Pilih Kasut Sekolah Pallas Untuk Anak Lebih Selesa, Sihat & Selamat
Untuk sesi persekolahan bagi tahun 2025, Dak Zafran akan masuk Darjah Lima. Dak Zafirah pula akan mula melangkah ke alam persekolahan baru . Alahai sekejap je masa. Rasa macam baru lagi Dak Zafirah baby. Tiba-tiba dah nak masuk darjah satu dah.
Since nak kena beli kelengkapan persekolahan sekolah kebangsaan untuk dua anak, kenalah start shopping sekarang. Beli awal supaya tak kalut. Untuk kasut sekolah, saya suka beli jenama Pallas.
Sangat suka kasut sekolah jenama Pallas. Kasut sekolah jenama Pallas dari zaman kita kecik lagi pun dah ada. Yeala ada sejak tahun 1979 kan iaitu tahun kasut jenama ini mula diperkenalkan. Ada sampai sekarang tu. Punya lama jenama ni bertahan. Padahal jenama baru yang ada di pasaran sangat banyak bak cendawan tumbuh lepas hujan.
Kenapa suka sangat dengan kasut sekolah jenama Pallas ni dan kenapa boleh bertahan sejak dari tahun 1979. Semestinya sebab kualitinya lah dan juga mempunyai banyak ciri keistimewaan yang lain. Saya dah dapatkan kasut sekolah Pallas untuk Zafran dan Zafirah. Kedua-dua kasih mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.
Kasut sekolah Pallas untuk Zafran merupakan pelancaran baharu VGRIP. Kasut Sekolah Pallas VGRIP mempunyai cengkaman kuat pada tapak kasut. Ini membantu untuk elakkan selip di permukaan licin. Sangat sesuailah untuk Dak Zafran yang sangat aktif bergerak. Kasut ini memberi perlindungan yang maksimum kepada Dak Zafran.
Kasut sekolah Pallas untuk Zafirah pula mempunyai ciri sokongan gebang. Zafirah yang baru nak mula masuk ke alam persekolahn baru haruslah kena memakai kasut yang mampu memberi keselesaan dan melegakan tekanan pada otot kaki. Dengan mempunyai ciri ini, kaki Zafirah akan kurang rasa penat dan lebih sihat. Barulah dapat memberi pengalaman masuk alam persekolahan baru yang menyeronokkan kepada Dak Zafirah.
Bila dengar ada Kasut Pallas ada banyak ciri keistimewaan, mesti ingat kasut tebal dan juga berat kan. Sebab nak tampung banyak features. Ohhh tidak. Walaupun ada banyak features, tapi Kasut Pallas Masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang ringan malah semua latest design lebih ringan berbanding model terdahulu. Memang anak-anak sukalah pakai kasut tak berat-berat ni
Jadi apa lagi cepat-cepatkan dapatkan Kasut Pallas untuk anak-anak untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak seterusnya membantu anak belajar di sekolah dengan lebih focus. Kasut Pallas boleh dibeli di mana-mana pasarraya biasa atau di online store mereka di www.wow2wee.com.
Haa kalau nak tahu Pallas ada buat contest tau. Jika ada buat pembelian barangan Pallas, boleh join contest anjuran Pallas dan berpeluang memenang hadiah wang tunai sehingga RM3000.
Nak tahu maklumat lanjut mengenai Pallas dan juga contest, boleh layari di:
Website: https://www.pallas.com.my/
FB: https://www.facebook.com/PallasMalaysia/
IG: https://www.instagram.com/pallasmalaysia/
Untuk sesi persekolahan bagi tahun 2025, Dak Zafran akan masuk Darjah Lima. Dak Zafirah pula akan mula melangkah ke alam persekolahan baru ....