Had traditional local breakfast at Kedai Kopi Jalan Ampas, Reka Escape Cyberjaya

Kedai Kopi Jalan Ampas  yang terletak di Reka Escape Cyberjaya adalah kedai makan yang berkonsepkan suasana klasik. Perhiasan yang digunakan dalam kedai ini adalah barangan lama dan antik. Yang paling menarik ada digantung dengan potret pelakon era 1950-an hingga 1960-an. Antaranya adalah  termasuk Seniman Agung Allahyarham P Ramlee, Biduanita Allahyarhamah Saloma, Allahyarham Aziz Satar, Allahyarham Kuswadinata dan Allahyarham Ibrahim Pendek.


My SIL, Ena yang tempat kerjanya di Cyberjaya selalu makan di kedai ni. Ena ajak breakfast di tempat ini masa kami semua ada berkumpul dan tidur di rumah Mimi Adi yang di Cyberjaya jugak, baru baru ini. Ale and family pun ada jugak. Harus cuba makan di situ sebabnya tak pernah makan di situ. Tempatnya juga sangat berbaloi untuk dikunjungi dan makan. Makanan dan minuman yang disajikan oleh kedai ini semuanya menu tradisional tempatan.

Sampai sampai di Kedai Kopi Jalan Ampas ni, rasa macam melalui terowong masa pun ada. Dengan dialunankan lagu lama. Then menatap wajah bintang-bintang filem zaman mak abah pun tak lahir lagi.

Untuk breakfast saya order kopi panas dan nasi dagang. Untuk Zafran pula, order nasi lemak ayam dan lemon ais. Bihun goreng yang dah di siap pack, saya ambil satu pack untuk Zafirah dan Zayden.

Rasa makanan saya order ni sedap tapi macam masin sangat. Untuk both sambal ikan bilis nasi lemak dan nasi dagang punya kuah gulai. Saya ni kuat masin. Tapi tak boleh tolerate dengan kemasinan dua-dua kuah ini. Air kopi sangat kaw. Ena ada order roti bakar petak. Roti bakar ni sangat sedap.



Di kedai ini juga, siap ada dipamerkan enam naskhah asal surat khabar Gelanggang Film, milik syarikat penerbitan P Ramlee untuk tatapan customer. Vespa, pemain piring hitam dan baju kebaya pun ada jugak. Even makanan yang dihidangkan kepada customer mengunakan pinggan mangkuk lama.

Bagus kedai yang interior deco guna konsep klasik dan antik macamni. Dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan filem Melayu lama. Generasi-generasi muda pun dapat kenal bintang-bintang filem legenda tersebut.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment