Gedik Siblings Year End Birthday Celebration At Dian Residency, Shah Alam

Sambutan hari jadi untuk adik beradik gediks untuk tahun 2024 yang pilih untuk buat di Shah Alam. Hari jadi semua gediks siblings sambut sekali sebab semuanya lahir akhir tahun. Semuanya pada suku akhir tahun. Book Air B&B yang ada swimming pool. Wajib ada supaya kids ada boleh buat aktiviti dorang suka iaitu main air. Pilih lokasi dekat dengan rumah most of gediks family (except Farid) sebab nak celebrate santai-santai je.

Air BnB yang kami book ni adalah di Dian Residency, Shah Alam. Bermalam selama dua hari satu malam. Rumah air BnB kami di apartment kami book ni diberi nama Muji Home. Ada tiga bedroom dan dua toilet. Lengkap dengan segala peralatan asas. Harga bilik RM360/night. Ok sangat air bnb kami book. Deco cantik dan kemas. Paling penting kebersihan tip top.








Untuk makan makan sambutan hari jadi kami berkonsepkan potluck. Mak sediaakan heavy meal iaitu mee kari dan pasta di PJ dan bawa ke air bnb. While anak-anak bawa dessert. 




Sampai-sampai Muji Home kami, of course dimulakan dengan aktiviti mandi swimming pool.  Swimming pool sangat besar dan luas. Bersih. Ada juga playground berdekatan dengan area swimming pool.




Dah nak maghrib baru balik Muji Home untuk bersiap untuk aktiviti utama iaitu sambutan hari jadi Gediks siblings. Sambut dengan menyanyi lagu birthday, potong kek dan exchange gift. Then makan-makan dan borak santai-santai. Sampailah check out esoknya.






To all Gediks siblings, Happy belated birthday. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment