2D1N Cameron Highlands Short Getaway

Cameron Highlands (CH) lah antara tempat pelancongan di Malaysia yang bagi saya tak akan bosan pergi, walau berkali-kali dah sampai situ. Sebab Malaysia ni especially KL lah makin lama makin panas. CH jeala tempat nak merasa rasa sejuk semula jadi. Taknklah sejuk aircon je. Saya memang setiap tahun at least sekali akan sampai CH. 


Trip CH saya yang terbaru adalah pada akhir tahun lepas. Just  a short vacation selama dua hari satu malam. Pilih Saudi Hotel untuk bermalam. Pilih hotel ni sebab hotel ni je yang masih lagi ada kosong dan juga berdekatan dengan Centrum Mall. Last minute booking macamnilah. Pilihan hotel pun limited.




Trip yang ni just nak jalan-jalan santai pada waktu malam di mall ni yang ada exterior deco berkonsepkan Europe sedikit. Jalan-jalan malam pula dapat menikmati angin gunung sejuk. Sampai-sampai CH, check in hotel dulu. Letak lungage di dalam bilik. Keluar balik untuk jalan-jalan di Centrum Mall.

Sampai-sampai Centrum Mall dinner dahulu dan makan chocolate strawberry. Dan siap dinner, tiga ketul request nak naik Red London Bus. Naik London Bus ni akan bawak pusing sekeliling Centrum Mall. Dalam lima hingga sepuluh minit macam tu ride ni. Harga tiket RM10/pax. Tapi nak boleh dapat naik bus ni kena beratur panjang. Ramai betul macam kami nak naik bus ni. 

Syok jugak naik London bus even dapat berada dalam bus ni sekejap je. Yeala mall ni tak besar mana pun. Tiga ketul excited dapat berada dalam double decker bus. Kids happy, mama papa happy.

Dah habis pusing Centrum Mall dengan menaiki London bus, window shopping semua kedai di situ. Dah habis pusing mall dan bergambar di semua port OOTD cantik, pergi ke pasar malam Brinchang. Sampai sampai pasar malam, dah tutup pulak. Nak tutup pun, Dak Zafirah Berjaya mengepow gelang melody. Sebelum balik hotel, jalan-jalan pusing bandar Tanah Rata dahulu.




Esoknya pagi-pagi check out. Sebab nak breakfast sambal menikmati permandangan ladang the di Bharat. Kena sampai awal kalau tak susah nak dapat meja kosong. Alhamdulillah sampai-sampai terus jumpa meja kosong. Ada berjanji nak jumpa family Ena di situ jugak. Depa gerak dari KL.

Untuk breakfast order scone set, tea, strawberry cheesecake, nugget & French fries dan mushroom soup dan garlic bread. Makan breakfast sambal menghadap permandangan ladang teh sangat mendamaikan jiwa. 



Siap makan, ke Brinchang balik. Nak buat aktiviti petik strawberry di Taman Agro Tourism. Nasib baik sampai tak lewat sangat. Strawberry masih ada banyak lagi di pokok untuk dipetik. Tapi yang gemuk gemuk almost tak ada. Nasib baik ada pekerja buka gate ladang starwaberry yang belum dipetik lagi. Ladang tu kami orang pertama masuk. Jadi dapatlah banyak sedikit petik strawberry yang gemuk gemuk. Dah penuh dua box penuh kami petik, terus ke kaunter untuk bayar.





Dah setel aktiviti petik, ke Kea Farm untuk shopping produk segar dari CH. Since dah tengahhari baru nak gerak ke Kea Farm, kena hadap jemla. Dah siap shopping di CH, lunch di Port Lepak Jerung. Barut ahu kewujudan port lepak ni. Ena yang bagitau.

Port lepak ni ada few gerai yang boleh nak order untuk minum, masakan panas pun ada.  Gerai jual meggi sahaja pun ada. Port ni betul-betul menghadap gunung.



Siap isi perut, port terakhir untuk singgah adalah Hobbitoon. Tempat OOTD yang ada perkampungan Hobbit tu.  Tak masuk pun sebab mahal naw harga admission fee nya. Just pergi kedai souvenir dan solat di surau situ. Then tamat sudah Cameron Highlands short getaway kami. 

Share this:

CONVERSATION

1 comments: