekalan ni boleh menjejaskan perniagaan, hospital, dan industri lain. Boleh menyebabkan kerugian ekonomi. Ekonomi negara kita sekarang dahlah tak berapa nak stabil sangat dah. 

Masalah gangguan bekalan air ni satu hal. Yang menambah lagi angin dengan pengurusan Air Selangor ni dengar cerita yang tarif air akan naik sehingga 30%. Kenaikkan ini dijangka akan dijalankan pada Julai 2025. Saya dapat tahu info ni di perkongsian di page Sepang Viral.

 

sumber gambar: https://www.facebook.com/photo/?fbid=584977721241476&set=a.152516147820971

Katanya ni adalah kenaikan yang dirancang serta kesan tahunannya bagi bil Air Selangor (sumber : https://www.facebook.com/story.php story_fbid=634346379518589&id=100088296976751&rdid=MfMjLS5FZm8nDVKP#):

Kita yang pengguna domentik, nak tahu berapa akan naik bil air kita boleh tengok di gambar yang atas, table yang pertama. Pada tahun 2024 dah ada dah kenaikkan yang pertama iaitu lebih kurang sebanyak 20.03%. Ini adalah pelarasan pertama iaitu pada 1 Februari 2024. Pada tahun ini dijangkan akan naik lagi 30 %. Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 54.12%. Dalam masa 2 tahun, bil air naik lebih 50%.

Sangat-sangat banyak bil air rakyat akan naik. Kena tahu once bil air nak, akan memberi kesan terhadap kos sara hidup.

Actually kalau kualiti air Selangor kekal bersih dan tiada juga masalah gangguan bekalan air, tak adalah rasa dan marah dengan kenaikkan tariff ni. Tapi kalau semuanya hauk, tu yang jadi tak puas hati dengan kenaikkan tarif yang baru ni.  Bayar kenaikkan tarif ni untuk apa sebenarnya.

Haritu janji nak buat pelbagai penambaikkan terhadap air Selangor. Masa tukar kepada pengurusan baru pada July 2024 baru ni. Tapi sampai sekarang tak nampak apa-apa perubahan.

Mohon sangat kepada pihak pengurusan Air Selangor agar selesaikan masalah gangguan bekalan baik dengan baik. Ini supaya tidak lagi menjejaskan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor dan kesejahteraan rakyat. Mungkin kena ketatkan lagi juga penguatkuasa terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencemarkan sungai dan alam sekitar. 

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment