4D3N Tropical Getaway At Paya Beach Resort, Pulau Tioman| Part 2
Bilik kami di Paya Beach Resort ada dua katil queen, basic amenities semua ada, ada port untuk melepak di hadapan bilik, bilik air yang luas dan paling penting cantik dan bersih. Puas hati sangat dengan bilik kami. First day just rehat-rehat dalam bilik dan mandi-manda d pantai di situ.
Second day di Tioman, aktiviti snorkeling dan island hopping start lepas lunch. Slot sebelum lunch dah penuh. Dari pagi sampai tengahhari aktiviti mandi manda di pantai. Makan breakfast buffet dapat makan dengan santainya. Ingat lagi yang time pergi Redang, kena naik bot untuk aktiviti snorkeling pukul 9am. Makan breakfast buffet memang tak dapat nak menikmati sepenuhnya. Makan dengan lajunya asal nak bagi kenyang je.
Pantai di Kampung Paya sangatlah bersih dan cantik. Duk sunbathing lama lama kat tepi pantai pun takpe. Siap ada sewa kayak. Dah tengahhari ready untuk aktiviti air iaitu snorkelling dan island hopping. Cuaca time kami nak beraktiviti air agak mendung. Dah nak hujan. Ada tempat yang nak snorkelling, laut sangat bergelora. Ombak pun kuat. Nak snorkelling jadi struggle.
Tempat first snorkelling kami adalah di White Sand Beach. Ombak kuat dah. Nak snorkelling pun jadi sakit sakit badann dan muka sebab asyik kena pukulan ombak je. Tapi ada wakaf di pantai ni. Boleh duduk lepak-lepak. Pasir pantai pun halus je.
Tempat kedua adalah monkey bay. Sampai sini dah start hujan. Snorkelling kejap je sebab turun laut tak nampak apa. Coral nampak samar-samar je apatah lagi ikan-ikan.
Nak ke tempat snorkelling seterusnya, hujan turun lebat sangat. Snorkel guide kami tukar plan dan bawak kami ke Pusat Taman Laut. Masa dalam bot pun kerja bumping je sebab laut bergelora sangat.
Continue reading Part 3 by clicking 4D3N Tropical Getaway At Paya Beach Resort, Pulau Tioman| Part 3
0 comments:
Post a Comment