4D3N Tropical Getaway At Paya Beach Resort, Pulau Tioman| Part 1

Repeat lagi bercuti di Pulau Tioman tahun ni. Trip Tioman tahun ini adalah yang kali kedua saya sampai Tioman. Yang first pada tahun 2021. Trip tahun ini pergi dengan member yang sama dengan trip yang first iaitu member kastam Kimi dan family. Just Hezzeril and family tak dapat join.


My second Tioman trip check in di belah pulau yang lain. Tak sama as yang first. Trip tahun ni di Paya Beach Resort iaitu di area Kampung Paya. Yang first adalah di Kampung Juara. Kalau Kampung Juara, jeti adalah di bandar. Jadi akan masuk bandar dahulu then kena naik 4x4 untuk ke resort yang berdekatan dengan kawasan perkampungan melayu. Ambil masa dalam setengah jam macamtu untuk sampai. Saya ada share post trip tioman saya yang pertama di blog saya Boleh klik SINI untu baca.  

Kalau Kampung Paya memang di perkampungan kecil.  Dari jeti nak ke resort kami menginap iaitu Kampung Paya Resort, boleh jalan kaki je. Within walking distance. Ada deretan kedai-kedai local di kiri dan kanan  sepanjang jalan ni. Dua-dua kampong mempunyai vibe berbeza tetapi best. Ada keistimewaan tersendiri. 

Yang Kampung Juara since ada dekat dengan bandar, lebih mudah untuk dapatkan pelbagai facility seperti klinik, kedai runcit, etc. Berbeza dengan kampong paya, macam tak ada klinik di situ. Tapi adalah kedai-kedai runcit. Setakat nak dapatkan makan makanan kering tak ada masalah. Dua-dua tempat ada persamaannya iaitu disajikan dengan permandangan bukit dan pantai yang tersangatlah indah.

Trip Tioman kami sebelum naik feri ke tioman pada pukul 9 pagi macamtu, bermalam dulu di homestay di Mersing. Trip Tioman adalah selama empat hari tiga malam. Park kereta di kawasan jeti Mersing. Dah naik feri, perjalanan dalam dua jam untuk sampai ke Tioman. 

Bestnya feri yang kami naik ini ada open deck kat atasnya. Kami especially mak mak apalagi kerja OOTD jeala di open deck. Pak pak ada yang ditugaskan ambil gambar mak mak OOTD. Ada yang ditugaskan jaga anak-anak. Ahaks.








Dah sampai Kampung Paya, kami sampai agak awal dari waktu check in. Mintak early check in, tak dapat. Jadinya pergi cari kedai makan untuk lunch. Ada satu je kedai makan muslim di situ. Buka start dari tengahhari hingga petang sahaja. Dah siap lunch dah dapat check in bilik hotel.


Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Syoknya..Tak pernah ke Tioman 🤩🤩 Enjoynyaaaa

    ReplyDelete